Selamat Datang ke Cabaran Redah 4x4 Club...

Redah 4x4 Club yang dahulunya lebih dikenali sebagai XKisah Adventure Team merupakan pertubuhan berdaftar dengan keanggotaan hampir 100 orang 'pilot' 4x4.
Penubuhannya yang lebih kepada penyatuan peminat-peminat 4x4 di bawah satu kelab; menitikberatkan kepada aktiviti-aktiviti riadah, kekeluargaan, projek amal, bantuan kemanusiaan dan komunikasi radio.
Wujudnya kelab ini bukanlah dengan tujuan untuk mencabar kelab-kelab lain apatah lagi untuk mendabik dada dengan kemahiran mengendalikan 4x4 masing-masing, tetapi sebagai satu jambatan bagi hubungan silaturRahim sesama insan.
Semoga kewujudan kelab kami ini akan mendapat tempat di hati masyarakat.

Wasallam,


Presiden
Kelab Redah 4x4 Kuala Lumpur Selangor

Isnin, 27 April 2009

Pengambilan SUKARELAWAN ke SRI LANKA oleh MERCY MALAYSIA


Asalamualaikum wr wbt....
Kepada semua warga REDAH walau dimana jua anda berada...
.
MERCY Malaysia telah menghubungi REDAH 4x4 Club untuk pengambilan SUKARELAWAN Mercy Malaysia ke SRI LANKA selama 2 atau 3 minggu.
tarikh perjalanan bantuan ke sana belum lagi diketahui.
.
Pihak REDAH membuka peluang kepada AHLI-AHLI yang mempunyai latarbelakang TEKNIKAL untuk menjadi SUKARELAWAN Mercy Malaysia di SRI LANKA.
.
Untuk mendaftarkan nama anda sila hubungi PAK RENGAS @ NAJIB ditalian
019 273 9916 / atau PAK SEPANG @ IRHAM 012 340 7663 / 016 2514702
secepat mungkin.Sekian DI INFOKAN.
Terima kasih
...

Tiada ulasan: