Selamat Datang ke Cabaran Redah 4x4 Club...

Redah 4x4 Club yang dahulunya lebih dikenali sebagai XKisah Adventure Team merupakan pertubuhan berdaftar dengan keanggotaan hampir 100 orang 'pilot' 4x4.
Penubuhannya yang lebih kepada penyatuan peminat-peminat 4x4 di bawah satu kelab; menitikberatkan kepada aktiviti-aktiviti riadah, kekeluargaan, projek amal, bantuan kemanusiaan dan komunikasi radio.
Wujudnya kelab ini bukanlah dengan tujuan untuk mencabar kelab-kelab lain apatah lagi untuk mendabik dada dengan kemahiran mengendalikan 4x4 masing-masing, tetapi sebagai satu jambatan bagi hubungan silaturRahim sesama insan.
Semoga kewujudan kelab kami ini akan mendapat tempat di hati masyarakat.

Wasallam,


Presiden
Kelab Redah 4x4 Kuala Lumpur Selangor

Isnin, 17 Januari 2011

MAJLIS PENGHARGAAN SUKARELAWAN YAYASAN SALAM








Pada 16hb Januari 2011 telah berlangsung Majlis Penghargaan kepada sukarelawan yang telah terlibat di dalam berbagai program yang dianjurkan oleh Yayasan Salam sepanjang tahun 2010. Majlis telah diadakan di tepian tasik bersebelahan Amcorp Mall Petaling Jaya bermula pada pukul 10.00 pagi. Redah 4x4 telah terlibat di dalam program Yayasan Salam iaitu menyampaikan bantuan kepada mangsa banjir di Alor Star baru-baru ini. Sememangnya Redah 4x4 tidak mengharapkan apa-apa penghargaan sebaliknya pertolongan yang dihulurkan adalah atas dasar sifat kemanusiaan untuk membantu mangsa-mangsa banjir yang memerlukan pertolongan dan bantuan.

Semoga kerjasama bersama Yayasan Salam dan NGO yang lain dapat diteruskan untuk program-program yang akan datang. Redah 4x4 akan bersedia dari segi fizikal dan mental bagi menyahut cabaran untuk membantu dan menjalankan kerja-kerja sukarelawan.

Pengurusan Redah 4x4

Tiada ulasan: