Selamat Datang ke Cabaran Redah 4x4 Club...

Redah 4x4 Club yang dahulunya lebih dikenali sebagai XKisah Adventure Team merupakan pertubuhan berdaftar dengan keanggotaan hampir 100 orang 'pilot' 4x4.
Penubuhannya yang lebih kepada penyatuan peminat-peminat 4x4 di bawah satu kelab; menitikberatkan kepada aktiviti-aktiviti riadah, kekeluargaan, projek amal, bantuan kemanusiaan dan komunikasi radio.
Wujudnya kelab ini bukanlah dengan tujuan untuk mencabar kelab-kelab lain apatah lagi untuk mendabik dada dengan kemahiran mengendalikan 4x4 masing-masing, tetapi sebagai satu jambatan bagi hubungan silaturRahim sesama insan.
Semoga kewujudan kelab kami ini akan mendapat tempat di hati masyarakat.

Wasallam,


Presiden
Kelab Redah 4x4 Kuala Lumpur Selangor

Rabu, 30 Mac 2011

TRIP TO HULU SLIM, TANJUNG MALIM, PERAK


All Redah 4x4 club's members are invited to joint our 1-3 April 2011 trip to Hulu Slim, Tg Malim. Departure point : R&R Rawang /Time : 10.00 PM/ Date : 1/4/2011. Make sure all the necessity in order and sufficient.

Semua ahli Redah 4x4 di jemput untuk bersama-sama menyertai trip 1-3 April 2011 ke Hulu Slim, Tg Malim. Tempat berkumpul : R&R Rawang/ Pukul 10.00 malam/ Tarikh 1/4/2011. Sila pastikan barang-barang keperluan tersedia dan mencukupi.

Kepada AJK Redah 4x4, kehadiran adalah diwajibkan. Mesyuarat AJK Redah 4x4 akan diadakan pada pukul 9.30 malam- 2/4/2011 bertempat di Hulu Slim.

Selamat berkonvoi, beriadah bersama keluarga dan bersidang.

Dari admin event Redah 4x4

Isnin, 21 Mac 2011

TRIP SANTAI BULAN FEBRUARI 2011-KERLING



Sememangnya ahli-ahli baru Redah 4x4 sangat bersemangat dan berjiwa kental. Pihak ajk Redah 4x4 selalu sahaja diajukan soalan mengenai trip-trip bulanan yang akan diadakan sebagai pengisian kepada program yang dirancang sepanjang tahun 2011. Bagi meraikan ahli-ahli baru, satu trip secara adhoc telah dilaksanakan dengan jayanya dan mendapat liputan dari NSTP/Berita Harian.

Trip ini telah diadakan pada 26-27/Feb/2011 dan disertai oleh 12 buah pacuan 4 roda. Untuk itu pihak ajk Redah 4x4 akan merangka program yang lebih hebat untuk ahli-ahlinya dimasa akan datang. Semoga perpaduan ahli dan kerjasama mantap yang diberikan dapat membawa Redah 4x4 ke peringkat yang lebih tinggi.

Terima kasih kepada Pak Presiden selaku event manager dan pemberita / jurugambar Berita Harian yang telah mempromosi aktiviti Redah 4x4.

Dari admin & ajk Redah 4x4