Selamat Datang ke Cabaran Redah 4x4 Club...

Redah 4x4 Club yang dahulunya lebih dikenali sebagai XKisah Adventure Team merupakan pertubuhan berdaftar dengan keanggotaan hampir 100 orang 'pilot' 4x4.
Penubuhannya yang lebih kepada penyatuan peminat-peminat 4x4 di bawah satu kelab; menitikberatkan kepada aktiviti-aktiviti riadah, kekeluargaan, projek amal, bantuan kemanusiaan dan komunikasi radio.
Wujudnya kelab ini bukanlah dengan tujuan untuk mencabar kelab-kelab lain apatah lagi untuk mendabik dada dengan kemahiran mengendalikan 4x4 masing-masing, tetapi sebagai satu jambatan bagi hubungan silaturRahim sesama insan.
Semoga kewujudan kelab kami ini akan mendapat tempat di hati masyarakat.

Wasallam,


Presiden
Kelab Redah 4x4 Kuala Lumpur Selangor

Rabu, 8 April 2009

Jemputan dari Pak Ketapang & Pak Pasak

Warga Redah dan keluarga adalah dijemput ke Majlis Akad Nikah anak-anak kepada Pak Ketapang, Hj. Nizam dan Pak Pasak atau Abang Basori.

Tarikh : Khamis, 9 April 2009
Masa : Selepas Isyak
Tempat : Masjid Al-Makmuriah, Kg Sg. Kayu Ara, Damansara Utama.

Majlis akan didahului dengan Tahlil Arwah dan Doa Selamat.

Kepada rakan-rakan Redah yang berkesempatan, dijemputlah hadir meraikan undangan sahabat kita dan sama-sama berSolat Maghrib & Isyak bersama.

Tiada ulasan: