Selamat Datang ke Cabaran Redah 4x4 Club...

Redah 4x4 Club yang dahulunya lebih dikenali sebagai XKisah Adventure Team merupakan pertubuhan berdaftar dengan keanggotaan hampir 100 orang 'pilot' 4x4.
Penubuhannya yang lebih kepada penyatuan peminat-peminat 4x4 di bawah satu kelab; menitikberatkan kepada aktiviti-aktiviti riadah, kekeluargaan, projek amal, bantuan kemanusiaan dan komunikasi radio.
Wujudnya kelab ini bukanlah dengan tujuan untuk mencabar kelab-kelab lain apatah lagi untuk mendabik dada dengan kemahiran mengendalikan 4x4 masing-masing, tetapi sebagai satu jambatan bagi hubungan silaturRahim sesama insan.
Semoga kewujudan kelab kami ini akan mendapat tempat di hati masyarakat.

Wasallam,


Presiden
Kelab Redah 4x4 Kuala Lumpur Selangor

Rabu, 25 Februari 2009

Berita terkini Pak Tembusu

Jam 5.52 petang, 25 Feb 2009, saya cuba menghubungi talipon Pak Tembusu.
Alhamdulillah saya dapat mendengar suaranya yang agak lemah menjawab panggilan saya.
Dia menceritakan yang dia telah dipindahkan ke wad biasa di katil 18, wad 8D pagi tadi.
Sama-samalah kita mendoakan kesejahteraan kawan kita tu.

-Kundang

.

Hardcore di Telemong, Karak, Pahang

Kepada rakan-rakan yang berani menghadapi cabaran hardcore 4x4, satu trip akan diadakan seperti berikut:

Tarikh : 28- 29 Feb 2009
Tempat: Telemong, Karak, Pahang.
Tempat berkumpul : Stesen minyak BHP selepas tol Gombak.
Masa berkumpul : 8.00 pagi.
Pengarah projek : Karas ( Abe Mat)

Kepada yang berminat dan rasa 'hardcore' boleh berhubung dengan Karas di talian 0196665654 secepat mungkin.

Selasa, 24 Februari 2009

Gambar-gambar penglibatan dan aktiviti ahli Redah yang lalu.









1. Pendaftaran ahli Redah ke JPAM.
2. Mengiringi arwah bapa Pelawan.
3. Double trouble di Ulu Slim.

Ahad, 22 Februari 2009

Pendaftaran Ahli Redah dalam MERCY Malaysia

Keratan akhbar KOSMO 24 Feb 2009, mukasurat 15.







"Semalam, accident patah tangan, hari ini dah muncul" Itulah semangat Pak Marajali.














Lagi gambar di Photobucket PRXN.



Pada 21hb Feb 2009, Redah 4x4 Club telah melangkah selangkah lagi di dalam komitmennya menunaikan inspirasi rakyat Malaysia yang prihatin di dalam membantu mereka yang kurang bernasib baik, melalui pendaftaran secara rasmi sebilangan ahlinya di dalam MERCY Malaysia.



Pendaftaran yang bermula jam 10.00 pagi itu disusuli dengan sesi penerangan berkenaan operasi MERCY di dalam dan luar negara.



Jika sebelum ini peserta hanya mengatahui berkenaan MERCY menerusi media massa, tetapi dengan adanya program ini, peserta didedahkan dengan sejarah, matlamat, cita-cita, prinsip, komitmen, 'milestone' dan bentuk operasi MERCY yang tidak diketahui umum.




Bagi Redah 4x4 Club, jalinan kerjasama ini diharapkan akan memberi lebih pendedahan secara profesional kepada ahli yang sememangnya telah diketahui umum sebagai kelab yang sentiasa komited untuk membantu masyarakat yang ditimpa musibah.




Siapa yang tahu, mungkin suatu hari nanti Redah 4x4 Club juga akan mengebarkan benderanya di seberang laut melalui operasi kemanusiaan bersama MERCY.



Kepada ahli yang tidak dipilih namanya, harap bersabar kerana selepas ini akan diadakan lagi sesi pendaftaran. Projek perintis kali ini hanyalah sekadar pendedahan awal untuk kita sama-sama melangkah bersama-sama.



Pendaftaran sebagai sukarelawan MERCY untuk'medical' dan 'non-medical' juga sentiasa dibuka kepada umum. Jadi kepada rakan-rakan Redah, Sapporter Redah dan para pembaca blog ini, sila berkunjung ke website MERCY Malaysia untuk mengatahui bagaimana untuk menjadi sukarewan MERCY.




Semoga matlamat awal penubuhan MERCY dan REDAH 4x4 CLUB akan tercapai.




-Kundang...



.



Jumaat, 20 Februari 2009

Salam dari Pak Tembusu

Semalam, 19hb Feb 2009 saya bersama xyl, Arau, Kobis dan xyl Kobis pergi menjenguk rakan kita Izam atau Tembusu di wad HDW, Hospital Selayang.
Walaupun dalam keadaan lemah, beliau masih lagi dapat melayan kami, bercerita tentang penyakitnya.
Menurutnya, pada hari ini, 20 Feb 2009, jam 10.00 pagi, para doktor pakar akan menjalankan pembedahan hatinya yang mengalami komplikasi.
Samada hatinya akan dibuang separuh atau salurannya perlu diperbaiki, belum dapat ditentukan lagi.
Pada pandangan saya, kita sebagai sahabat eloklah sama-sama mendoakan kesejahteraan kepada rakan kita itu.
Sebelum meninggalkan beliau di katil wad tersebut, Izam sempat berpesan kepada saya agar Mengirimkan Salam beliau kepada semua rakan-rakan.
Sekian
Kundang.
.

Rabu, 18 Februari 2009

Pak Tembusu di Hospital Selayang


Berita yang baru saya terima dari Pak Naga sebentar tadi, Pak Tembusu atau Ijam Land Rover telah dimasukkan ke Hospital Selayang selepas maghrib.


Jika sebelum ini beliau telah lama terbaring di katil Hospital Damansara, sekarang telah dipindahkan pula ke Hospital Selayang.


Lain-lain informasi belum dapat dipastikan.


Harap Maklum.


-Kundang.

Redah di Majlis Perlancaran Filem Dimensi Cinta







Logo Redah 4x4 Club bergandingan dengan logo syarikat-syarikat besar.



Sila KLIK di sini untuk gambar dari Photobucket PRXN.


Pada 18 Feb 2009, telah berlansung satu majlis Perlancaran Filem Dimensi Cinta di Bukit Kiara yang juga turut dihadiri oleh beberapa orang ahli Redah 4x4.


Apa kaitannya Redah 4x4 Club dengan filem ini?



Menurut ceritanya, penggambaran filem tersebut di bawah arahan pengarah terkenal, Eddie Pak, akan turut mempromosi aktiviti 4x4 atau dengan lebih tepat lagi Redah 4x4 Club.




Bagaimana jalan ceritanya? Bagaimana peranan Redah 4x4 Club? Tunggu kemunculannya.....Zaaassss!!!.





-Kundang.




.







Isnin, 16 Februari 2009

TAKLIMAT PENGAMBILAN MERCY 2009


Jemputan Khas ini adalah kepada Ahli REDAH yang telah dipilih seramai 50 orang yang akan mengikuti Program Taklimat Pengambilan Sukarelawan MERCY tahun 2009 seperti berikut:

Tarikh:
21hb Februari 2009 (SABTU)
Masa:
8.00 pagi

Tempat:
Wisma Putra Jalan Dewan Bahasa Pustaka, Kuala Lumpur.
Kepada Ahli REDAH yang telah dipilih, kehadiran anda adalah DIWAJIBKAN,
Sila bawa kenderaan masing-masing dan pakaian baju F1 Redah @ T-shirt Berkolar.
Sila Reply kepada PAK RENGAS ( Najib ) 019-2739916 sekiranya tuan tidak dapat hadir
Sekian ,terima kasih.
.

PENGUMUMAN: TRIP OVERLAND REDAH 2009


OVERLAND 4X4 KE TERENGGANU, KELANTAN DAN PAHANG

Semua ahli Kelab Redah 4 x 4 adalah dijemput menyertai Program Overland ke Terengganu, Kelantan dan Pahang 2009.


Berikut adalah maklumat dan aturcara perjalanan:-

Tarikh :

14hb - 16hb Mac 2009 – (3H/2M -Pakej A)
14hb - 18hb Mac 2009 – ( 5H/4M -Pakej B)

Pengurus Program Overland : LEBAN (H/P 013-3415467)

ATURCARA PERJALANAN

Hari Pertama 14hb Mac 2009 (Sabtu)

12.30 pagi : Berkumpul di Petronas MRR 2 Gombak menghala ke Tol

1.00 pagi : Konvoi bertolak ke destinasi.

8.00 pagi : Tiba di Chalet Tok Bali Rehat dan aktiviti bebas

2.00 Petang : Bertolak ke Rantau Panjang (Jom bershopping)

8.00 malam : Ke Majlis Pernikahan Mukhairi (DUNGUN)

- Pilihan (Pakaian Baju Melayu)

12.00 malam : Rehat & Tidur

Hari Kedua 15hb Mac 2009 (Ahad)

8.00 pagi : Aktiviti bebas

11.00 pagi : Bertolak ke Majlis Perkahwinan DUNGUN di Besut.
(Pakaian Baju F1 Redah)

3.00 petang : Selesai Kenduri balik ke Chalet

4.00 petang : Aktiviti bebas

Hari Ketiga 16hb Mac 2009 (Isnin)

9.00 pagi :

Konvoi bertolak ke Gua Musang/Tol Gombak/Kuala Lumpur. (Pakej A)
Konvoi bertolak ke Gua Musang/Cameron Highland. (Pakej B).

Pakej B

2.00 petang : Tiba di Cameron Highland Check In Hotel
Rehat & Makan Tengahari.

7.00 petang : Aktiviti Bebas.


Hari Keempat 17hb Mac 2009 (Selasa)

8.00 pagi : Minum pagi

10.00 pagi : Bertolak ke Taman Strawbery

12.00 tghari : Bertolak ke Ladang Teh BOH

2.00 petang : Bertolak ke Gunung Berinchang.

Hari Kelima 18hb Mac 2009 (Rabu)

8.00 pagi : Minum pagi dan aktiviti bebas

2.00 petang : Check Out

2.30 petang : Bertolak Pulang ke Kuala Lumpur

7.00 petang : Tiba di Tol Jalan DUTA

Tarikh tutup : 20hb Febuari 2009
* Pengesahan penyertaan dengan bayaran deposit ikut pakej.

* Bayaran adalah untuk tujuan booking penginapan sahaja.

Sila pilih samada Pakej A atau Pakej B untuk pembayaran booking Hotel:-

Pakej A 3hari 2malam - Deposit RM 150

Pakej B 5hari 4malam - Deposit RM 200


Sila Hubungi Pengurus Program PAK LEBAN di talian 013- 3415467 seberapa segera untuk booking Hotel.



.

Jumaat, 13 Februari 2009

Meredah Belantara Gunung Ais






KLIK untuk gambar seterusnya

Artikel oleh : Leban
Foto oleh : Pelawan

Assalamualaikum. Nak tahu cerita perjalanan ke Kaki Gunung Ais? Ok, baca seterusnya. Deruman enjin 5 buah 4x4 memecah kesunyian malam di Plaza Tol Gombak. Bermula pukul 12.30 pagi 24/1/09 menuju ke Temerloh dan tiba pukul 2.00 pagi. Rumah teres kosong jadi tempat horizontal.

Seawal 8.30 pagi mesyuarat tergempak diadakan antara peserta dan Pak Gaharu (diberi call sign kerana dikeretanya tertulis ”Jom Cari Gaharu”. Konvoi 7 buah kereta ini asalnya nak pi Kg. Mat Daling, Taman Negara, tiba-tiba berpaling ke Kaki Gunung Ais kawasan Lepar Utara sempadan Pahang dan Terengganu atas nasihat Pak Gaharu. Perjalanan masuk ke hutan bermula lebih kurang pukul 11.30 pagi.

Memulakan perjalanan dalam hujan renyai-renyai (termakbul doa Pak Tetebu minta hujan -nak geli-geli), disambut oleh tiga sungai, tayar diuji di trek balak, jalan yang licin dan ’menggelikan’. Tayar jadi donut, tapi yang tak tahan tu PTO boleh putus. Tak dapat nak cerita dengan perkataan, memang sangat menyeronokkan. Takut pun ada jugak, sebab dah tersadai tepi tebing terpaksa tunggu Pak Gaharu mai tarik. Perjalanan sejauh 60km ke dalam hutan ini sungguh mencabar dan mengambil masa hampir 7 jam untuk tiba ke kawasan perkhemahan.

Perjalanan yang jauh mengeratkan lagi hubungan antara peserta tapi kutuk-mengutuk tu perkara biasa la. Tiba di kawasan perkhemahan lebih kurang pukul 6.30 petang. Perut memang tengah keroncong sebab separuh hari tak makan.

Aktiviti yang sempat dilakukan di sini ialah memancing (dapat la kelah besar tapak tangan), berenang, menyaksikan aktiviti 80 peserta ’motor cross’ oleh Kelab Motor Cross Pahang, BBQ dan lain-lain lagi. Suasana sangat nyaman dan tenang.

Pada 27/1/09 pukul 3.15 petang kami bertolak balik. Perjalanan balik agak membosankan sebab tak hujan (Pak Tetebu dah takut nak baca doa hujan). Kalau hujan, baru syok. Baru tahu langit tinggi ke rendah. Rasanya bukan 7 jam lagi tapi mau lebih 12jam. Jalan balik lagi mencabar sebab mendaki saja. Masa pi tak perasan banyak turun bukit, tapi masa balik MasyaAllah rupa-rupanya hebat jalan tu.

Apapun, syukur alhamdullillah perjalanan pergi dan balik dirahmati Allah tanpa sebarang perkara yang tidak diingini berlaku. Akhir sekali, ucapan terima kasih kepada Pak Gaharu (Porter Gunung Ais), Pak Perah, Pak Merbatu dan SpongeBob (Mekanik Jib Auto),Pak Piang, Pak Pelawan, Pak Tetebu dan semua XYL yang terlibat dalam aktiviti kali ini.

Rasa nak ulang lagi ke Kaki Gunung Ais, nak ikut? Jom.......bulan Julai kita pi lagi. Apa pun Mat Daling masih mengamit di kalender Redah 2009. Kami tetap akan pi.........


Catatan : Event Manager (Pak Leban) dan XYL


.

Rabu, 11 Februari 2009

Al-Fatihah

Seluruh Warga Redah 4x4 Club dan Supporter Redah ingin mengucapkan Takziah kepada Azrishah atau Pelawan (PR-UDA) kerana pemergian ayahandanya ke Rahmatullah.


Semoga perjalanan roh beliau bertemu Ilahi akan sentaiasa diRahmati Allah S.W.T.


Al-Fatihah.


-Kundang.

.

Jumaat, 6 Februari 2009

BERSANTAI DI PULAU SLIM

Pak Sepang memakai kain batik ,konon2nyer penduduk asal Pulau Slim

Permandangan kawasan Kem Pulau Slim

Konvoi Sedang menuju ke Sungai Y Pos Keding.

SUNGKAI dengan aksi meredah sungai... Tayar baru tuh MT Sport 117

Laa muka Pak Sepang lagi... kereta Mahogany yg rosak di simpang Kg Slim.

Pak RHU bersama Tok Batin sedang berbincang Program yg akan datang.

Pak Keledang sedang membaiki belting Jeep Cherokee yg putus..Nasib Pak Steward ada membawa spare part kalau tidak jenuh jugak. Terima kasih buat Pak Keledang & Pak Steward jasamu kami kenang.

Bergambar kenangan bersama-sama Keluarga TOK BATIN Kem Pulau SLIM.

Sila KLIK untuk ke Picasaweb NAGA untuk gambar yg lain:-
Bertemu lagi untuk 'flash-back' aktiviti yg lepas, iaitu Trip SANTAI di Pulau Slim pada 25hb Januari sehingga 27hb sempena cuti Tahun Baru Cina yang lalu.
Konvoi macam biasa berkumpul di RNR Sg Buluh pada jam 12.00 tengahari.
Sebanyak 10 buah jentera 4X4 turut serta dalam trip tersebut.
Alhamdulillah, syukur semuanya selamat sampai ke destinasi pada petang hari tersebut.
Tiada agenda khusus yg dilakukan cuma aktiviti santai seperti mandi sungai, melepak, jalan-jalan, bercerita tentang kenderaan masing-masing, sakat-menyakat, bergurau-senda, masak-memasak, makan-makan dan melantak....(yg itu kerja aku laa).
Semoga aktiviti kekeluargaan seperti ini diantara Rakan REDAH akan diteruskan untuk memupuk persefahaman yg baik antara ahli, keluarga dan juga masyarakat.

Akhir sekali.....
'JAGALAH HUTAN NEGARA KITA'



De NAGA @ Budin
.

Khamis, 5 Februari 2009

Ulu Tamu Batang KALI

'Sinchan the mechanic' menunjukkan kemahirannya.


Comfirm anak Badang, Pak Berangan ni...

Accident kecil yang memberi impak besar..

"Kau jangan lari Pak Sepang..Bagi balik gambar YL aku..!!"


Pada 17hb Januari yang lepas.... REDAH 4X4 Club telah mengadakan aktiviti riadah yang pertama untuk tahun 2009 bertempat di ULU TAMU Batang Kali.
Lebih daripada 16 buah kenderaan Pacuan 4 Roda telah berkonvoi menuju ke destinasi...bersama-sama keluarga masing-masing.
Program santai bersama keluarga dan rakan-rakan Redah ini menemui kemuncaknya iaitu 'mengecas' di Bukit TANGGA.
Sebanyak 9 kenderaan yg berlepas ke sana untuk menguji kemampuan teknik pemanduan masing-masing.. dan Alhamdulillah, semuanya berjaya melepasi halangan tangga batu walaupun dalam masa yang sama 3 kenderaan mengalami kerosakan yg boleh dikatakan agak teruk.
Dengan pertolongan mekanik SpongeBOB, Sinchan the Mechanic dan Pak Rengas (Big Bos JipAuto, segala masalah dapat diatasi.
Setinggi tahniah dan pujian juga harus diucapkan kepada doktor WELDING, pak SUNGKAI yg sanggup datang memberikan bantuan kecemasan, walaupun sedang makan-makan bersama keluarga....Jasamu sentiasa dikenang.
Konvoi yg dijangka pulang pada petang terpaksa bertolak keluar dari ULU TAMU pada jam 12mlm dan sampai ke lokasi masing-masing seawal 3.00 pagi hari Isnin.
Alhamdulilah semuanya selamat sampai ke rumah masing-masing.
Semoga keAkraban Rakan REDAH diteruskan dan Tolong menolong antara satu sama lain menjadi satu tauladan yg baik buat RAKAN2.
Bertemu dilain Konvoi akan datang... PULAU SLIM Ulu Slim dan juga Trip Gunung AIS.
-De NAGA aka 9W2RXZ
.