Selamat Datang ke Cabaran Redah 4x4 Club...

Redah 4x4 Club yang dahulunya lebih dikenali sebagai XKisah Adventure Team merupakan pertubuhan berdaftar dengan keanggotaan hampir 100 orang 'pilot' 4x4.
Penubuhannya yang lebih kepada penyatuan peminat-peminat 4x4 di bawah satu kelab; menitikberatkan kepada aktiviti-aktiviti riadah, kekeluargaan, projek amal, bantuan kemanusiaan dan komunikasi radio.
Wujudnya kelab ini bukanlah dengan tujuan untuk mencabar kelab-kelab lain apatah lagi untuk mendabik dada dengan kemahiran mengendalikan 4x4 masing-masing, tetapi sebagai satu jambatan bagi hubungan silaturRahim sesama insan.
Semoga kewujudan kelab kami ini akan mendapat tempat di hati masyarakat.

Wasallam,


Presiden
Kelab Redah 4x4 Kuala Lumpur Selangor

Khamis, 30 April 2009

BANTUAN MERCY MALAYSIA KE SRI LANKA




Tahniah!! diucapkan kepada Pak Marajali atau Uzair atau PRXAJ kerana telah terpilih untuk mewakili Redah dan MERCY membawa bendera Malaysia untuk misi bantuan teknikal di Sri Lanka selama dua minggu.
Kelab Redah 4x4 dan rakan-rakan berasa amat bangga dengan kesanggupan Pak Marajali menyahut cabaran untuk berkhidmat di seberang laut.
Terimakasih juga diucapkan kepada seluruh keluarganya yang berbesar hati 'meminjamkan' orang tersayang untuk program kebajikan ini.

Tarikh: 2hb Mei 2009 (SABTU)
Masa:230petang (berlepas)
Destinasi:SRI LANKA
Tempat Berkumpul: KLIA 12 tengahari

Kepada rakan-rakan REDAH yang ingin turut serta menghantar PAK MARAJALI boleh menalifon PAK SEPANG di talian 012-340 7663.Sekian

'BERBAKTI BERAMAL'

. . .

SALAM DARI PAK MERBAU

Asalamualaikum kepada semua WARGA REDAH...

PAK MERBAU mengucapkan salam kepada semua....dengan mengirimkan SMS kepada PAK RHU.. Petikan dari SMS beliau:-

Asalamualaikum bang Ezam.. saya disini sihat2 sahaja.. keadaan terkawal cuma kawalan tentera agak ketat setiap 100 meter ada 1 kubu dengan guni pasir dan tentera bersepah di sepanjang jalan ke penempatan kem pelarian jalan ke JAfna.HArap doa kan keselamatan kami semua..
lokasi skang di BAVONIA 60KM dari lokasi kerja..Pak Merbau.

Sekian,

P/s: SEMUA WARGA REDAH MENDOAKAN KESEJAHTERAAN/KESELAMATAN UNTUK SEMUA PETUGAS MERCY MALAYSIA.

..

Rabu, 29 April 2009

FAMILY TRIP TAMAN NEGARA ENDAU ROMPIN SELAI

Konvoi menuju ke LOKASI Kemsite LUBUK MEREKEK
Yang baju hijau tuh.... ehemm.. ehemm. ada orang dah boking.. hahahahaha
Aikk. PAK LEBAN... msk sendiri ker..(sebab tak bawak XYL)
Tetebu, baik-baik nanti mabuk asap....

Gambar dari Lensa Rakan SEREMBAN Klik di sini
Kepada rakan REDAH yang ada gambar2 koleksi sendiri boleh hantar gambar anda kepada redah4x4club@gmail.com


BANTUAN MERCY MALAYSIA KE KELANTAN


TAHNIAH!! diucapkan kepada Pak Gaharu atau Idris atau PRIH atau 9W2REH kerana telah terpilih untuk mewakili Redah dan MERCY untuk misi bantuan kemanusiaan dan kemasyarakatan di KELANTAN.
Tarikh : 1hb Mei 2009 (Jumaat)
Masa: 830 pagi
Lokasi berkumpul:Kompleks Daya Bumi.
Kepada rakan-rakan REDAH yang ingin turut serta menghantar PAK GAHARU boleh menalifon PAK SEPANG di talian 012-340 7663.Sekian
'SEMOGA BAKTI YANG DICURAH MENDAPAT KEBERKATAN'
.
.
.

Selasa, 28 April 2009

BASIC MISSION TRANNING (BMT) MERCY Malaysia






Gambar dari lensa PAK LIMPAGA klik disini

Rakan REDAH 4X4 Club semasa BMT di Kem PGA Ulu Kinta PERAK.
Seramai 9 orang yang terilibat mereka adalah..
RHU.KEDIRI.SEPANG,QELAM,RENGAS,GAHARU,LIMPAGA,TENGAR dan JADAM.
Tunggu panggilan yang akan datang kepada Rakan-rakan REDAH yang lain masa anda akan tiba..
...


Isnin, 27 April 2009

PAK SEPANG KEMALANGAN DI PUTRAJAYA


Asalamualaikum Wr Wbt...
Petang tadi berita yang saya terima daripada PAK RHU,mengatakan yang Pak Sepang telah kemalangan Jalan Raya di Putrajaya... beliau telah di masukkan ke Hospital Serdang dengan bantuan hamba ALLAH yang lalu lalang di tempat kejadian..

Ucapan terima kasih di ucapkan kepada Hamba ALLAH tersebut...

kecederaan Pak Sepang boleh di katakan teruk juga.. Tangan kanannya.. kulit tersiat..
Kepada Warga REDAH yang ingin melawat beliau bolehlaa menalifon dahulu,ditalian seperti berikut 012-340 7663
Sekian
....

.

Sukarelawan MERCY / REDAH ke SRI LANKA



PAK MERBAU / PR SPR / SAPRAN


TAHNIAH!! diucapkan kepada Pak Merbau atau Sapran atau PRSPR kerana telah terpilih untuk mewakili Redah dan MERCY membawa bendera Malaysia untuk misi bantuan teknikal di Sri Lanka selama dua minggu.

.
Tarikh: 28hb April 2009 ( SELASA )
Masa Penerbangan: 4.40ptg ( KLIA )
Destinasi: SRI LANKA


.
Kepada rakan-rakan yang ingin melawat Pak Merbau di Airport KLIA boleh la menghubungi Pak Merbau di talian 013 2299008.Pak Merbau dijangka berada di AIRPORT KLIA pada 2.30ptg hari SELASA







Pengambilan SUKARELAWAN ke SRI LANKA oleh MERCY MALAYSIA


Asalamualaikum wr wbt....
Kepada semua warga REDAH walau dimana jua anda berada...
.
MERCY Malaysia telah menghubungi REDAH 4x4 Club untuk pengambilan SUKARELAWAN Mercy Malaysia ke SRI LANKA selama 2 atau 3 minggu.
tarikh perjalanan bantuan ke sana belum lagi diketahui.
.
Pihak REDAH membuka peluang kepada AHLI-AHLI yang mempunyai latarbelakang TEKNIKAL untuk menjadi SUKARELAWAN Mercy Malaysia di SRI LANKA.
.
Untuk mendaftarkan nama anda sila hubungi PAK RENGAS @ NAJIB ditalian
019 273 9916 / atau PAK SEPANG @ IRHAM 012 340 7663 / 016 2514702
secepat mungkin.Sekian DI INFOKAN.
Terima kasih
...

Isnin, 20 April 2009

Trip Offroad TAMAN NEGARA MAT DALING Pahang

Asalamualaikum kepada semua Warga REDAH dan juga Supporter REDAH.
..
Lokasi : Kg. Mat Daling, Taman Negara, Pahang D.M.
Tarikh :30hb May 2009-1hb Jun 2009.(Sabtu-Isnin)
Tayar bergolek : 7.00 pagi, 30hb May '09.
Berkumpul : Petronas MRR2 sebelum tol Gombak.
Lain info : Family trip. Bawa makanan dan duit minyak secukupnya.
Jalan Offroad: Semi hardcore 200km pergi sahaja (balik ikut jerantut jln biasa)
..
Tarikh Tutup Penyertaan: 25hb May 2009
Semua Dijemput!!(Terbuka)
..
Kepada sesiapa yang ingin turut serta sila berhubung dengan Event Manager Pak Perah (Firdaus) di talian 012 274 9710
.
.

Jumaat, 17 April 2009

Banjir DI DENGKIL Kg Bukit Changgang

Salam kepada semua Warga REDAH

Pada petang semalam kita telah dikejutkan panggilan kecemasan oleh Pak Sepang tentang banjir yang telah berlaku di Kg Bukit Changgang DENGKIL.
Operasi yang diketuai oleh Pak MERANTI iaitu Naib Presiden REDAH sendiri telah dapat mengumpulkan 7 anggota RESQ REDAH 4x4 Club.
Bantuan diberikan dengan memindahkan penduduk ke tempat yang selamat.
pada 11mlm keadaan telah terkawal.
Ucapan TERIMA KASIH kepada semua yang terlibat...mahu dari segi informasi dan juga tenaga masa.

'JASAMU KAMI KENANG'

Anggota yang terlibat adalah:-
MERANTI-Ketua Operasi
SUNGKAI,PELAWAN,GETAH,NYIREH,LEBAN & TETEBU.

...

Selasa, 14 April 2009

OFFROAD TAMAN NEGARA ENDAU ROMPIN SELAI SEGAMAT JOHOR

Membuat tempahan KEMSITE LUBUK MEREKEK
Pejabat Perbadanan Taman Negara Johor

Simpang masuk ker TAMAN NEGARA Endau Rompin SELAI


Kawasan Ikan menyorok...


Perjalanan balik dari RECCE Taman Negara Endau Rompin SELAI Kg BEKOK Segamat Johor

Asalamualaikum Wr Wbt...Salam Sejahtera buat semua RAKAN REDAH

LOKASI OFFROAD
Taman Negara SELAI Kemsite Lubuk Merekek ( Kg Bekok,Segamat Johor

Tarikh : 24hb - 26hb April 2009 ( 3 hari 2 malam)
Tempat Berkumpul : Hentian Sebelah Serdang
Masa : 7.30 pagi ( Bertolak Jam 8.00 pagi )
.

Event Director: EZAM @ Pak RHU
Event Manager: Budin @ Pak NAGA ( 012-3730596)
Jarak Perjalanan : KL/Simpang Empat/Gemas/Segamat/Labis/Kg Bekok
500km Pergi / Balik ( Termasuk Jln OFFROAD 16km )
Tol: RM 30 pergi / balik (exit Simpang Empat/Alor Gajah
Info:Family Trip,Bawa makanan sendiri.duit minyak secukupnya
(Sila bawa makanan untuk BBQ seperti Ayam,ikan atau apa sahaja yang halal untuk dimakan bersama-sama)
Keadaaan Jalan Offroad: Light & Easy
Marshall: Pak RHU aka EZAM (Event Director)Marshall Leader,Pak Keranji aka Iwan (Center Marshall) Pak Limpaga aka UJANG (Security Chief),Pak Naga aka Budin (Swepper)

Kadar Bayaran yang telah ditetapkan oleh Taman Negara Endau Rompin SELAI seperti berikut:-

Pas kenderaan: RM 10 ( Dibahagi 3 peserta dalam kenderaan: Jumlah seorang RM 3 )
Permit Masuk Dewasa: RM 5
Insurans: RM 2
Renjer/Guide: RM 5 x 3 hari = RM 15
Tapak Khemah: RM 5 x 2 malam = RM 10


JUMLAH: RM 35 (seorang peserta Dewasa)
RM 32 (Pelajar 7thn-17thn)
kanak-kanak 6thn kebawah percuma
(Bayaran boleh dibayar di Hentian Serdang tempat berkumpul)


Untuk mendaftar boleh SMS /Email kepada Event Manager Budin aka ( PAK NAGA )di talian 012-3730596/blackapache99@yahoo.com sebelum atau pada 21hb April secepat mungkin untuk urusan berkaitan dengan meletakkan :-
Nama setiap peserta (seperti dalam kad Pengenalan):
No kad Pengenalan:
Perhatian Tarikh TUTUP pada 21hb April 2009!!

sekian...TERIMA KASIH.

Jumaat, 10 April 2009

Jemputan dari PAK JADAM ke Majlis Doa Selamat/Tahlil NESRAC


Asalamualaikum Wr Wbt kepada SEMUA WARGA REDAH


Dengan rendah diri PAK JADAM menjemput semua AHLI REDAH untuk Majlis Doa Selamat /Tahlil Kelab NESRAC Seperti berikut:-


Tarikh : 11hb April 2009


Masa : Lepas Isyak


Tempat : Rumah KELAB NESRAC NO 13A, JALAN SIMPANG JELEBU,N.Sembilan


Kepada Ahli dan juga Supporter REDAH AMnya,yang berkesudian dijemput hadir!!


Sekian



...

REDAH 4X4 CLUB / X4 XPLORER SERIES

THE REDAH / X4 XPLORER SERIES
- XCAPE PHUKET -


KL /Trang/Phuket /Hatyaai /KL
0KM +683KM +312KM +580KM +535KM = 2,010KM @ 6 Days

Burning Questions????

· Do you know not where you want to go or what you want to do during the mid year schoolbreak?
· Do you have the interest and the itch to hit the Road…?
· Do You fancy Xploring Phuket with friends and family…?
· Is your MPV / SUV / 4x4 racking up only KL City Mileage?
· Do you long for the open road, traveling with friends and family?
· Can I Drive a Normal Car

If you have answered YES to any of the above…then Xcape Phuket!!!

Confirmed Event Itinerary**

Day 1 (31st May 2009, Sunday) KL/Trang, Thailand (683 km : 12 hours)

0700hrs Assemble @ R&R Rawang Northbound
0730hrs Briefing by Expedition Leader & Sweeper – Jeff Zaiham (Kediri) & Ezam Shah(Rhu)
0800hrs Free run to Changloon, Kedah (Refuel for cheap fuel) (Rendezvous time 1430hrs)
1430hrs ETA Changloon – Documentation for Border Crossing
1530hrs Cross into Sadao (Thai Border) & Re Group
(Readjust to Thai Time)
1500hrs(Thai) ETD for Trang via Thai Highway #4 stopping enroute at Patthalung & other interesting locations
1900hrs ETA Trang and check in at Thumrin Thana Hotel*, Trang – Free & Easy

Day 2 (1st June 2009, Monday) Trang/Phuket (312km : 6 hours :Total 995km)
(all time in Thailand Std Time)

0800hrs Breakfast & Checkout
0900hrs ETD for Phuket – stopping enroute at interesting locations and refueling & pee stops
1500hrs ETA Phuket & check in at Patong City Hotel*, Patong Beach - Free & Easy

Day 3 (2nd June2009, Tuesday) Phuket – Free & Easy

Explore Phuket with the X4 team or do so on your own. Tours to nearby tourist spots are available. Book though the organiser to get the best deals.

Day 4 (3rd June 2009, Wednesday) Phuket – Free & Easy

Day 5 (4th June 2009, Thursday) Phuket/Hat Yai (480km : 8 Hours : Total 1,355km)

1000hrs Checkout of hotel
1030hrs ETD for Hat Yai via Krabi, Trang
1230hrs ETA Krabi, Noppharatthara Beach – Lunch Stop
1430hrs Regroup & ETD for Hat Yai
1800hrs ETA Hat Yai & Check in to Designated Hotel – Free & Easy

Day 6 (5th June 2009, Friday 2006) – Hat Yai/Kuala Lumpur (535km : 8 hours : Total 1,890km)
1000hrs Checkout of hotel
1030hrs ETD Kuala Lumpur (535km Total 1,890km)
1900hrs ETA Kuala Lumpur – END OF EVENT
Those wanting to extend on your stay may do so at your own expense and risk
Event Charges

Self Drive RM350.00/Vehicle (Tabulated at RM70.00/vehicle /day)

Management & Leading Fees of RM 350.00 / vehicle including:-
-Border Crossing Logistics & Documentation incl.
-Thai 3rd Party insurance

-Filling in of arrival card
- Assistance in Temporary import permit for vehicle
-Expedition Management support
- Expedition leader & Sweeper vehicles
-Mechanical Support in case of breakdown

-Complete Transport Stage Route Book for the Itinerary
-Right to enter event
-Set of event Stickers

Others Costs:-
-Fuel & Toll charges Your own
-Hotel Your Own
-Food & Beverage Your own except for Breakfast at selected Hotels
-VHF Radio Communications Your own. Radio comm is compulsory,VHF Radio units can be rented from the organisers for a small fee

OPTIONS & EXCLUSIONS
-Children sharing same room with parents are only charged based upon hotel policy(usually no charges apply)

Organizer reserves the right to reject entry applications without explanations
Entry limited to the first 20 vehicles paid by the 8th of May 2009

*hotels may differ according to availability
** The Organiser reserves the right to amend the itinerary dependent upon external conditions

To sign up for Xcape Phuket, Call

Jeff Zaiham (Commander / Pak Kediri) 9W2ZHM +6012 301 2632

jeffzaiham@yahoo.com

Ezam Shah (Kopi /Pak Rhu ) 9W2EZM +6013 303 7725 / +6016 248 0604

Khamis, 9 April 2009

Pertandingan Gusti Lengan Selangor 2009

JEMPUTAN KEPADA REDAH 4X4 CLUB KUALA LUMPUR & SELANGOR UNTUK "SHOW OFF" DI PERTANDINGAN GUSTI LENGAN SELANGOR 2009 SIRKIT 1 PADA 12HB APRIL 2009


Salam hormat daripada Persatuan Sukan Lengan Negeri Selangor.

Merujuk kepada perbincangan kita tentang perkara di atas,sukacita saya,bagi pihak Persatuan Sukan Lengan Negeri Selangor (PLNS) ingin memohon menjemput REDAH 4x4 Club Kuala Lumpur & Selangor untuk menyertai acara untuk mempamerkan kenderaan 4x4 ahli kelab pada hari pertandingan Gusti Lengan selangor 2009 sirkit 1 seperti berikut:-


Tarikh : 12hb April 2009
Masa : 3.30ptg - 4.30ptg
Tempat : Tempat letak kereta Anggerik MALL seksyen 14 Shah Alam Selangor.

Kami percaya penyertaan kelab tuan akan memeriahkan lagi Pertandingan Gusti Lengan Negeri Selangor 2009 Sirkit 1 .Kesudian pihak tuan kami dahulukan dengan ucapan ribuan terima kasih.


P/s: Kepada Ahli-Ahli yang berminat untuk mempamerkan kenderaan masing-masing boleh la menghubungi Event Manager Program Irham Abu Salim aka Pak SEPANG ditalian
012-3407663

Rabu, 8 April 2009

Jemputan dari Pak Ketapang & Pak Pasak

Warga Redah dan keluarga adalah dijemput ke Majlis Akad Nikah anak-anak kepada Pak Ketapang, Hj. Nizam dan Pak Pasak atau Abang Basori.

Tarikh : Khamis, 9 April 2009
Masa : Selepas Isyak
Tempat : Masjid Al-Makmuriah, Kg Sg. Kayu Ara, Damansara Utama.

Majlis akan didahului dengan Tahlil Arwah dan Doa Selamat.

Kepada rakan-rakan Redah yang berkesempatan, dijemputlah hadir meraikan undangan sahabat kita dan sama-sama berSolat Maghrib & Isyak bersama.

Isnin, 6 April 2009


Kepada rakan-rakan Redah, satu undangan untuk menyaksikan acara ini di terima dari Abang Jefri (Boy) atau 9W2CCW.
Sila bawa sendiri keperluan makanan dan perkhemahan.

-Kundang.

.

Khamis, 2 April 2009

Jemputan Kenduri Doa Selamat Pak Tembusu

Pak Tembusu atau Kamarul dengan berbesar hati ingin menjemput seluruh warga Redah 4x4 Club untuk ke rumahnya untuk makan-makan :
Tarikh : 4 April 09 (Sabtu malam Ahad)
Masa : Selepas Isyak hingga tengah malam.
Tempat : Kg Sungai Kayu Ara. (Akan diinfokan lokasi specifik).

Sila berhubung dengan Pak Tembusu di talian 019-2270095 untuk persediaan awal pihak beliau.

-Kundang.


.

Kelahiran warga Redah x 2

dari kiri Sairah Sofiya (Kakak) & Sairah Safiya (Adik)

Seluruh Warga Redah 4x4 Club ingin mengucapkan TAHNIAH...kepada Pak Naga alias Budin alias 9w2RXZ alias PR-SKA dan isterinya kerana telah mendapat cahaya mata perempuan kembar.

Kita tunggu gambar babies beliau dalam masa terdekat.

-Kundang.

.
P/s: Pak Kundang.... Gambar dah dimasukkan...
Ucapan Terima kasih juga kepada Semua Warga REDAH termasuk juga kepada Penyokong REDAH kerana mendoakan kesejahteraan anak dan Ibu.Alhamdulilah semuanya selamat.
De Naga.
...

Gambar lama Aktiviti Pak Melaka (Kang Samsol)








Mungkin jika dilihat pada tarikh gambar ini diambil, agak lama. Selama orangnya juga. Tetapi inilah gambar yang sempat saya pungut dari blog Kang Samsol atau Pak Melaka berupa aktiviti beliau yang tak sempat saya dan rakan-rakan baru sertai. (Tak ada 4x4 pun lagi).


Sekarang, setelah menyertai Kelab Redah 4x4, Pak Melaka sedia berkongsi pengalaman dan tujuk ajar untuk faedah bersama.


Blog persendirian Pak Melaka http://kang4x4adventure.blogspot.com/


-Kundang.


.


Misi Bantuan MERCY-Redah ke Sri Langka


TAHNIAH!! diucapkan kepada Pak Marajali atau Uzair atau PRXAJ kerana telah terpilih untuk mewakili Redah dan MERCY membawa bendera Malaysia untuk misi bantuan teknikal di Sri Langka selama dua minggu.

Kelab Redah 4x4 dan rakan-rakan berasa amat bangga dengan kesanggupan Pak Marajali menyahut cabaran untuk berkhidmat di seberang laut.

Terimakasih juga diucapkan kepada seluruh keluarganya yang berbesar hati 'meminjamkan' orang tersayang untuk program kebajikan ini.

-Kundang.

.

Rabu, 1 April 2009

REDAH membantu Event Antarabangsa











































1St Putrajaya HOT AIR BALLOON INTERNATIONAL @ Malaysia 2009




Pada tarikh 19hb - 22hb Mac yang lepas telah berlangsung acara Belon Udara Panas di Putrajaya.. yang disaksikan oleh serata dunia


program tersebut telah melibatkan Ahli REDAH,di bawah pimpinan PAK RHU dan PAK KEDIRI @ Komander.


Ucapan terima kasih buat mereka-mereka yang terlibat semoga usaha kita untuk menaikkan nama REDAH di Malaysia tercapai... InsyaALLAH
Gambar seterusnya KLIK DI SINI...

...