Selamat Datang ke Cabaran Redah 4x4 Club...

Redah 4x4 Club yang dahulunya lebih dikenali sebagai XKisah Adventure Team merupakan pertubuhan berdaftar dengan keanggotaan hampir 100 orang 'pilot' 4x4.
Penubuhannya yang lebih kepada penyatuan peminat-peminat 4x4 di bawah satu kelab; menitikberatkan kepada aktiviti-aktiviti riadah, kekeluargaan, projek amal, bantuan kemanusiaan dan komunikasi radio.
Wujudnya kelab ini bukanlah dengan tujuan untuk mencabar kelab-kelab lain apatah lagi untuk mendabik dada dengan kemahiran mengendalikan 4x4 masing-masing, tetapi sebagai satu jambatan bagi hubungan silaturRahim sesama insan.
Semoga kewujudan kelab kami ini akan mendapat tempat di hati masyarakat.

Wasallam,


Presiden
Kelab Redah 4x4 Kuala Lumpur Selangor

Rabu, 8 September 2010

Salam Idul Fitri 1431

Jawatankuasa Kelab 4x4 Redah dengan rendah diri mewakili seluruh ahli dan keluarga kelab merafak kemaafan dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki sempena kehadiran bulan yang mulia Syawal di atas segala kesilapan dan kekurangan sepanjang persahabatan di bawah satu hobi ini dari semua peminat sukan lasak 4x4, kelab-kelab 4x4, penyokong, badan kerajaan, badan berkanun, sukarelawan dan pelawat blog ini.

Ucapan khasnya buat sahabat-sahabat dari Kelab 4x4 Selangor, Lubuk Trekker, PDRM 4x4, Oscar Lima, Israq Adventure, SCS Communication & Event, Pradas, Astra, JPAM, Rela, Bomba, PDRM, Mercy, dan lain-lain yang sentiasa memberikan sokongan padu kepada aktiviti kami selama ini.

Segala kebaikan semuanya datang dari Allah jua dan segala kesilapan datangnya dari kami yang kerdil sebagai hambaNya.

Semoga dengan kedatangan Syawal ini akan mengeratkan lagi tali SiraturRahim antara kita.

SELAMAT HARI RAYA IDUL FITRI maaf zahir dan batin.


-Jawatankuasa Kelab.

.

Tiada ulasan: