Selamat Datang ke Cabaran Redah 4x4 Club...

Redah 4x4 Club yang dahulunya lebih dikenali sebagai XKisah Adventure Team merupakan pertubuhan berdaftar dengan keanggotaan hampir 100 orang 'pilot' 4x4.
Penubuhannya yang lebih kepada penyatuan peminat-peminat 4x4 di bawah satu kelab; menitikberatkan kepada aktiviti-aktiviti riadah, kekeluargaan, projek amal, bantuan kemanusiaan dan komunikasi radio.
Wujudnya kelab ini bukanlah dengan tujuan untuk mencabar kelab-kelab lain apatah lagi untuk mendabik dada dengan kemahiran mengendalikan 4x4 masing-masing, tetapi sebagai satu jambatan bagi hubungan silaturRahim sesama insan.
Semoga kewujudan kelab kami ini akan mendapat tempat di hati masyarakat.

Wasallam,


Presiden
Kelab Redah 4x4 Kuala Lumpur Selangor

Ahad, 9 Januari 2011

JANUARI 2011 - PROGRAM EYEBALL REDAH 4X4

Semua ahli-ahli Redah 4x4 bersama keluarga dijemput menghadiri program EYEBALL Redah 4x4 yang pertama bagi tahun 2011. Program ini dirancang untuk menyatu padukan semula ahli-ahli sedia ada, ahli veteran & ahli baru. Taklimat mengenai perancangan kelab sepanjang 2011 akan dibentang serta penerangan mengenai peranan biro-biro dan memperkenalkan AJK yang terlibat. Ahli-ahli diminta memilih biro-biro yang sesuai untuk menjadi sub-AJK kepada biro berkenaan. Selepas itu dialog bersama ahli akan diadakan untuk mendapatkan cadangan dan pandangan mengenai halatuju Redah 4x4. Semua ahli diminta memberi komitmen padu bagi memantapkan kelab dan menerima amanat Presiden dengan hati yang terbuka.

Program Eye Ball Redah 4x4 akan diadakan seperti berikut:

Tarikh : 29-30/ Januari 2011 ( Sabtu – Ahad )
Tempat : Kem Hamzah, Hulu Tamu, Ulu Yam, Selangor
Makan : Makan malam di sponsor oleh Presiden Kelab + BBQ/ayam/ikan/pot luck dari ahli, pinggan mangkuk, peralatan camping kena bawa sendiri
Bayaran : Percuma untuk Ahli; Bukan Ahli bayaran sebanyak RM 30.00 bagi satu kereta
Konvoi : 29/1 (Sabtu) pada 10.00 pagi Bermula di Stesen Petronas Sg.Tua
Leader : Tetebu / Marajali – 012 2743814 / 019 3331459

ATURCARA

Hari Sabtu
10.00 pagi – Konvoi bertolak
11.00 pagi – memasang khemah dan acara bebas
7.30 malam – sembahyang berjemaah dan makan malam
9.30 malam – taklimat presiden dan dialog bersama ahli

Hari Ahad
7.00 pagi - acara bebas / mengecas
1.00 tghri – berkemas & bersurai

Meja pendaftaran akan dibuka pada hari Sabtu/Ahad untuk pendaftaran ahli baru dan juga penerimaan pembayaran yuran tahunan ahli yang masih tertunggak.

Biro agama & kebajikan Redah 4x4 meminta semua ahli-ahli serta keluarga agar dapat menjaga penampilan diri dengan berpakaian sopan dan tidak menjolok mata. Ini adalah untuk menjaga imej kelab dan ahli-ahlinya.

Dari Pengurusan Kelab REDAH 4x4

Tiada ulasan: