Selamat Datang ke Cabaran Redah 4x4 Club...

Redah 4x4 Club yang dahulunya lebih dikenali sebagai XKisah Adventure Team merupakan pertubuhan berdaftar dengan keanggotaan hampir 100 orang 'pilot' 4x4.
Penubuhannya yang lebih kepada penyatuan peminat-peminat 4x4 di bawah satu kelab; menitikberatkan kepada aktiviti-aktiviti riadah, kekeluargaan, projek amal, bantuan kemanusiaan dan komunikasi radio.
Wujudnya kelab ini bukanlah dengan tujuan untuk mencabar kelab-kelab lain apatah lagi untuk mendabik dada dengan kemahiran mengendalikan 4x4 masing-masing, tetapi sebagai satu jambatan bagi hubungan silaturRahim sesama insan.
Semoga kewujudan kelab kami ini akan mendapat tempat di hati masyarakat.

Wasallam,


Presiden
Kelab Redah 4x4 Kuala Lumpur Selangor

Jumaat, 20 Februari 2009

Salam dari Pak Tembusu

Semalam, 19hb Feb 2009 saya bersama xyl, Arau, Kobis dan xyl Kobis pergi menjenguk rakan kita Izam atau Tembusu di wad HDW, Hospital Selayang.
Walaupun dalam keadaan lemah, beliau masih lagi dapat melayan kami, bercerita tentang penyakitnya.
Menurutnya, pada hari ini, 20 Feb 2009, jam 10.00 pagi, para doktor pakar akan menjalankan pembedahan hatinya yang mengalami komplikasi.
Samada hatinya akan dibuang separuh atau salurannya perlu diperbaiki, belum dapat ditentukan lagi.
Pada pandangan saya, kita sebagai sahabat eloklah sama-sama mendoakan kesejahteraan kepada rakan kita itu.
Sebelum meninggalkan beliau di katil wad tersebut, Izam sempat berpesan kepada saya agar Mengirimkan Salam beliau kepada semua rakan-rakan.
Sekian
Kundang.
.

Tiada ulasan: