Selamat Datang ke Cabaran Redah 4x4 Club...

Redah 4x4 Club yang dahulunya lebih dikenali sebagai XKisah Adventure Team merupakan pertubuhan berdaftar dengan keanggotaan hampir 100 orang 'pilot' 4x4.
Penubuhannya yang lebih kepada penyatuan peminat-peminat 4x4 di bawah satu kelab; menitikberatkan kepada aktiviti-aktiviti riadah, kekeluargaan, projek amal, bantuan kemanusiaan dan komunikasi radio.
Wujudnya kelab ini bukanlah dengan tujuan untuk mencabar kelab-kelab lain apatah lagi untuk mendabik dada dengan kemahiran mengendalikan 4x4 masing-masing, tetapi sebagai satu jambatan bagi hubungan silaturRahim sesama insan.
Semoga kewujudan kelab kami ini akan mendapat tempat di hati masyarakat.

Wasallam,


Presiden
Kelab Redah 4x4 Kuala Lumpur Selangor

Rabu, 15 Julai 2009

Profile Anak Gajah


Pihak Jawatankuasa adalah di dalam proses untuk mengumpul gambar-gambar atau video jentera 4x4 setiap ahli Redah untuk dijadikan profil.

Dengan itu kepada semua ahli Redah, anda adalah disarankan agar dapat menghantar gambar atau video 'anak gajah' masing-masing dalam bentuk softcopy kepada Pak Berangan melalui email iaitu 9w2bil@gmail.com

Harap maklum.

.

1 ulasan:

Mohamad Zamri berkata...

klu korang perlukan khemah yg besar meh singgah kat myBlog

http://tent4kids.blogspot.com

sesuai untuk kaum wanita menunaikan solat didalam khemah dengan harga yg berpatutan..