Selamat Datang ke Cabaran Redah 4x4 Club...

Redah 4x4 Club yang dahulunya lebih dikenali sebagai XKisah Adventure Team merupakan pertubuhan berdaftar dengan keanggotaan hampir 100 orang 'pilot' 4x4.
Penubuhannya yang lebih kepada penyatuan peminat-peminat 4x4 di bawah satu kelab; menitikberatkan kepada aktiviti-aktiviti riadah, kekeluargaan, projek amal, bantuan kemanusiaan dan komunikasi radio.
Wujudnya kelab ini bukanlah dengan tujuan untuk mencabar kelab-kelab lain apatah lagi untuk mendabik dada dengan kemahiran mengendalikan 4x4 masing-masing, tetapi sebagai satu jambatan bagi hubungan silaturRahim sesama insan.
Semoga kewujudan kelab kami ini akan mendapat tempat di hati masyarakat.

Wasallam,


Presiden
Kelab Redah 4x4 Kuala Lumpur Selangor

Jumaat, 30 Oktober 2009

Jalan-jalan cari Campsite



LAWATAN TAPAK CADANGAN LOKASI

JAMBOREE REDAH 4 X 4 CLUB 1 MALAYSIA

Sesiapa yang berkeinginan meredah sambil mencari lokasi Jamboree Redah pastikan anda turut serta berkonvoi ke lokasi berikut;

1) Lata Beraung- Jerantut
2) One Midle Earth- Jerantut
3) Kela Adv.Camp-Raub



Tarikh : 7hb – 8hb November 2009

Tempat Berkumpul : Petronas Sebelum Tol Gombak

Masa Berkumpul : 7 pagi hingga 8 pagi(Bertolak)

Tempat Tidur : Khemah Sendiri

Makan : Masak Sendiri

Jika Ada Bayaran : Sendiri

**Pak leban akan collect sorang RM10.00 utk beli kambing.


Kepada semua ahli Redah dan keluarga yang berminat untuk menyertai lawatan ini sila hubungi Pak Keladi (Event Manager) di talian 012-3579218 atau terus ke tempat berkumpul pada pagi tersebut.

-Pentadbiran.

.

Tiada ulasan: