Selamat Datang ke Cabaran Redah 4x4 Club...

Redah 4x4 Club yang dahulunya lebih dikenali sebagai XKisah Adventure Team merupakan pertubuhan berdaftar dengan keanggotaan hampir 100 orang 'pilot' 4x4.
Penubuhannya yang lebih kepada penyatuan peminat-peminat 4x4 di bawah satu kelab; menitikberatkan kepada aktiviti-aktiviti riadah, kekeluargaan, projek amal, bantuan kemanusiaan dan komunikasi radio.
Wujudnya kelab ini bukanlah dengan tujuan untuk mencabar kelab-kelab lain apatah lagi untuk mendabik dada dengan kemahiran mengendalikan 4x4 masing-masing, tetapi sebagai satu jambatan bagi hubungan silaturRahim sesama insan.
Semoga kewujudan kelab kami ini akan mendapat tempat di hati masyarakat.

Wasallam,


Presiden
Kelab Redah 4x4 Kuala Lumpur Selangor

Selasa, 12 Mei 2009

KEMBARA AMAL 4X4 AMANAHRAYA

Kelab Redah 4x4 telah diamanahkan untuk bersama-sama dengan Kelab Sukan dan Kebajikan Amanah Raya Berhad untuk membantu dari segi logistik dan persiapan untuk satu program amal bersama anak yatim.

Program tersebut adalah Program Kembara Amal 4x4 Amanah Raya Bersama Anak-Anak Yatim dari Rumah Anak-Anak Yatim Damai, Kuang bertempat di Hutan Simpan Ulu Slim, Perak pada 5-7 Jun 2009.

Kelab Redah 4x4 telah diminta untuk menyediakan 22 buah kenderaan 4x4 bersama pilot untuk membawa anak-anak yatim serta ahli Kelab Sukan dan Kebajikan AmanahRaya

Penyertaan sebagai 'jumper' ini terbuka untuk ahli Redah 4x4 sahaja.
Pendaftaran dan maklumat lanjut, sila hubungi En Najib, Rengas di talian 019-2739916.



-
Kundang.


.

Tiada ulasan: