Selamat Datang ke Cabaran Redah 4x4 Club...

Redah 4x4 Club yang dahulunya lebih dikenali sebagai XKisah Adventure Team merupakan pertubuhan berdaftar dengan keanggotaan hampir 100 orang 'pilot' 4x4.
Penubuhannya yang lebih kepada penyatuan peminat-peminat 4x4 di bawah satu kelab; menitikberatkan kepada aktiviti-aktiviti riadah, kekeluargaan, projek amal, bantuan kemanusiaan dan komunikasi radio.
Wujudnya kelab ini bukanlah dengan tujuan untuk mencabar kelab-kelab lain apatah lagi untuk mendabik dada dengan kemahiran mengendalikan 4x4 masing-masing, tetapi sebagai satu jambatan bagi hubungan silaturRahim sesama insan.
Semoga kewujudan kelab kami ini akan mendapat tempat di hati masyarakat.

Wasallam,


Presiden
Kelab Redah 4x4 Kuala Lumpur Selangor

Isnin, 27 September 2010

Rumah Terbuka Lagi ....


Pelawan-UDA@PR-UDA@9W2UDE menjemput semua ahli Kelab Redah, rakan-rakan Kelab dan rakan-rakan Radio Amatur seiisi keluarga ke Majlis Kenduri Cukur Jambul, dan rumah terbuka Hari Raya pada :


Tarikh : 03/10/2010 - Ahad

Masa : 11.00 pg - 6.00 ptg.

Alamat : No. 91, Jalan Seri Semanta 9, Tmn. Seri Semanta, Batu 7, kapar Klang


Konvoi Redah akan ke lokasi akan diketuai oleh Pak Leban – 013 3415467 , tempat berkumpul : SHELL selepas Plaza Toll Jalan Duta arah dari KL ke Utara, Masa : 3.30 petang.Semoga kehadiran tuan puan menunaikan hajat Pak Pelawan dan menyemarakkan sambutan Hari Raya pada tahun ini.

Selasa, 21 September 2010

PROJEK AMAL RAMADHAN 2010

Selamat menyambut Hari Raya Eidul Fitri kepada semua ahli keluarga Redah 4x4, rakan kelab, media, korporat, orang perseorangan dan juga mereka yang bekerja dibelakang tabir Program Amal Ramadhan pada tahun 2010 ini di Kawasan Hulu Bernam, Kg Keliang & Kg Kuala Chinggung.

Program telah berjalan lancar dengan kerjasama yang tidak berbelah bahagi telah ditunjukkan dari semua pihak. Semua peserta telah menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan dengan teratur dan penuh dengan rasa keinsafan. Dengan keberkatan Ramadhan, pihak yang menerima kunjungan telah memanjatkan rasa kesyukuran. Setidak-tidaknya terdapat sedikit sebanyak bantuan untuk menyambut ketibaan bulan Syawal yang mulia ini. Semoga program yang sebegini dapat diteruskan dan mencapai objektif supaya golongan sasar mendapat bantuan yang diharapkan dapat meringankan bebanan kesusahan kehidupan mereka.

Wasalam

Gambar ehsan dari facebook – Pak Selangan, Aida Offroad, Keladi




















Rabu, 8 September 2010

Salam Idul Fitri 1431

Jawatankuasa Kelab 4x4 Redah dengan rendah diri mewakili seluruh ahli dan keluarga kelab merafak kemaafan dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki sempena kehadiran bulan yang mulia Syawal di atas segala kesilapan dan kekurangan sepanjang persahabatan di bawah satu hobi ini dari semua peminat sukan lasak 4x4, kelab-kelab 4x4, penyokong, badan kerajaan, badan berkanun, sukarelawan dan pelawat blog ini.

Ucapan khasnya buat sahabat-sahabat dari Kelab 4x4 Selangor, Lubuk Trekker, PDRM 4x4, Oscar Lima, Israq Adventure, SCS Communication & Event, Pradas, Astra, JPAM, Rela, Bomba, PDRM, Mercy, dan lain-lain yang sentiasa memberikan sokongan padu kepada aktiviti kami selama ini.

Segala kebaikan semuanya datang dari Allah jua dan segala kesilapan datangnya dari kami yang kerdil sebagai hambaNya.

Semoga dengan kedatangan Syawal ini akan mengeratkan lagi tali SiraturRahim antara kita.

SELAMAT HARI RAYA IDUL FITRI maaf zahir dan batin.


-Jawatankuasa Kelab.

.