Selamat Datang ke Cabaran Redah 4x4 Club...

Redah 4x4 Club yang dahulunya lebih dikenali sebagai XKisah Adventure Team merupakan pertubuhan berdaftar dengan keanggotaan hampir 100 orang 'pilot' 4x4.
Penubuhannya yang lebih kepada penyatuan peminat-peminat 4x4 di bawah satu kelab; menitikberatkan kepada aktiviti-aktiviti riadah, kekeluargaan, projek amal, bantuan kemanusiaan dan komunikasi radio.
Wujudnya kelab ini bukanlah dengan tujuan untuk mencabar kelab-kelab lain apatah lagi untuk mendabik dada dengan kemahiran mengendalikan 4x4 masing-masing, tetapi sebagai satu jambatan bagi hubungan silaturRahim sesama insan.
Semoga kewujudan kelab kami ini akan mendapat tempat di hati masyarakat.

Wasallam,


Presiden
Kelab Redah 4x4 Kuala Lumpur Selangor

Khamis, 16 Disember 2010

PINDAAN UNDANG-UNDANG KELAB REDAH 4X4

USUL YANG TELAH MENDAPAT KELULUSAN AGM REDAH 4x4 ke 3 – Tahun 2010 / 2011
Terdapat 5 usul yang telah mendapat kelulusan untuk pindaan kepada undang-undang kelab Redah 4x4. Semua usul akan dikuatkuasakan pada AGM tahun 2011/2012. Ahli-ahli diminta agar mematuhi peraturan dan undang-undang baru ini selaras dengan hasrat untuk menambah baik peraturan sedia ada.

1) Jawatan Setiausaha / Penolong Setiausaha / Bendahari di pilih oleh Presiden Kelab Redah 4x4. Pindaan kepada Fasal 9 Item 3.
Pencadang : Sdr Hakasah @ Akasia Disokong : Sdr Ariffin @ Selangan
2) Wang sebanyak RM 10,000 dinaikkan kepada RM 20,000 bagi perbelanjaan setiap event tanpa perlu mendapat kelulusan EGM. Pindaan kepada Fasal 11 item 4.
Pencadang : Sdr Hakasah / @ Akasia Disokong : Sdr Ariffin @ Selangan
3) Permilihan jawatan Presiden dan AJK Redah akan diundi 2 tahun sekali. AGM masih masih akan diadakan pada tiap-tiap tahun. Pindaan Kepada Fasal 9 Item 3.
Pencadang : Sdr Zulni @ Merbatu Disokong : Sebulat suara
4) Yuran tahunan ahli dinaikkan kepada RM 100 setahun. Pindaan kepada Fasal 6 Item 1.
Pencadang : Sdr Zulyadin @ Leban Disokong : Sdr Kamil @ Keladi
5) Yuran pendaftaran ahli baru dinaikkan kepada RM 200 setahun. Pindaan kepada Fasal 6 Item 1.
Pencadang : Sdr Nasrudin @ Tetebu Disokong : Sebulat suara

Menurut Fasal 17 Item 1 -pindaan kepada undang-undang hanya boleh dilakukan setelah mendapat persetujuan di dalam AGM. Pindaan akan dihantar ke Pendaftar Pertubuhan dalam tempoh 60 hari selepas AGM untuk kelulusan Pendaftar Pertubuhan.

Setiausaha
REDAH 4x4

Tiada ulasan: