Selamat Datang ke Cabaran Redah 4x4 Club...

Redah 4x4 Club yang dahulunya lebih dikenali sebagai XKisah Adventure Team merupakan pertubuhan berdaftar dengan keanggotaan hampir 100 orang 'pilot' 4x4.
Penubuhannya yang lebih kepada penyatuan peminat-peminat 4x4 di bawah satu kelab; menitikberatkan kepada aktiviti-aktiviti riadah, kekeluargaan, projek amal, bantuan kemanusiaan dan komunikasi radio.
Wujudnya kelab ini bukanlah dengan tujuan untuk mencabar kelab-kelab lain apatah lagi untuk mendabik dada dengan kemahiran mengendalikan 4x4 masing-masing, tetapi sebagai satu jambatan bagi hubungan silaturRahim sesama insan.
Semoga kewujudan kelab kami ini akan mendapat tempat di hati masyarakat.

Wasallam,


Presiden
Kelab Redah 4x4 Kuala Lumpur Selangor

Jumaat, 13 Februari 2009

Meredah Belantara Gunung Ais






KLIK untuk gambar seterusnya

Artikel oleh : Leban
Foto oleh : Pelawan

Assalamualaikum. Nak tahu cerita perjalanan ke Kaki Gunung Ais? Ok, baca seterusnya. Deruman enjin 5 buah 4x4 memecah kesunyian malam di Plaza Tol Gombak. Bermula pukul 12.30 pagi 24/1/09 menuju ke Temerloh dan tiba pukul 2.00 pagi. Rumah teres kosong jadi tempat horizontal.

Seawal 8.30 pagi mesyuarat tergempak diadakan antara peserta dan Pak Gaharu (diberi call sign kerana dikeretanya tertulis ”Jom Cari Gaharu”. Konvoi 7 buah kereta ini asalnya nak pi Kg. Mat Daling, Taman Negara, tiba-tiba berpaling ke Kaki Gunung Ais kawasan Lepar Utara sempadan Pahang dan Terengganu atas nasihat Pak Gaharu. Perjalanan masuk ke hutan bermula lebih kurang pukul 11.30 pagi.

Memulakan perjalanan dalam hujan renyai-renyai (termakbul doa Pak Tetebu minta hujan -nak geli-geli), disambut oleh tiga sungai, tayar diuji di trek balak, jalan yang licin dan ’menggelikan’. Tayar jadi donut, tapi yang tak tahan tu PTO boleh putus. Tak dapat nak cerita dengan perkataan, memang sangat menyeronokkan. Takut pun ada jugak, sebab dah tersadai tepi tebing terpaksa tunggu Pak Gaharu mai tarik. Perjalanan sejauh 60km ke dalam hutan ini sungguh mencabar dan mengambil masa hampir 7 jam untuk tiba ke kawasan perkhemahan.

Perjalanan yang jauh mengeratkan lagi hubungan antara peserta tapi kutuk-mengutuk tu perkara biasa la. Tiba di kawasan perkhemahan lebih kurang pukul 6.30 petang. Perut memang tengah keroncong sebab separuh hari tak makan.

Aktiviti yang sempat dilakukan di sini ialah memancing (dapat la kelah besar tapak tangan), berenang, menyaksikan aktiviti 80 peserta ’motor cross’ oleh Kelab Motor Cross Pahang, BBQ dan lain-lain lagi. Suasana sangat nyaman dan tenang.

Pada 27/1/09 pukul 3.15 petang kami bertolak balik. Perjalanan balik agak membosankan sebab tak hujan (Pak Tetebu dah takut nak baca doa hujan). Kalau hujan, baru syok. Baru tahu langit tinggi ke rendah. Rasanya bukan 7 jam lagi tapi mau lebih 12jam. Jalan balik lagi mencabar sebab mendaki saja. Masa pi tak perasan banyak turun bukit, tapi masa balik MasyaAllah rupa-rupanya hebat jalan tu.

Apapun, syukur alhamdullillah perjalanan pergi dan balik dirahmati Allah tanpa sebarang perkara yang tidak diingini berlaku. Akhir sekali, ucapan terima kasih kepada Pak Gaharu (Porter Gunung Ais), Pak Perah, Pak Merbatu dan SpongeBob (Mekanik Jib Auto),Pak Piang, Pak Pelawan, Pak Tetebu dan semua XYL yang terlibat dalam aktiviti kali ini.

Rasa nak ulang lagi ke Kaki Gunung Ais, nak ikut? Jom.......bulan Julai kita pi lagi. Apa pun Mat Daling masih mengamit di kalender Redah 2009. Kami tetap akan pi.........


Catatan : Event Manager (Pak Leban) dan XYL


.

Tiada ulasan: