Selamat Datang ke Cabaran Redah 4x4 Club...

Redah 4x4 Club yang dahulunya lebih dikenali sebagai XKisah Adventure Team merupakan pertubuhan berdaftar dengan keanggotaan hampir 100 orang 'pilot' 4x4.
Penubuhannya yang lebih kepada penyatuan peminat-peminat 4x4 di bawah satu kelab; menitikberatkan kepada aktiviti-aktiviti riadah, kekeluargaan, projek amal, bantuan kemanusiaan dan komunikasi radio.
Wujudnya kelab ini bukanlah dengan tujuan untuk mencabar kelab-kelab lain apatah lagi untuk mendabik dada dengan kemahiran mengendalikan 4x4 masing-masing, tetapi sebagai satu jambatan bagi hubungan silaturRahim sesama insan.
Semoga kewujudan kelab kami ini akan mendapat tempat di hati masyarakat.

Wasallam,


Presiden
Kelab Redah 4x4 Kuala Lumpur Selangor

Isnin, 13 Julai 2009

Mesyuarat Agong Tahunan ke-2 Kelab 4x4 Redah











*Gambar sekitar persiapan SILA KLIK DI SINI

**Gambar di hari mesyuarat Sila Klik Di Sini.

Mesyuarat Agong Tahunan ke-2 Kelab 4x4 Redah telah berlansung dengan jayanya dalam suasana harmoni dan meriah di Taman Rimba Komanwel pada 5hb Julai 2009 baru-baru ini.

Jumlah kehadiran yang melebihi 3/4 keahlian, membuktikan kelab ini masih mendapat sambutan dari kalangan peminat-peminat 4x4.

Secara keseluruhannya hampir semua jawatankuasa yang telah dilantik merupakan muka-muka baru yang pada dasarnya telah menunjukkan komitmen yang tinggi kepada kelab selama ini.

Pada majlis itu juga di serikan lagi dengan acara pembahagian sijil penghargaan kepada Jawatankuasa yang lalu dan sijil penghargaan khas kepada 2 ahli Redah yang turut bersama MERCY Malaysia dalam Misi Bantuan di Sri Langka ( Marajali dan Merbau).

Tidak ketinggalan sijil penghargaan khas juga diberikan kepada Saudara Shukor (Kobis) atas jasanya yang sentiasa membantu di dalam apa-apa program Redah walaupun tidak berdaftar sebagai ahli.

Kepada Jawatankuasa baru yang telah dilantik, Sekalung Tahniah diucapkan. Semoga Kelab 4x4 Redah akan terus maju di masa akan datang.


Berikut adalah keputusan penuh Jawatankuasa yang terpilih.

Presiden : Lebah - Sdr. Zulkifli
N. Presiden : Kulim - Sdr. Jaafar
Setiausaha : Marajali - Sdr. Uzair
Pen. Setiausaha : Dungun - Sdr. Muhairi
Bendahari : Api-api - Sdr. Shahrizal

Ahli Jawatankuasa
Leban - Sdr. Zulyadin
Akasia - Sdr. Hakasah
Berangan - Sdr. Nabil
Pelawan - Sdr. Azrishah
Naga - Sdr. Budin

Pemeriksa kira-kira
Keledang - Sdr Amir
Alamanda - Puan Sayang

.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tahniah kepada semua ajk yang terpilih. Selamat menjalankan tugas dan tanggongjawap. Selangan

Tanpa Nama berkata...

congrats semua!keja rajin n plan baik2...Selamat semuanya n semoga diberkati...AMIN.-babywan89(xyl keranji)