Accident kecil yang memberi impak besar..
Pada 17hb Januari yang lepas.... REDAH 4X4 Club telah mengadakan aktiviti riadah yang pertama untuk tahun 2009 bertempat di ULU TAMU Batang Kali.
Lebih daripada 16 buah kenderaan Pacuan 4 Roda telah berkonvoi menuju ke destinasi...bersama-sama keluarga masing-masing.
Program santai bersama keluarga dan rakan-rakan Redah ini menemui kemuncaknya iaitu 'mengecas' di Bukit TANGGA.
Sebanyak 9 kenderaan yg berlepas ke sana untuk menguji kemampuan teknik pemanduan masing-masing.. dan Alhamdulillah, semuanya berjaya melepasi halangan tangga batu walaupun dalam masa yang sama 3 kenderaan mengalami kerosakan yg boleh dikatakan agak teruk.
Dengan pertolongan mekanik SpongeBOB, Sinchan the Mechanic dan Pak Rengas (Big Bos JipAuto, segala masalah dapat diatasi.
Setinggi tahniah dan pujian juga harus diucapkan kepada doktor WELDING, pak SUNGKAI yg sanggup datang memberikan bantuan kecemasan, walaupun sedang makan-makan bersama keluarga....Jasamu sentiasa dikenang.
Konvoi yg dijangka pulang pada petang terpaksa bertolak keluar dari ULU TAMU pada jam 12mlm dan sampai ke lokasi masing-masing seawal 3.00 pagi hari Isnin.
Alhamdulilah semuanya selamat sampai ke rumah masing-masing.
Semoga keAkraban Rakan REDAH diteruskan dan Tolong menolong antara satu sama lain menjadi satu tauladan yg baik buat RAKAN2.
Bertemu dilain Konvoi akan datang... PULAU SLIM Ulu Slim dan juga Trip Gunung AIS.
-De NAGA aka 9W2RXZ
.
3 ulasan:
nak ikut lagi ke gunung ais :)
-penumpang pak berbatu
Curly hezzy... boleh gak ikut tak jadi masalah.. dalam bulan JUN nanti ada lagi.. siap sedia.. kalau mahu join skali..
de NAGA
Bolrh Curly hezzy...
bulan JUn nanti kita akan buat skali lagi..'siap sedia kalau nak join..bawak rakan lain kalau nak ikut..
Catat Ulasan