Selamat Datang ke Cabaran Redah 4x4 Club...

Redah 4x4 Club yang dahulunya lebih dikenali sebagai XKisah Adventure Team merupakan pertubuhan berdaftar dengan keanggotaan hampir 100 orang 'pilot' 4x4.
Penubuhannya yang lebih kepada penyatuan peminat-peminat 4x4 di bawah satu kelab; menitikberatkan kepada aktiviti-aktiviti riadah, kekeluargaan, projek amal, bantuan kemanusiaan dan komunikasi radio.
Wujudnya kelab ini bukanlah dengan tujuan untuk mencabar kelab-kelab lain apatah lagi untuk mendabik dada dengan kemahiran mengendalikan 4x4 masing-masing, tetapi sebagai satu jambatan bagi hubungan silaturRahim sesama insan.
Semoga kewujudan kelab kami ini akan mendapat tempat di hati masyarakat.

Wasallam,


Presiden
Kelab Redah 4x4 Kuala Lumpur Selangor

Khamis, 2 April 2009

Gambar lama Aktiviti Pak Melaka (Kang Samsol)








Mungkin jika dilihat pada tarikh gambar ini diambil, agak lama. Selama orangnya juga. Tetapi inilah gambar yang sempat saya pungut dari blog Kang Samsol atau Pak Melaka berupa aktiviti beliau yang tak sempat saya dan rakan-rakan baru sertai. (Tak ada 4x4 pun lagi).


Sekarang, setelah menyertai Kelab Redah 4x4, Pak Melaka sedia berkongsi pengalaman dan tujuk ajar untuk faedah bersama.


Blog persendirian Pak Melaka http://kang4x4adventure.blogspot.com/


-Kundang.


.


Tiada ulasan: