Selamat Datang ke Cabaran Redah 4x4 Club...

Redah 4x4 Club yang dahulunya lebih dikenali sebagai XKisah Adventure Team merupakan pertubuhan berdaftar dengan keanggotaan hampir 100 orang 'pilot' 4x4.
Penubuhannya yang lebih kepada penyatuan peminat-peminat 4x4 di bawah satu kelab; menitikberatkan kepada aktiviti-aktiviti riadah, kekeluargaan, projek amal, bantuan kemanusiaan dan komunikasi radio.
Wujudnya kelab ini bukanlah dengan tujuan untuk mencabar kelab-kelab lain apatah lagi untuk mendabik dada dengan kemahiran mengendalikan 4x4 masing-masing, tetapi sebagai satu jambatan bagi hubungan silaturRahim sesama insan.
Semoga kewujudan kelab kami ini akan mendapat tempat di hati masyarakat.

Wasallam,


Presiden
Kelab Redah 4x4 Kuala Lumpur Selangor

Selasa, 14 April 2009

OFFROAD TAMAN NEGARA ENDAU ROMPIN SELAI SEGAMAT JOHOR

Membuat tempahan KEMSITE LUBUK MEREKEK
Pejabat Perbadanan Taman Negara Johor

Simpang masuk ker TAMAN NEGARA Endau Rompin SELAI


Kawasan Ikan menyorok...


Perjalanan balik dari RECCE Taman Negara Endau Rompin SELAI Kg BEKOK Segamat Johor

Asalamualaikum Wr Wbt...Salam Sejahtera buat semua RAKAN REDAH

LOKASI OFFROAD
Taman Negara SELAI Kemsite Lubuk Merekek ( Kg Bekok,Segamat Johor

Tarikh : 24hb - 26hb April 2009 ( 3 hari 2 malam)
Tempat Berkumpul : Hentian Sebelah Serdang
Masa : 7.30 pagi ( Bertolak Jam 8.00 pagi )
.

Event Director: EZAM @ Pak RHU
Event Manager: Budin @ Pak NAGA ( 012-3730596)
Jarak Perjalanan : KL/Simpang Empat/Gemas/Segamat/Labis/Kg Bekok
500km Pergi / Balik ( Termasuk Jln OFFROAD 16km )
Tol: RM 30 pergi / balik (exit Simpang Empat/Alor Gajah
Info:Family Trip,Bawa makanan sendiri.duit minyak secukupnya
(Sila bawa makanan untuk BBQ seperti Ayam,ikan atau apa sahaja yang halal untuk dimakan bersama-sama)
Keadaaan Jalan Offroad: Light & Easy
Marshall: Pak RHU aka EZAM (Event Director)Marshall Leader,Pak Keranji aka Iwan (Center Marshall) Pak Limpaga aka UJANG (Security Chief),Pak Naga aka Budin (Swepper)

Kadar Bayaran yang telah ditetapkan oleh Taman Negara Endau Rompin SELAI seperti berikut:-

Pas kenderaan: RM 10 ( Dibahagi 3 peserta dalam kenderaan: Jumlah seorang RM 3 )
Permit Masuk Dewasa: RM 5
Insurans: RM 2
Renjer/Guide: RM 5 x 3 hari = RM 15
Tapak Khemah: RM 5 x 2 malam = RM 10


JUMLAH: RM 35 (seorang peserta Dewasa)
RM 32 (Pelajar 7thn-17thn)
kanak-kanak 6thn kebawah percuma
(Bayaran boleh dibayar di Hentian Serdang tempat berkumpul)


Untuk mendaftar boleh SMS /Email kepada Event Manager Budin aka ( PAK NAGA )di talian 012-3730596/blackapache99@yahoo.com sebelum atau pada 21hb April secepat mungkin untuk urusan berkaitan dengan meletakkan :-
Nama setiap peserta (seperti dalam kad Pengenalan):
No kad Pengenalan:
Perhatian Tarikh TUTUP pada 21hb April 2009!!

sekian...TERIMA KASIH.

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Salam De Naga. jalan light and easy. ada tempat ngecas ke? selangan

NAGA berkata...

Ada pak selangan...
tempat mengecas kategori hardcore..
kena pakai tayar centerpix 35 besar dia.. kena ada winch..atau PTO.
kalau pakai keta cam saya memang kena resQ jer.. sepanjang perjalanan.. dianggarkan 12jam baru sampai kemsite. nama tempat ulu Sg bekok.tmn negara endau rompin.

Haji Z.Kamarudin berkata...

Salam buat Pk Rhu & Pk Naga..
Pk Qelam nk ucapkan syabas kerana usaha murni anjurkan Offroad Endau Rompin Selai. Rasa hati memang nk ikut, tapi kelengkapan camping banyak yg dh rosak, koyak, punah, DUIT lagi tuuu.. Jadual Pk Qelam agk sibuk bulan ni. Lagi pun penat & sakit2 badan balik dari BMT Training Ulu Kinta rasanya belum habis. InsyaAllah di lain program boleh kut! Mohon maaf banyak2 buat Pk Rhu & Pk Naga

9W2RXZ / NAGA / BUDIN berkata...

KALAU sebab dari segi kelengkapan khemah kita ada...
tapi kalau disebabkan kepenatan tak habis lagi yg tuh takdapek den nak nolong.... jumpa di lain TRIP InsyALLAH.. de NAGA

9W2RXZ / NAGA / BUDIN berkata...

Boleh PAK QELAM.... tak jadi masalah.. jumpa di lain TRIP..

Selangan berkata...

ha ha pak naga. saya tak ada tayar lipan. hanya MT saja. winch adalah. selangan