Selamat Datang ke Cabaran Redah 4x4 Club...

Redah 4x4 Club yang dahulunya lebih dikenali sebagai XKisah Adventure Team merupakan pertubuhan berdaftar dengan keanggotaan hampir 100 orang 'pilot' 4x4.
Penubuhannya yang lebih kepada penyatuan peminat-peminat 4x4 di bawah satu kelab; menitikberatkan kepada aktiviti-aktiviti riadah, kekeluargaan, projek amal, bantuan kemanusiaan dan komunikasi radio.
Wujudnya kelab ini bukanlah dengan tujuan untuk mencabar kelab-kelab lain apatah lagi untuk mendabik dada dengan kemahiran mengendalikan 4x4 masing-masing, tetapi sebagai satu jambatan bagi hubungan silaturRahim sesama insan.
Semoga kewujudan kelab kami ini akan mendapat tempat di hati masyarakat.

Wasallam,


Presiden
Kelab Redah 4x4 Kuala Lumpur Selangor

Rabu, 29 Julai 2009

Redah di Karnival Go YOUTH










Gambar di SINI
P
ada 25 Julai 2009 yang lalu, Redah 4x4 Club telah maju setapak lagi apabila buat julung kalinya mengadakan pameran aktiviti 4x4 di Karnival One YOUTH One Malaysia.

Karnival besar-besaran ini yang lebih memberi penumpuan kepada sukan serta aktiviti permotoran di Malaysia diadakan di Perkarangan Stadium Putra, Bukit Jalil dan telah dirasmikan oleh Menteri Belia dan Sukan , Datuk Ahmad Shabery Cheek.

Redah 4x4 Club turut berbangga tatkala Y.B Menteri sendiri sempat meluangkan masa melawat ‘booth’ pameran dan bertanya sendiri perihal kelab Redah dan aktiviti-aktiviti yang dijalankan. Beliau juga menyarankan agar Redah dapat berkerjasama dengan Kementerian Belia dan Sukan pada masa-masa akan datang.

Selain pameran kenderaan 4x4, peralatan ‘recovery’ dan gambar-gambar aktiviti Redah yang lalu, gerai pameran Redah turut diserikan lagi dengan pertandingan karaoke yang menawarkan hadiah utama berupa ‘off-roading’ bersama Redah ke hutan Sg Mas, Taman Negara Endau Rompin.

Penyertaan yang pada awalnya dihadkan kepada 15 penyertaan sahaja terpaksa diubah kepada 30 penyertaan setelah mendapat sambutan di luar jangkaan.
Redah 4x4 Club ingin mengucapkan tahniah kepada pemenang-pemenang; Nurul Atiqah dari Tanjong Karang, Khairul Nizam dari Kapar dan Izyan Farhana dari Bangsar. Mereka akan dibawa menikmati keindahan hutan bersama-sama ahli-ahli Redah disamping merasai pengalaman pengendalian jentera 4x4 yang akan diadakan pada 8 dan 9 hb Ogos 2009 nanti.

Redah 4x4 Club juga ingin mengucapkan tahniah dan terimakasih kepada jentera Pemasaran & Promosi Redah terdiri daripada Pak Meranti, Mertas, Lelayang, Pelawan, Sungkai, Piang, Mahogani, Balau dan sukarelawan Pak Kobis, harmonic BS, Ella, xyl Pelawan dan tunang Mertas. Jasa, semangat dan khidmat cemerlang anda akan tetap dikenang walaupun terpaksa berhadapan dengan pelbagai cabaran dan tentangan di peringkat awal.

Kepada ahli-ahli Redah yang masih segan silu dan malu untuk menonjolkan identiti Redah, ingatlah….Kita tidak perlu tanya “Apa yang Redah dapat sumbangkan untuk anda, tapi tanyalah apakah sumbangan anda untuk Redah”. Sokongan moral sahaja tidak dapat membantu melainkan dengan penglibatan dan komitmen anda semua.

Terimakasih kepada pihak penganjur YOUTH Malaysia yang memberi ruang yang cukup selesa untuk Redah 4x4 Club.

Apa yang penting…..Kerjasama!!…….

Artikel oleh Kundang.
Foto oleh Kobis

.

Tiada ulasan: