Selamat Datang ke Cabaran Redah 4x4 Club...

Redah 4x4 Club yang dahulunya lebih dikenali sebagai XKisah Adventure Team merupakan pertubuhan berdaftar dengan keanggotaan hampir 100 orang 'pilot' 4x4.
Penubuhannya yang lebih kepada penyatuan peminat-peminat 4x4 di bawah satu kelab; menitikberatkan kepada aktiviti-aktiviti riadah, kekeluargaan, projek amal, bantuan kemanusiaan dan komunikasi radio.
Wujudnya kelab ini bukanlah dengan tujuan untuk mencabar kelab-kelab lain apatah lagi untuk mendabik dada dengan kemahiran mengendalikan 4x4 masing-masing, tetapi sebagai satu jambatan bagi hubungan silaturRahim sesama insan.
Semoga kewujudan kelab kami ini akan mendapat tempat di hati masyarakat.

Wasallam,


Presiden
Kelab Redah 4x4 Kuala Lumpur Selangor

Isnin, 27 April 2009

PAK SEPANG KEMALANGAN DI PUTRAJAYA


Asalamualaikum Wr Wbt...
Petang tadi berita yang saya terima daripada PAK RHU,mengatakan yang Pak Sepang telah kemalangan Jalan Raya di Putrajaya... beliau telah di masukkan ke Hospital Serdang dengan bantuan hamba ALLAH yang lalu lalang di tempat kejadian..

Ucapan terima kasih di ucapkan kepada Hamba ALLAH tersebut...

kecederaan Pak Sepang boleh di katakan teruk juga.. Tangan kanannya.. kulit tersiat..
Kepada Warga REDAH yang ingin melawat beliau bolehlaa menalifon dahulu,ditalian seperti berikut 012-340 7663
Sekian
....

.

Tiada ulasan: