Selamat Datang ke Cabaran Redah 4x4 Club...

Redah 4x4 Club yang dahulunya lebih dikenali sebagai XKisah Adventure Team merupakan pertubuhan berdaftar dengan keanggotaan hampir 100 orang 'pilot' 4x4.
Penubuhannya yang lebih kepada penyatuan peminat-peminat 4x4 di bawah satu kelab; menitikberatkan kepada aktiviti-aktiviti riadah, kekeluargaan, projek amal, bantuan kemanusiaan dan komunikasi radio.
Wujudnya kelab ini bukanlah dengan tujuan untuk mencabar kelab-kelab lain apatah lagi untuk mendabik dada dengan kemahiran mengendalikan 4x4 masing-masing, tetapi sebagai satu jambatan bagi hubungan silaturRahim sesama insan.
Semoga kewujudan kelab kami ini akan mendapat tempat di hati masyarakat.

Wasallam,


Presiden
Kelab Redah 4x4 Kuala Lumpur Selangor

Isnin, 22 Jun 2009

KEMBARA AMAL 4X4 AMANAHRAYA -Ulu Slim


Dato' Ahmad Rodzi Pawanteh, Pengarah Urusan Kumpulan AmanahRaya mencuba kenderaan pacuan 4 roda diperhatikan oleh YDP Kelab Sukan dan Kebajikan AmanahRaya, En Zaidi bin Shahrim.

Meluruskan tulang-tulang yang dan bengkok.





i







Gambar seterusnya, sila KLIK DI SINI

Alhamdulillah...Segala perancangan dan persiapan untuk satu program yang julung kalinya buat Redah iaitu Kembara 4x4 bersama-sama anak-anak yatim dari Asrama anak-anak Yatim Damai, Kuang anjuran Kelab Sukan dan Kebajikan, Amanah Raya Berhad telah berjalan dengan lancar.

Program yang bermula seawal jam 3.00 petang, Jumaat, 19hb Jun 2009 ini telah dilancarkan oleh Pengarah Urusan Kumpulan AmanahRaya, Dato Ahmad Rodzi Pawanteh di Wisma AmanahRaya Jalan Ampang.

Peserta yang merupakan kakitangan AmanahRaya seramai 50 orang kemudiannya dibawa ke Asrama Anak-anak Yatim Kuang dan di sanalah seramai 20 orang anak-anak yatim yang rata-ratanya berumur 15 hingga 18 tahun telah dibawa menaiki kenderaan pacuan 4 roda ke hutan simpan Ulu Slim, Perak.

Program yang yang diketuai oleh Yang DiPertua Kelab Sukan dan Kebajikan AmanahRaya, En Zaidi Shahrim yang memandu pacuan 4 rodanya sendiri, sampai ke lokasi perkhemahan kira-kira jam 8.00 malam.

Laluan berliku dan permandangan hutan yang menghijau memberikan damensi baru bagi peserta yang baru berkenalan dengan aktiviti meredah hutan ini.

Rata-rata di kalangan peserta yang ditinjau pendapat menyatakan keseronokan yang sukar digambarkan walaupun terpaksa berkhemah dan makan ala kadar jauh dari kawasan ketamadunan manusia.

Walaupun aktiviti dan program lebih kepada yang telah diatur oleh pihak AmanahRaya, namun rakan-rakan Redah amat teruja tatkala dapat membawa peserta ke Pos Tenau sejauh lebih kurang 8 km dari tapak perkhemahan, untuk mengadakan demonstrasi pemanduan dan 'survival' 4x4.

Semoga langkah pertama Redah ini akan menjurus kepada aktiviti-aktiviti seterusnya dengan badan-badan korporat untuk masa yang akan datang.

-Kundang.

.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tertinggal satu nie... Penganjur Projek Kelab Sukan Dan kebajikan Amanah Raya Berhad