Selamat Datang ke Cabaran Redah 4x4 Club...

Redah 4x4 Club yang dahulunya lebih dikenali sebagai XKisah Adventure Team merupakan pertubuhan berdaftar dengan keanggotaan hampir 100 orang 'pilot' 4x4.
Penubuhannya yang lebih kepada penyatuan peminat-peminat 4x4 di bawah satu kelab; menitikberatkan kepada aktiviti-aktiviti riadah, kekeluargaan, projek amal, bantuan kemanusiaan dan komunikasi radio.
Wujudnya kelab ini bukanlah dengan tujuan untuk mencabar kelab-kelab lain apatah lagi untuk mendabik dada dengan kemahiran mengendalikan 4x4 masing-masing, tetapi sebagai satu jambatan bagi hubungan silaturRahim sesama insan.
Semoga kewujudan kelab kami ini akan mendapat tempat di hati masyarakat.

Wasallam,


Presiden
Kelab Redah 4x4 Kuala Lumpur Selangor

Jumaat, 10 April 2009

Jemputan dari PAK JADAM ke Majlis Doa Selamat/Tahlil NESRAC


Asalamualaikum Wr Wbt kepada SEMUA WARGA REDAH


Dengan rendah diri PAK JADAM menjemput semua AHLI REDAH untuk Majlis Doa Selamat /Tahlil Kelab NESRAC Seperti berikut:-


Tarikh : 11hb April 2009


Masa : Lepas Isyak


Tempat : Rumah KELAB NESRAC NO 13A, JALAN SIMPANG JELEBU,N.Sembilan


Kepada Ahli dan juga Supporter REDAH AMnya,yang berkesudian dijemput hadir!!


Sekian



...

Tiada ulasan: