Selamat Datang ke Cabaran Redah 4x4 Club...

Redah 4x4 Club yang dahulunya lebih dikenali sebagai XKisah Adventure Team merupakan pertubuhan berdaftar dengan keanggotaan hampir 100 orang 'pilot' 4x4.
Penubuhannya yang lebih kepada penyatuan peminat-peminat 4x4 di bawah satu kelab; menitikberatkan kepada aktiviti-aktiviti riadah, kekeluargaan, projek amal, bantuan kemanusiaan dan komunikasi radio.
Wujudnya kelab ini bukanlah dengan tujuan untuk mencabar kelab-kelab lain apatah lagi untuk mendabik dada dengan kemahiran mengendalikan 4x4 masing-masing, tetapi sebagai satu jambatan bagi hubungan silaturRahim sesama insan.
Semoga kewujudan kelab kami ini akan mendapat tempat di hati masyarakat.

Wasallam,


Presiden
Kelab Redah 4x4 Kuala Lumpur Selangor

Khamis, 8 Oktober 2009

JEMPUTAN JAMUAN RAYA KBS

Kementerian Belia dan Sukan menjemput semua ahli Redah 4x4 untuk menghadiri jamuan Raya yang akan diadakan seperti berikut;

Tarikh : 8 Oktober 2009
Masa : 12.00-2.00pm
Tempat : Stadium Putra Bukit Jalil.
Pakaian :Baju F1 atau seumpamanya.
Tempat berkumpul : Stesen LRT Bukit Jalil

Sila monitor di Frequensi Pradas atau Simplex RDH.

-Kundang

.

Tiada ulasan: