Selamat Datang ke Cabaran Redah 4x4 Club...

Redah 4x4 Club yang dahulunya lebih dikenali sebagai XKisah Adventure Team merupakan pertubuhan berdaftar dengan keanggotaan hampir 100 orang 'pilot' 4x4.
Penubuhannya yang lebih kepada penyatuan peminat-peminat 4x4 di bawah satu kelab; menitikberatkan kepada aktiviti-aktiviti riadah, kekeluargaan, projek amal, bantuan kemanusiaan dan komunikasi radio.
Wujudnya kelab ini bukanlah dengan tujuan untuk mencabar kelab-kelab lain apatah lagi untuk mendabik dada dengan kemahiran mengendalikan 4x4 masing-masing, tetapi sebagai satu jambatan bagi hubungan silaturRahim sesama insan.
Semoga kewujudan kelab kami ini akan mendapat tempat di hati masyarakat.

Wasallam,


Presiden
Kelab Redah 4x4 Kuala Lumpur Selangor

Jumaat, 28 Januari 2011

UCAPAN TERIMA KASIH DARI KELUARGA PK KULIM

Pak Kulim sekeluarga ingin mengucapkan terima kasih di atas sokongan para sahabat handai, ahli-ahli Redah 4x4 terutamanya Presiden - Akasia yang telah menghadirkan diri di upacara pengebumian cucunda beliau.

Semoga keluarga Pk Kulim tabah menghadapi dugaan ALLAH dan roh cucunda dicucuri rahmat.

Salam Takziah dari warga Redah 4x4.

Khamis, 27 Januari 2011

AL-FATIHAH Cucu rakan redah Pak Kulim


Salam kpd semua ahli Redah, Supporter Redah & juga Sukarelawan & kenalan2 Redah di mana jua anda berada. Berita terkini :

AL-FATIHAH dimaklumkan yg CUCU kpd rakan Redah kita PAK KULIM telah ke RAHMATULLAH
Jam 0145am 27/1/11 & akan dikebumikan Jam 1100am di Kuala Pilah.
Rakan2 boleh call Akasia & Kulim utk maklumat lanjut sekiranya yg berkelapangan utk menyertai konvoi ke sana. Terima kasih

Isnin, 24 Januari 2011

GEGARAN EYEBALL AKAN BERMULA.........


Sila pastikan temu janji anda di program EYEBALL yang akan diadakan di Hulu Tamu pada 29-30hb Januari 2011. COORDINATE lokasi >> N3 27.242 E101 42.901.Semua barang-barang peralatan perkhemahan,pinggan mangkuk,dapur,tilam,bantal,selimut dan lain-lain peralatan perlu disiapkan sebelum tibanya hari tersebut.

Kepada peserta yang ingin mendaftar sebagai ahli baru, bayaran pendaftaran ahli baru adalah sebanyak RM 110.00. Selepas program EYEBALL ini, perlaksanaan usul baru akan berkuatkuasa dimana yuran pendaftaran ahli baru akan dinaikkan menjadi RM200.00. Jangan lepaskan peluang anda untuk menjadi ahli Redah 4x4. Pengumuman lain akan di umumkan oleh Presiden semasa sessi dialog bersama ahli.

Selamat datang kepada rakan baru Redah 4x4 dan kepada ahli lama yang tidak aktif, marilah kita berganding bahu memantapkan Kelab Redah 4x4. Last but not least, kalau ada yuran tahunan tertunggak, bayor le cepat yup..

Dari : Urus setia program EYEBALL 2011

Isnin, 17 Januari 2011

MAJLIS PENGHARGAAN SUKARELAWAN YAYASAN SALAM








Pada 16hb Januari 2011 telah berlangsung Majlis Penghargaan kepada sukarelawan yang telah terlibat di dalam berbagai program yang dianjurkan oleh Yayasan Salam sepanjang tahun 2010. Majlis telah diadakan di tepian tasik bersebelahan Amcorp Mall Petaling Jaya bermula pada pukul 10.00 pagi. Redah 4x4 telah terlibat di dalam program Yayasan Salam iaitu menyampaikan bantuan kepada mangsa banjir di Alor Star baru-baru ini. Sememangnya Redah 4x4 tidak mengharapkan apa-apa penghargaan sebaliknya pertolongan yang dihulurkan adalah atas dasar sifat kemanusiaan untuk membantu mangsa-mangsa banjir yang memerlukan pertolongan dan bantuan.

Semoga kerjasama bersama Yayasan Salam dan NGO yang lain dapat diteruskan untuk program-program yang akan datang. Redah 4x4 akan bersedia dari segi fizikal dan mental bagi menyahut cabaran untuk membantu dan menjalankan kerja-kerja sukarelawan.

Pengurusan Redah 4x4

Ahad, 9 Januari 2011

JANUARI 2011 - PROGRAM EYEBALL REDAH 4X4

Semua ahli-ahli Redah 4x4 bersama keluarga dijemput menghadiri program EYEBALL Redah 4x4 yang pertama bagi tahun 2011. Program ini dirancang untuk menyatu padukan semula ahli-ahli sedia ada, ahli veteran & ahli baru. Taklimat mengenai perancangan kelab sepanjang 2011 akan dibentang serta penerangan mengenai peranan biro-biro dan memperkenalkan AJK yang terlibat. Ahli-ahli diminta memilih biro-biro yang sesuai untuk menjadi sub-AJK kepada biro berkenaan. Selepas itu dialog bersama ahli akan diadakan untuk mendapatkan cadangan dan pandangan mengenai halatuju Redah 4x4. Semua ahli diminta memberi komitmen padu bagi memantapkan kelab dan menerima amanat Presiden dengan hati yang terbuka.

Program Eye Ball Redah 4x4 akan diadakan seperti berikut:

Tarikh : 29-30/ Januari 2011 ( Sabtu – Ahad )
Tempat : Kem Hamzah, Hulu Tamu, Ulu Yam, Selangor
Makan : Makan malam di sponsor oleh Presiden Kelab + BBQ/ayam/ikan/pot luck dari ahli, pinggan mangkuk, peralatan camping kena bawa sendiri
Bayaran : Percuma untuk Ahli; Bukan Ahli bayaran sebanyak RM 30.00 bagi satu kereta
Konvoi : 29/1 (Sabtu) pada 10.00 pagi Bermula di Stesen Petronas Sg.Tua
Leader : Tetebu / Marajali – 012 2743814 / 019 3331459

ATURCARA

Hari Sabtu
10.00 pagi – Konvoi bertolak
11.00 pagi – memasang khemah dan acara bebas
7.30 malam – sembahyang berjemaah dan makan malam
9.30 malam – taklimat presiden dan dialog bersama ahli

Hari Ahad
7.00 pagi - acara bebas / mengecas
1.00 tghri – berkemas & bersurai

Meja pendaftaran akan dibuka pada hari Sabtu/Ahad untuk pendaftaran ahli baru dan juga penerimaan pembayaran yuran tahunan ahli yang masih tertunggak.

Biro agama & kebajikan Redah 4x4 meminta semua ahli-ahli serta keluarga agar dapat menjaga penampilan diri dengan berpakaian sopan dan tidak menjolok mata. Ini adalah untuk menjaga imej kelab dan ahli-ahlinya.

Dari Pengurusan Kelab REDAH 4x4