Selamat Datang ke Cabaran Redah 4x4 Club...

Redah 4x4 Club yang dahulunya lebih dikenali sebagai XKisah Adventure Team merupakan pertubuhan berdaftar dengan keanggotaan hampir 100 orang 'pilot' 4x4.
Penubuhannya yang lebih kepada penyatuan peminat-peminat 4x4 di bawah satu kelab; menitikberatkan kepada aktiviti-aktiviti riadah, kekeluargaan, projek amal, bantuan kemanusiaan dan komunikasi radio.
Wujudnya kelab ini bukanlah dengan tujuan untuk mencabar kelab-kelab lain apatah lagi untuk mendabik dada dengan kemahiran mengendalikan 4x4 masing-masing, tetapi sebagai satu jambatan bagi hubungan silaturRahim sesama insan.
Semoga kewujudan kelab kami ini akan mendapat tempat di hati masyarakat.

Wasallam,


Presiden
Kelab Redah 4x4 Kuala Lumpur Selangor

Selasa, 13 Oktober 2009

Jemputan Raya Masjid Al-Makmuriah, Kayu Ara.

Semua warga Redah, sahabat Redah dan pembaca blog ini, adalah dijemput untuk sama-sama menghadiri Jamuan Raya yang akan diadakan seperti berikut;

Tarikh : 17hb Okt 2009
Masa : 8.00 malam-11.00 malam
Tempat : Perkarangan Masjid Al-Makmuriah, Kg. Sg Kayu Ara, Damansara.
Anjuran : Semua kariah Masjid.

Turut mengundang : Semua kariah Masjid Al-Makmuriah dan penduduk setempat.

-Kundang.

.

Tiada ulasan: