Selamat Datang ke Cabaran Redah 4x4 Club...

Redah 4x4 Club yang dahulunya lebih dikenali sebagai XKisah Adventure Team merupakan pertubuhan berdaftar dengan keanggotaan hampir 100 orang 'pilot' 4x4.
Penubuhannya yang lebih kepada penyatuan peminat-peminat 4x4 di bawah satu kelab; menitikberatkan kepada aktiviti-aktiviti riadah, kekeluargaan, projek amal, bantuan kemanusiaan dan komunikasi radio.
Wujudnya kelab ini bukanlah dengan tujuan untuk mencabar kelab-kelab lain apatah lagi untuk mendabik dada dengan kemahiran mengendalikan 4x4 masing-masing, tetapi sebagai satu jambatan bagi hubungan silaturRahim sesama insan.
Semoga kewujudan kelab kami ini akan mendapat tempat di hati masyarakat.

Wasallam,


Presiden
Kelab Redah 4x4 Kuala Lumpur Selangor

Isnin, 22 Jun 2009

KEMBARA AMAL 4X4 AMANAHRAYA -Ulu Slim


Dato' Ahmad Rodzi Pawanteh, Pengarah Urusan Kumpulan AmanahRaya mencuba kenderaan pacuan 4 roda diperhatikan oleh YDP Kelab Sukan dan Kebajikan AmanahRaya, En Zaidi bin Shahrim.

Meluruskan tulang-tulang yang dan bengkok.





i







Gambar seterusnya, sila KLIK DI SINI

Alhamdulillah...Segala perancangan dan persiapan untuk satu program yang julung kalinya buat Redah iaitu Kembara 4x4 bersama-sama anak-anak yatim dari Asrama anak-anak Yatim Damai, Kuang anjuran Kelab Sukan dan Kebajikan, Amanah Raya Berhad telah berjalan dengan lancar.

Program yang bermula seawal jam 3.00 petang, Jumaat, 19hb Jun 2009 ini telah dilancarkan oleh Pengarah Urusan Kumpulan AmanahRaya, Dato Ahmad Rodzi Pawanteh di Wisma AmanahRaya Jalan Ampang.

Peserta yang merupakan kakitangan AmanahRaya seramai 50 orang kemudiannya dibawa ke Asrama Anak-anak Yatim Kuang dan di sanalah seramai 20 orang anak-anak yatim yang rata-ratanya berumur 15 hingga 18 tahun telah dibawa menaiki kenderaan pacuan 4 roda ke hutan simpan Ulu Slim, Perak.

Program yang yang diketuai oleh Yang DiPertua Kelab Sukan dan Kebajikan AmanahRaya, En Zaidi Shahrim yang memandu pacuan 4 rodanya sendiri, sampai ke lokasi perkhemahan kira-kira jam 8.00 malam.

Laluan berliku dan permandangan hutan yang menghijau memberikan damensi baru bagi peserta yang baru berkenalan dengan aktiviti meredah hutan ini.

Rata-rata di kalangan peserta yang ditinjau pendapat menyatakan keseronokan yang sukar digambarkan walaupun terpaksa berkhemah dan makan ala kadar jauh dari kawasan ketamadunan manusia.

Walaupun aktiviti dan program lebih kepada yang telah diatur oleh pihak AmanahRaya, namun rakan-rakan Redah amat teruja tatkala dapat membawa peserta ke Pos Tenau sejauh lebih kurang 8 km dari tapak perkhemahan, untuk mengadakan demonstrasi pemanduan dan 'survival' 4x4.

Semoga langkah pertama Redah ini akan menjurus kepada aktiviti-aktiviti seterusnya dengan badan-badan korporat untuk masa yang akan datang.

-Kundang.

.

Isnin, 15 Jun 2009

Senarai Pilot yang terlibat Kembara 4x4 AmanahRaya



1. Mohamad Zulni Bin Zakaria -Merbatu
2. Mohd Ali Bin Jupri -Binuang
3. Zulkifli Bin Ahmad Tarju -Lebah
4. Halimizi bin Halim -Punah
5. Hamidon Bin Hasan -Ipoh
6. Shariff Bin Desa @ Din -Mengkulang
7. Awaluddin Hisham Bin Mohd Yunus -Qambir
8. Mohamed Nabil bin Hasbollah -Berangan
9. Zulyaddin Bin Ali -Leban
10. Mohd Amirudin Bin Mohd Kassim -Keledang
11. Mohd Khairil Anuar Bin Mat Isa -Sungkai
12. Kamarul Nizam Mohajil -Tembusu
13. Muhammad Uzair Bin Bashah -Marajali
14. Nasrudin Bin Ibrahim -Tetebu
15. Hj Yusof -Balau
16. Mohamad Aliff b. Kuniel -Palma
17. Kamil Bin Mohd Kassim -Keladi
18. Ahmad Hannan b Baharuddin -Kelat
19. Mohamad Jaafar b Ismail -Kulim
20. Ahmad bin Daud -Supporter Redah
21. Mohd Yazrul bin Che Yahya -Supporter Redah
22. Muhammad Nazyrul -Supporter Redah

Selasa, 9 Jun 2009

NOTIS MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KE-2

KEPADA SEMUA AHLI KELAB 4X4 REDAH YANG BERDAFTAR, ANDA ADALAH DIJEMPUT UNTUK MENGHADIRI MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE-2 BAGI TAHUN KEWANGAN 2009 YANG AKAN DILANGSUNGKAN SEPERTI BERIKUT:

TARIKH : 5HB JULAI 2009
MASA : 8.00 PAGI-2.00 PETANG.
TEMPAT : TAMAN RIMBA KOMENWEL, KM 23 JALAN KL-RAWANG.

PAKAIAN : BAJU F1 REDAH ATAU YANG BERSESUAIAN.

NOTIS SECARA BERTULIS BESERTA BORANG USUL JUGA AKAN DIPOSKAN KEPADA ANDA DI ALAMAT TEMPAT TINGGAL SEPERTI YANG TERDAPAT DI BORANG PENDAFTARAN AHLI. SILA MAKLUMKAN KEPADA PIHAK AJK JIKA TERDAPAT PERUBAHAN ALAMAT.

SEGALA USUL (JIKA ADA) YANG TELAH TULIS DI DALAM BORANG USUL HENDAKLAH DIKEMBALIKAN KE ALAMAT KELAB SELEWAT-LEWATNYA PADA 30HB JUN 2009, JAM 5.30 PETANG.

BORANG USUL YANG SAMPAI SELEPAS ITU DI ANGGAP TIDAK BERKAITAN.

SEBARANG PERTANYAAN DAN KEMUSKILAN BOLEHLAH MENGHUBUNGI MERBATU, MERANTI, RENGAS, SENA ATAU KUNDANG.

-Kundang.

.

YURAN TAHUNAN 2009

KEPADA SEMUA AHLI REDAH YANG MASIH LAGI TIDAK MEMBAYAR YURAN TAHUNAN SEBANYAK RM 50 BAGI TAHUN KEWANGAN BERAKHIR 2009, ANDA DIMINTA BERBUAT DEMIKIAN SECEPAT MUNGKIN DAN SELEWAT-LEWATNYA 30 JUN 2009 BAGI MELAYAKKAN ANDA UNTUK TURUT SAMA DALAM MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE-2.

BAYARAN BOLEH DIBUAT DENGAN CARA:

1. BAYARAN TERUS (CASH) KEPADA BENDAHARI KELAB EN NAJIB MARUF ATAU RENGAS

2. SISTEM BANK-IN KE DALAM AKAUN SEMENTARA BENDAHARI ATAU EN NAJIB B. MARUF DI NOMBOR (MAYBANK) 5121 5650 2592.

SILA PASTIKAN ANDA MENYIMPAN RESIT BAYARAN BAGI BUKTI PEMBAYARAN DAN BOLEH DISERAHKAN KEPADA BENDAHARI PADA BILA-BILA MASA ATAU SEBELUM AGM DIJALANKAN.


-Kundang

.

Selasa, 26 Mei 2009

Volunteers Needed for Lefthanded Concert!

Monday, 25 May 2009
MERCY Malaysia is seeking volunteers to help out at a charity concert* this Saturday, May 30, at Stadium Negara.

Volunteers will be stationed at the entrances to usher patrons to their seats, among other duties.

The "Lefthanded & Friends Concert for MERCY Malaysia" will kick off at 3pm with a showcase of indie music, among them, Bunkface. The main concert will begin at 8.30pm, and will feature, of course, Lefthanded with other rock barons including Awie (Wings), Mus (May), and Hattan.

Please contact hayati@mercy.org.my

This e-mail address is being protected from spam bots, you need JavaScript enabled to view it if you wish to sign up as a volunteer (and watch the concert free of charge!)

http://www.mercy.org.my/main/index.php


*Part of the proceeds from ticket sales will be channelled to MERCY Malaysia.

Untuk Rakan-rakan REDAH 4x4 CLUB yang berminat, sila berhubung dengan Pak Rengas atau Pak Rhu untuk keterangan lanjut.


-Kundang.

Khamis, 21 Mei 2009

KEMBARA AMAL 4X4 AMANAHRAYA

Berdasarkan faktor-faktor yang tidak dapat dielakkan, Kembara Amal 4x4 AmanahRaya telah ditunda tarikhnya atas permintaan pihak AmanahRaya sendiri.

Tarikh yang baru adalah 19, 20 dan 21hb Jun 2009.

Diharapkan pilot-pilot yang telah memberikan komitmen sebelum ini supaya berhubung dengan Pak Rengas untuk keterangan lanjut.

Harap maklum.

-Kundang.

.

Majlis Aqiqah dan Tahlil Arwah

Asalamualaikum wr wbt... dan Salam Sejahtera
Kepada semua rakan-rakan disini PAK NAGA/Budin aka 9W2RXZ/PRSKA menjemput
ke Majlis Kenduri Aqiqah/Tahlil Arwah seperti berikut:-

TARIKH: 30HB MEI 2009
HARI: SABTU
MASA: 11.30 PAGI
TEMPAT: Madrasah Ittifiqiyah Addiniyah Kg Kerinchi
Blok F Rumah Pangsa 4 Tingkat Kg Kerinchi
59200 Kuala Lumpur

Aturcara Majlis:
11.30 pagi : Marhaban dan Cukur Jambul
1.15 tghri : Solat Zuhur
1.30 tghri : Tahlil Arwah / Jamuan Makan Tengahari.

Menu:-
Kari Kambing Special.
Ayam Goreng Mak Pah.
Lamb Chop Poyo.
Sayur Campur
Nasi Putih
Air Sejuk / Ice Blended Vzam Coffee Ice


Untuk di hubungi PAK NAGA / BUDIN AFFIN Investment Bank 012-3730596.

.

Rabu, 20 Mei 2009

Santai di Pertak













*Sila KLIK di sini untuk gambar seterusnya

Santai...Dari perkataannyapun menunjukkan ianya aktiviti yang tidak dirancang, suka-suka atau saja-saja aje.

Pada hari Ahad 17 Mei 2009 yang lalu, lokasi perkhemahan Pertak menerima kunjungan ahli-ahli Redah dengan kemasukan lebih-kurang 12 buah pacuan 4 roda.

Program yang tidak dirancang itu pada asalnya hanya menerima komitmen dari 5 keluarga, namun telah bertukar menjadi ramai melalui 'risikan' ahli-ahli sendiri.

Apa-apapun peserta telah berpuas hati dengan cabaran laluan Pertak yang agak dipenuhi batu walaupun terpaksa pulang pada sebelah petangnya.


-Kundang.










.

Selasa, 19 Mei 2009

Gambar 2 ahli Redah di Sri Langka





*Lain-lain gambar, Sila KLIK di sini.

A
lhamdulillah.. 2 ahli Redah iaitu Pak Marajali dan Pak Merbau telah selamat pulang ke tanah air selepas bertugas selama 2 minggu di Sri Langka bersama-sama Mercy Malaysia untuk memberi khidmat sukarela kepada penduduk di sana.

Sekalung tahniah dari pihak Redah 4x4 Club sendiri kepada mereka berdua yang secara tidak lansung membawa nama yang baik untuk kelab dan negara.

Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.

Hanya gambar-gambar ini dapat menceritakan serba sedikit apa yang berlaku di sana.

-Kundang.

.