Selamat Datang ke Cabaran Redah 4x4 Club...

Redah 4x4 Club yang dahulunya lebih dikenali sebagai XKisah Adventure Team merupakan pertubuhan berdaftar dengan keanggotaan hampir 100 orang 'pilot' 4x4.
Penubuhannya yang lebih kepada penyatuan peminat-peminat 4x4 di bawah satu kelab; menitikberatkan kepada aktiviti-aktiviti riadah, kekeluargaan, projek amal, bantuan kemanusiaan dan komunikasi radio.
Wujudnya kelab ini bukanlah dengan tujuan untuk mencabar kelab-kelab lain apatah lagi untuk mendabik dada dengan kemahiran mengendalikan 4x4 masing-masing, tetapi sebagai satu jambatan bagi hubungan silaturRahim sesama insan.
Semoga kewujudan kelab kami ini akan mendapat tempat di hati masyarakat.

Wasallam,


Presiden
Kelab Redah 4x4 Kuala Lumpur Selangor

Selasa, 13 Oktober 2009

JAMUAN HARI RAYA PRADAS

Pihak Jawatankuasa Persatuan Peminat Komunikasi Radio Dua Hala Selangor (PRADAS) menjemput kesemua warga Redah 4x4, ahli keluarga, penyokong Redah, pengkritik dan pembaca blog ini untuk sama-sama memeriahkan Majlis Jamuan Hari Raya yang akan diadakan seperti berikut;

Tarikh : 18hbOkt 2009
Masa : 12.00tgh - 6.00 petang
Tempat : Wood Resort, Ulu Yam, Selangor.

*Turut sama diundang adalah kesemua warga dan peminat komunikasi radio dua hala dari mana-mana stesyen lain baik komersial mahupun amateur.

*Bagi mereka yang ingin bermalam seawal 17hb Okt 2009, sila bawa kelengkapan perkhemahan dan segala bayaran yang (mungkin) dikenakan oleh pihak Wood Resort, adalah tanggungan sendiri.

-Kundang/PRXN/SC3XYU/9W2YYB.
.

Tiada ulasan: