Selamat Datang ke Cabaran Redah 4x4 Club...

Redah 4x4 Club yang dahulunya lebih dikenali sebagai XKisah Adventure Team merupakan pertubuhan berdaftar dengan keanggotaan hampir 100 orang 'pilot' 4x4.
Penubuhannya yang lebih kepada penyatuan peminat-peminat 4x4 di bawah satu kelab; menitikberatkan kepada aktiviti-aktiviti riadah, kekeluargaan, projek amal, bantuan kemanusiaan dan komunikasi radio.
Wujudnya kelab ini bukanlah dengan tujuan untuk mencabar kelab-kelab lain apatah lagi untuk mendabik dada dengan kemahiran mengendalikan 4x4 masing-masing, tetapi sebagai satu jambatan bagi hubungan silaturRahim sesama insan.
Semoga kewujudan kelab kami ini akan mendapat tempat di hati masyarakat.

Wasallam,


Presiden
Kelab Redah 4x4 Kuala Lumpur Selangor

Isnin, 27 April 2009

Sukarelawan MERCY / REDAH ke SRI LANKA



PAK MERBAU / PR SPR / SAPRAN


TAHNIAH!! diucapkan kepada Pak Merbau atau Sapran atau PRSPR kerana telah terpilih untuk mewakili Redah dan MERCY membawa bendera Malaysia untuk misi bantuan teknikal di Sri Lanka selama dua minggu.

.
Tarikh: 28hb April 2009 ( SELASA )
Masa Penerbangan: 4.40ptg ( KLIA )
Destinasi: SRI LANKA


.
Kepada rakan-rakan yang ingin melawat Pak Merbau di Airport KLIA boleh la menghubungi Pak Merbau di talian 013 2299008.Pak Merbau dijangka berada di AIRPORT KLIA pada 2.30ptg hari SELASA







Tiada ulasan: