Selamat Datang ke Cabaran Redah 4x4 Club...

Redah 4x4 Club yang dahulunya lebih dikenali sebagai XKisah Adventure Team merupakan pertubuhan berdaftar dengan keanggotaan hampir 100 orang 'pilot' 4x4.
Penubuhannya yang lebih kepada penyatuan peminat-peminat 4x4 di bawah satu kelab; menitikberatkan kepada aktiviti-aktiviti riadah, kekeluargaan, projek amal, bantuan kemanusiaan dan komunikasi radio.
Wujudnya kelab ini bukanlah dengan tujuan untuk mencabar kelab-kelab lain apatah lagi untuk mendabik dada dengan kemahiran mengendalikan 4x4 masing-masing, tetapi sebagai satu jambatan bagi hubungan silaturRahim sesama insan.
Semoga kewujudan kelab kami ini akan mendapat tempat di hati masyarakat.

Wasallam,


Presiden
Kelab Redah 4x4 Kuala Lumpur Selangor

Jumaat, 17 April 2009

Banjir DI DENGKIL Kg Bukit Changgang

Salam kepada semua Warga REDAH

Pada petang semalam kita telah dikejutkan panggilan kecemasan oleh Pak Sepang tentang banjir yang telah berlaku di Kg Bukit Changgang DENGKIL.
Operasi yang diketuai oleh Pak MERANTI iaitu Naib Presiden REDAH sendiri telah dapat mengumpulkan 7 anggota RESQ REDAH 4x4 Club.
Bantuan diberikan dengan memindahkan penduduk ke tempat yang selamat.
pada 11mlm keadaan telah terkawal.
Ucapan TERIMA KASIH kepada semua yang terlibat...mahu dari segi informasi dan juga tenaga masa.

'JASAMU KAMI KENANG'

Anggota yang terlibat adalah:-
MERANTI-Ketua Operasi
SUNGKAI,PELAWAN,GETAH,NYIREH,LEBAN & TETEBU.

...

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

jasamu di kenang... ribuan terima kasih... 9w2ksk rtb bukit changgang jln sempadan.