Selamat Datang ke Cabaran Redah 4x4 Club...

Redah 4x4 Club yang dahulunya lebih dikenali sebagai XKisah Adventure Team merupakan pertubuhan berdaftar dengan keanggotaan hampir 100 orang 'pilot' 4x4.
Penubuhannya yang lebih kepada penyatuan peminat-peminat 4x4 di bawah satu kelab; menitikberatkan kepada aktiviti-aktiviti riadah, kekeluargaan, projek amal, bantuan kemanusiaan dan komunikasi radio.
Wujudnya kelab ini bukanlah dengan tujuan untuk mencabar kelab-kelab lain apatah lagi untuk mendabik dada dengan kemahiran mengendalikan 4x4 masing-masing, tetapi sebagai satu jambatan bagi hubungan silaturRahim sesama insan.
Semoga kewujudan kelab kami ini akan mendapat tempat di hati masyarakat.

Wasallam,


Presiden
Kelab Redah 4x4 Kuala Lumpur Selangor

Jumaat, 8 Mei 2009

TRIP HARDCORE TELEMONG PAHANG



Asalamualaikum wr wbt... kepada Warga REDAH dan juga Penyokong REDAH semuanya.

Trip Hardcore Telemong akan diadakan seperti berikut:-

Tarikh: 16hb - 17hb Mei 2009
Masa: 9 pagi (SABTU)
Tempat berkumpul: HBP GOMBAK
Info:Sila bawa makanan sendiri dan kelengkapan yang secukupnya.

Kepada AHLI-AHLI yang hendak menyertai Trip Hardcore ini sila hubungi Event Manager Abang Basori (PASAK) 019 2555040 secepat mungkin.
Kepada rakan yang ingin menyertai sila bawa Ayam seekor @ ikan sekilo @ Udang sekilo @ Apa-apa sahaja yang HALAL untuk BBQ.Sekian di Infokan.


Tiada ulasan: