Selamat Datang ke Cabaran Redah 4x4 Club...

Redah 4x4 Club yang dahulunya lebih dikenali sebagai XKisah Adventure Team merupakan pertubuhan berdaftar dengan keanggotaan hampir 100 orang 'pilot' 4x4.
Penubuhannya yang lebih kepada penyatuan peminat-peminat 4x4 di bawah satu kelab; menitikberatkan kepada aktiviti-aktiviti riadah, kekeluargaan, projek amal, bantuan kemanusiaan dan komunikasi radio.
Wujudnya kelab ini bukanlah dengan tujuan untuk mencabar kelab-kelab lain apatah lagi untuk mendabik dada dengan kemahiran mengendalikan 4x4 masing-masing, tetapi sebagai satu jambatan bagi hubungan silaturRahim sesama insan.
Semoga kewujudan kelab kami ini akan mendapat tempat di hati masyarakat.

Wasallam,


Presiden
Kelab Redah 4x4 Kuala Lumpur Selangor

Selasa, 12 Mei 2009

MENYAMBUT KEPULANGAN WIRA REDAH BERSAMA MERCY MALAYSIA


Asalamualaikum wr wbt... kepada Warga REDAH dan juga Penyokong REDAH semuanya.


Pihak Kelab REDAH 4x4 menjemput kesemua AJK REDAH terutamanya,Dan juga kepada AHLI-AHLI REDAH,PENYOKONG REDAH yang berkelapangan untuk sama-sama menyambut kepulangan 2 orang WIRA REDAH iaitu PAK MERBAU aka SAPRAN dan juga PAK MARAJALI aka UZAIR yang akan kembali ke TANAHAIR pada seperti berikut:-


TARIKH: 13hb MEI 2009 ( HARI RABU )

MASA: 2 Petang ( Ketibaan )

Tempat/Masa berkumpul: KLIA SEPANG pada Jam 130 tengahari.


Kepada semua yang berkesempatan terutamanya AJK adalah di sarankan untuk menyambut kepulangan Wira Redah.Kepada Ahli-Ahli jika anda ingin turut serta boleh menghubungi PAK SEPANG/PAK RHU di talian 012-3407663/013-3037725.



Tiada ulasan: