Selamat Datang ke Cabaran Redah 4x4 Club...

Redah 4x4 Club yang dahulunya lebih dikenali sebagai XKisah Adventure Team merupakan pertubuhan berdaftar dengan keanggotaan hampir 100 orang 'pilot' 4x4.
Penubuhannya yang lebih kepada penyatuan peminat-peminat 4x4 di bawah satu kelab; menitikberatkan kepada aktiviti-aktiviti riadah, kekeluargaan, projek amal, bantuan kemanusiaan dan komunikasi radio.
Wujudnya kelab ini bukanlah dengan tujuan untuk mencabar kelab-kelab lain apatah lagi untuk mendabik dada dengan kemahiran mengendalikan 4x4 masing-masing, tetapi sebagai satu jambatan bagi hubungan silaturRahim sesama insan.
Semoga kewujudan kelab kami ini akan mendapat tempat di hati masyarakat.

Wasallam,


Presiden
Kelab Redah 4x4 Kuala Lumpur Selangor

Khamis, 30 Disember 2010

SELAMAT TAHUN BARU 2011


Redah 4x4 club ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru kepada semua warga Redah 4x4,rakan-rakan,media yang tidak jemu-jemu membantu menaikkan nama Redah 4x4.Dengan azam baru, Redah akan menambah pelbagai aktiviti pada tahun 2011. Program Eye Ball ahli Redah, Overland ke luar negara, Amal Ramadhan, Jamboree dan beberapa program baru sedang dirancang bagi memenuhi aspirasi ahli-ahli yang dahagakan aktiviti yang mencabar.

Semua ahli-ahli diminta mengambil bahagian didalam program yang dirancang, semoga Redah 4x4 akan terus maju sekaligus menjadi kelab 4x4 yang unggul dan mantap.

Dari meja Setiausaha,
Redah 4x4

Ahad, 26 Disember 2010

MALAYSIA MENANG 3-0

Tahniah di atas kejayaan Pasukan Kebangsaan Malaysia yang telah berjaya mengalahkan Pasukan Indonesia 3-0. Pemain Malaysia telah bermain secara agresif dan mempunyai semangat juang yang tinggi.Kita berharap tumpuan Pasukan Malaysia akan lebih mantap di perlawanan seterusnya di Stadium Bung Karno , Jakarta , Indonesia.

TAHNIAH HARIMAU MALAYSIA,
MALAYSIA BOLEHHHHHH...

Kepada Roedy and the gang, syabas di atas sokongan yang tidak berbelah bahagi.

Jumaat, 24 Disember 2010

BOLA BOLA BOLA - MALAYSIA VS INDONESIA


Sempena perlawanan akhir pasukan Malaysia menentang Indonesia, ahli Redah 4x4 yang berminat untuk turut serta memeriahkan Stadium Bukit Jalil bolehlah berhubung Tetebu untuk membeli tiket di no 019 3037311.

Konvoi akan berkumpul pada 26hb Dis - Hari Ahad -pukul 5.00 petang di Petronas Taman Wahyu Jalan Kuching. Konvoi leader ialah Pk Meranti aka Roedy aka biniku misi- 019 3277447

Selamat menonton dan memberi sokongan padu kepada pasukan MALAYSIA!!!!!!

Khamis, 23 Disember 2010

KERJA-KERJA MENYELAMAT PENDAKI GUNUNG NUANG DI HULU LANGAT


5 BUAH 4X4 DIPERLUKAN SEGERA UNTUK OPERASI MENYELAMAT,
RESQ @ STANDBY ALERT STAGE RED ZONE
LOKASI : GUNUNG NUANG
PENDAKI YG SESAT 5 ORANG, 2 TELAH DIJUMPAI DIDALAM KEADAAN CEDERA.

SILA HUBUNGI REDAH PELAWAN +6012-9704696
Gambar ihsan fb lelayang

Sabtu, 18 Disember 2010

TRIP KE MAT DALING, JERANTUT.





Satu trip ke Mat Daling , Jerantut akan di adakan pada 22,23 & 24 hb Dis 2010. 5 buah jalopy REDAH 4x4 akan membawa rombongan agensi kerajaan ke destinasi tersebut. Bagi yang berminat untuk menyertai trip ini bolehlah menghubungi 019 3037311 - Tetebu untuk keterangan lanjut.

Tetebu
Redah 4x4

Khamis, 16 Disember 2010

PINDAAN UNDANG-UNDANG KELAB REDAH 4X4

USUL YANG TELAH MENDAPAT KELULUSAN AGM REDAH 4x4 ke 3 – Tahun 2010 / 2011
Terdapat 5 usul yang telah mendapat kelulusan untuk pindaan kepada undang-undang kelab Redah 4x4. Semua usul akan dikuatkuasakan pada AGM tahun 2011/2012. Ahli-ahli diminta agar mematuhi peraturan dan undang-undang baru ini selaras dengan hasrat untuk menambah baik peraturan sedia ada.

1) Jawatan Setiausaha / Penolong Setiausaha / Bendahari di pilih oleh Presiden Kelab Redah 4x4. Pindaan kepada Fasal 9 Item 3.
Pencadang : Sdr Hakasah @ Akasia Disokong : Sdr Ariffin @ Selangan
2) Wang sebanyak RM 10,000 dinaikkan kepada RM 20,000 bagi perbelanjaan setiap event tanpa perlu mendapat kelulusan EGM. Pindaan kepada Fasal 11 item 4.
Pencadang : Sdr Hakasah / @ Akasia Disokong : Sdr Ariffin @ Selangan
3) Permilihan jawatan Presiden dan AJK Redah akan diundi 2 tahun sekali. AGM masih masih akan diadakan pada tiap-tiap tahun. Pindaan Kepada Fasal 9 Item 3.
Pencadang : Sdr Zulni @ Merbatu Disokong : Sebulat suara
4) Yuran tahunan ahli dinaikkan kepada RM 100 setahun. Pindaan kepada Fasal 6 Item 1.
Pencadang : Sdr Zulyadin @ Leban Disokong : Sdr Kamil @ Keladi
5) Yuran pendaftaran ahli baru dinaikkan kepada RM 200 setahun. Pindaan kepada Fasal 6 Item 1.
Pencadang : Sdr Nasrudin @ Tetebu Disokong : Sebulat suara

Menurut Fasal 17 Item 1 -pindaan kepada undang-undang hanya boleh dilakukan setelah mendapat persetujuan di dalam AGM. Pindaan akan dihantar ke Pendaftar Pertubuhan dalam tempoh 60 hari selepas AGM untuk kelulusan Pendaftar Pertubuhan.

Setiausaha
REDAH 4x4

Isnin, 13 Disember 2010

KEPUTUSAN AGM REDAH 4x4 ke 3 – Tahun 2010 / 2011


Syukur ke hadrat ALLAH swt di atas perjalanan Kelab REDAH 4x4 yang sedang meniti zaman kebangkitan selepas di uji oleh berbagai dugaan dan cubaan. Apa yang dikesalkan ialah fitnah dan cemuhan itu datangnya dari ahli REDAH sendiri. Dengan ikhtizam dan kepimpinan yang tegas dari Presiden yang baru dilantik, REDAH 4x4 akan membersihkan segelintir ahli-ahlinya yang selama ini menjadi duri dalam daging. Kita tidak akan lagi membuang masa melayan perkara yang remeh temeh dan tidak mendatangkan faedah kepada Kelab dan ahli-ahlinya yang committed. Justeru itu REDAH 4x4 akan berazam untuk meningkatkan pencapaian Kelab REDAH 4x4 ke satu tahap lebih tinggi yang di segani oleh kawan mahu pun lawan. Kesemua ahli REDAH 4x4 diminta supaya bersedia untuk menyahut cabaran ini.

Berikut ialah keputusan AGM REDAH 2010 / 2011 :

JAWATAN NAMA CALL SIGN

Presiden Hakasah Abu Hasib -Akasia

Naib Presiden Mohamad Jaafar Ismail -Kulim

Setiausaha Kamil Mohd Kassim -Keladi

Penolong Setiausaha Muhd Uzair Bashah -Marajali

Bendahari Shahrizal Abd Aziz -Api-api

AJK Mohd Ariffin Mohd Damin -Selangan

AJK Nasrudin Ibrahim -Tetebu

AJK Zulyaddin Ali -Leban

AJK Mohamad Zulni Zakaria -Merbatu

AJK Muhammad Asyrani Lee -Lelayang

Pemeriksa Kira-kira Norzalilah Sayang Hj Ismail -Alamanda

Muhamad Yusof Wahid -Balau

Akhir kata : Perjuangan dan perjalanan kita masih lagi jauh.

Petikan kata Presiden REDAH 4x4 semasa AGM : Betulkan semula niat dan tujuan anda untuk menjadi ahli REDAH 4x4 kerana kita perlukan ahli-ahli yang berkualiti sahaja dan sanggup menjaga nama baik REDAH 4x4 sebagai kelab yang kita sayangi.

Dari meja Setiausaha

REDAH 4x4