Selamat Datang ke Cabaran Redah 4x4 Club...

Redah 4x4 Club yang dahulunya lebih dikenali sebagai XKisah Adventure Team merupakan pertubuhan berdaftar dengan keanggotaan hampir 100 orang 'pilot' 4x4.
Penubuhannya yang lebih kepada penyatuan peminat-peminat 4x4 di bawah satu kelab; menitikberatkan kepada aktiviti-aktiviti riadah, kekeluargaan, projek amal, bantuan kemanusiaan dan komunikasi radio.
Wujudnya kelab ini bukanlah dengan tujuan untuk mencabar kelab-kelab lain apatah lagi untuk mendabik dada dengan kemahiran mengendalikan 4x4 masing-masing, tetapi sebagai satu jambatan bagi hubungan silaturRahim sesama insan.
Semoga kewujudan kelab kami ini akan mendapat tempat di hati masyarakat.

Wasallam,


Presiden
Kelab Redah 4x4 Kuala Lumpur Selangor

Rabu, 29 April 2009

BANTUAN MERCY MALAYSIA KE KELANTAN


TAHNIAH!! diucapkan kepada Pak Gaharu atau Idris atau PRIH atau 9W2REH kerana telah terpilih untuk mewakili Redah dan MERCY untuk misi bantuan kemanusiaan dan kemasyarakatan di KELANTAN.
Tarikh : 1hb Mei 2009 (Jumaat)
Masa: 830 pagi
Lokasi berkumpul:Kompleks Daya Bumi.
Kepada rakan-rakan REDAH yang ingin turut serta menghantar PAK GAHARU boleh menalifon PAK SEPANG di talian 012-340 7663.Sekian
'SEMOGA BAKTI YANG DICURAH MENDAPAT KEBERKATAN'
.
.
.

Tiada ulasan: