Selamat Datang ke Cabaran Redah 4x4 Club...

Redah 4x4 Club yang dahulunya lebih dikenali sebagai XKisah Adventure Team merupakan pertubuhan berdaftar dengan keanggotaan hampir 100 orang 'pilot' 4x4.
Penubuhannya yang lebih kepada penyatuan peminat-peminat 4x4 di bawah satu kelab; menitikberatkan kepada aktiviti-aktiviti riadah, kekeluargaan, projek amal, bantuan kemanusiaan dan komunikasi radio.
Wujudnya kelab ini bukanlah dengan tujuan untuk mencabar kelab-kelab lain apatah lagi untuk mendabik dada dengan kemahiran mengendalikan 4x4 masing-masing, tetapi sebagai satu jambatan bagi hubungan silaturRahim sesama insan.
Semoga kewujudan kelab kami ini akan mendapat tempat di hati masyarakat.

Wasallam,


Presiden
Kelab Redah 4x4 Kuala Lumpur Selangor

Selasa, 12 Mei 2009

TRIP KE HUTAN BELUM GRIK PERAK

Gambar Hiasan

Asalamualaikum wr wbt... kepada Warga REDAH dan juga Penyokong REDAH semuanya.
Trip ke Hutan Belum adalah seperti berikut:-

TARIKH: 15hb - 17hb MEI 2009 ( 3hr 2mlm )

MASA: 2 petang ( Hari Jumaat )

TEMPAT BERKUMPUL:Petronas GRIK Perak.

Lain2 Info: Sediakan makanan sendiri dan minyak secukupnya/ Bayaran RM 150 satu kereta untuk permit dan yuran pengurusan.

Sila hubungi Mr TOM jika anda ingin menyertai trip tersebut di talian 017-2127474 secepat mungkin,Sekian


SEMUA ADALAH DIJEMPUT !!



Tiada ulasan: