Selamat Datang ke Cabaran Redah 4x4 Club...

Redah 4x4 Club yang dahulunya lebih dikenali sebagai XKisah Adventure Team merupakan pertubuhan berdaftar dengan keanggotaan hampir 100 orang 'pilot' 4x4.
Penubuhannya yang lebih kepada penyatuan peminat-peminat 4x4 di bawah satu kelab; menitikberatkan kepada aktiviti-aktiviti riadah, kekeluargaan, projek amal, bantuan kemanusiaan dan komunikasi radio.
Wujudnya kelab ini bukanlah dengan tujuan untuk mencabar kelab-kelab lain apatah lagi untuk mendabik dada dengan kemahiran mengendalikan 4x4 masing-masing, tetapi sebagai satu jambatan bagi hubungan silaturRahim sesama insan.
Semoga kewujudan kelab kami ini akan mendapat tempat di hati masyarakat.

Wasallam,


Presiden
Kelab Redah 4x4 Kuala Lumpur Selangor

Selasa, 6 Oktober 2009


MENYEWAKAN kenderaan 4x4 untuk latihan Pelatih Maktab Turus Angkatan Tentera.

Kepada ahli Redah yang berhajat untuk MENYEWAKAN kenderaan 4x4 mereka tanpa driver selama 9 hari bermula pada 12/10/09 hingga 20/10/09.

Tawaran ini terbuka kepada pemilik 4x4 yang menjadi ahli Kelab Redah sahaja.

Kenderaan mestilah yang sempurna dan tidak mengalami masalah kerosakan.

Redah akan membekalkan seorang mekanik dan 3 orang instructor bagi menyertai program ini.

Setiap kenderaan 4x4 akan dibayar sebanyak RM 4,000.00 secara lum-sum selama 9 hari.

Segala kos penghantaran dan pengambilan semula kenderaan termasuk minyak dan tol ke lokasi latihan di sekitar Desaru, Johor adalah tanggungan pemilik kenderaan sendiri.

Bayaran pendahuluan akan dirundingkan.

Kepada yang berminat sila hubungi Tetebu 012 2743814 / Keladi 012 3579218 secepat mungkin untuk keterangan lanjut.

Tarikh tutup penyertaan pada 08/10/09.

18 buah jentera 4x4 diperlukan untuk latihan, 2 jeep stanby sekiranya ada yang rosak ketika latihan.

Terima kasih,
Keladi
.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

http://www.youtube.com/watch?v=9w3Hxw5eCqc