Selamat Datang ke Cabaran Redah 4x4 Club...

Redah 4x4 Club yang dahulunya lebih dikenali sebagai XKisah Adventure Team merupakan pertubuhan berdaftar dengan keanggotaan hampir 100 orang 'pilot' 4x4.
Penubuhannya yang lebih kepada penyatuan peminat-peminat 4x4 di bawah satu kelab; menitikberatkan kepada aktiviti-aktiviti riadah, kekeluargaan, projek amal, bantuan kemanusiaan dan komunikasi radio.
Wujudnya kelab ini bukanlah dengan tujuan untuk mencabar kelab-kelab lain apatah lagi untuk mendabik dada dengan kemahiran mengendalikan 4x4 masing-masing, tetapi sebagai satu jambatan bagi hubungan silaturRahim sesama insan.
Semoga kewujudan kelab kami ini akan mendapat tempat di hati masyarakat.

Wasallam,


Presiden
Kelab Redah 4x4 Kuala Lumpur Selangor

Rabu, 25 Mac 2009

WALIMATUL URUS

Asalammualaikum kepada semua RAKAN REDAH semoga semuanya sihat di samping keluarga tercinta.

Dengan penuh kesyukuran ke hadrat ilahi dengan ini rakan kita Muhairi Bin Muhammad (DUNGUN) dengan pasangannya Siti Fatimah Bt Hj Idris menjemput ke majlis perkahwinan mereka pada seperti berikut:-

Tarikh : 29hb Mac 2009 (Ahad)

Masa : 11.00 pagi ketibaan pengantin.

Tempat : NO 6 , JALAN ST 1C/3 TAMAN SELASIH,BANDAR BARU SALAK
TINGGI 43900 SEPANG ,SELANGOR DE

Semoga dengan kehadiran rakan-rakan semua akan menyerikan lagi majlis tersebut serta diberkati Allah SWT.InsyAllah.


NOTA:-

Makluman kepada rakan-rakan REDAH termasuk juga kepada SUPPORTER REDAH adalah dijemput hadir.
Konvoi ke rumah pengantin,diminta rakan-rakan semua berkumpul di Hentian sebelah SERDANG selepas TOL sg besi menghala ke SELATAN pada jam 9.00 pagi.Pakaian F1 REDAH
Untuk pertanyaan sila hubungi En Irham Abu Salim @ SEPANG 012 340 7663

...

Tiada ulasan: