Selamat Datang ke Cabaran Redah 4x4 Club...

Redah 4x4 Club yang dahulunya lebih dikenali sebagai XKisah Adventure Team merupakan pertubuhan berdaftar dengan keanggotaan hampir 100 orang 'pilot' 4x4.
Penubuhannya yang lebih kepada penyatuan peminat-peminat 4x4 di bawah satu kelab; menitikberatkan kepada aktiviti-aktiviti riadah, kekeluargaan, projek amal, bantuan kemanusiaan dan komunikasi radio.
Wujudnya kelab ini bukanlah dengan tujuan untuk mencabar kelab-kelab lain apatah lagi untuk mendabik dada dengan kemahiran mengendalikan 4x4 masing-masing, tetapi sebagai satu jambatan bagi hubungan silaturRahim sesama insan.
Semoga kewujudan kelab kami ini akan mendapat tempat di hati masyarakat.

Wasallam,


Presiden
Kelab Redah 4x4 Kuala Lumpur Selangor

Rabu, 6 Mei 2009

JOM KAYUH 2 Selangor - N.Sembilan - Melaka 9hb - 10hb Mei 2009


Asalamualaikum wr wbt.. kepda semua Warga REDAH.
JOM KAYUH 2 Selangor - N.Sembilan - Melaka pada 9hb - 10hb Mei 2009 akan diadakan.
dengan ini pihak penganjur ingin memohon bantuan Trafik Marshall kepada Ahli-Ahli REDAH yang berkelapangan.Surat dari JPJ akan disediakan oleh pihak penganjur.
Kepada Ahli-Ahli REDAH yang ingin memberi bantuan tersebut sila hubungi Pegawai bertugas iaitu PAK SEPANG @ IRHAM 012-340 7663 dan PAK MERANTI @ ROEDY 019-3277447 secepat mungkin..Sekian.

Tiada ulasan: