Selamat Datang ke Cabaran Redah 4x4 Club...

Redah 4x4 Club yang dahulunya lebih dikenali sebagai XKisah Adventure Team merupakan pertubuhan berdaftar dengan keanggotaan hampir 100 orang 'pilot' 4x4.
Penubuhannya yang lebih kepada penyatuan peminat-peminat 4x4 di bawah satu kelab; menitikberatkan kepada aktiviti-aktiviti riadah, kekeluargaan, projek amal, bantuan kemanusiaan dan komunikasi radio.
Wujudnya kelab ini bukanlah dengan tujuan untuk mencabar kelab-kelab lain apatah lagi untuk mendabik dada dengan kemahiran mengendalikan 4x4 masing-masing, tetapi sebagai satu jambatan bagi hubungan silaturRahim sesama insan.
Semoga kewujudan kelab kami ini akan mendapat tempat di hati masyarakat.

Wasallam,


Presiden
Kelab Redah 4x4 Kuala Lumpur Selangor

Selasa, 19 Mei 2009

Gambar 2 ahli Redah di Sri Langka





*Lain-lain gambar, Sila KLIK di sini.

A
lhamdulillah.. 2 ahli Redah iaitu Pak Marajali dan Pak Merbau telah selamat pulang ke tanah air selepas bertugas selama 2 minggu di Sri Langka bersama-sama Mercy Malaysia untuk memberi khidmat sukarela kepada penduduk di sana.

Sekalung tahniah dari pihak Redah 4x4 Club sendiri kepada mereka berdua yang secara tidak lansung membawa nama yang baik untuk kelab dan negara.

Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.

Hanya gambar-gambar ini dapat menceritakan serba sedikit apa yang berlaku di sana.

-Kundang.

.

Tiada ulasan: