Selamat Datang ke Cabaran Redah 4x4 Club...

Redah 4x4 Club yang dahulunya lebih dikenali sebagai XKisah Adventure Team merupakan pertubuhan berdaftar dengan keanggotaan hampir 100 orang 'pilot' 4x4.
Penubuhannya yang lebih kepada penyatuan peminat-peminat 4x4 di bawah satu kelab; menitikberatkan kepada aktiviti-aktiviti riadah, kekeluargaan, projek amal, bantuan kemanusiaan dan komunikasi radio.
Wujudnya kelab ini bukanlah dengan tujuan untuk mencabar kelab-kelab lain apatah lagi untuk mendabik dada dengan kemahiran mengendalikan 4x4 masing-masing, tetapi sebagai satu jambatan bagi hubungan silaturRahim sesama insan.
Semoga kewujudan kelab kami ini akan mendapat tempat di hati masyarakat.

Wasallam,


Presiden
Kelab Redah 4x4 Kuala Lumpur Selangor

Khamis, 9 April 2009

Pertandingan Gusti Lengan Selangor 2009

JEMPUTAN KEPADA REDAH 4X4 CLUB KUALA LUMPUR & SELANGOR UNTUK "SHOW OFF" DI PERTANDINGAN GUSTI LENGAN SELANGOR 2009 SIRKIT 1 PADA 12HB APRIL 2009


Salam hormat daripada Persatuan Sukan Lengan Negeri Selangor.

Merujuk kepada perbincangan kita tentang perkara di atas,sukacita saya,bagi pihak Persatuan Sukan Lengan Negeri Selangor (PLNS) ingin memohon menjemput REDAH 4x4 Club Kuala Lumpur & Selangor untuk menyertai acara untuk mempamerkan kenderaan 4x4 ahli kelab pada hari pertandingan Gusti Lengan selangor 2009 sirkit 1 seperti berikut:-


Tarikh : 12hb April 2009
Masa : 3.30ptg - 4.30ptg
Tempat : Tempat letak kereta Anggerik MALL seksyen 14 Shah Alam Selangor.

Kami percaya penyertaan kelab tuan akan memeriahkan lagi Pertandingan Gusti Lengan Negeri Selangor 2009 Sirkit 1 .Kesudian pihak tuan kami dahulukan dengan ucapan ribuan terima kasih.


P/s: Kepada Ahli-Ahli yang berminat untuk mempamerkan kenderaan masing-masing boleh la menghubungi Event Manager Program Irham Abu Salim aka Pak SEPANG ditalian
012-3407663

Tiada ulasan: