Selamat Datang ke Cabaran Redah 4x4 Club...

Redah 4x4 Club yang dahulunya lebih dikenali sebagai XKisah Adventure Team merupakan pertubuhan berdaftar dengan keanggotaan hampir 100 orang 'pilot' 4x4.
Penubuhannya yang lebih kepada penyatuan peminat-peminat 4x4 di bawah satu kelab; menitikberatkan kepada aktiviti-aktiviti riadah, kekeluargaan, projek amal, bantuan kemanusiaan dan komunikasi radio.
Wujudnya kelab ini bukanlah dengan tujuan untuk mencabar kelab-kelab lain apatah lagi untuk mendabik dada dengan kemahiran mengendalikan 4x4 masing-masing, tetapi sebagai satu jambatan bagi hubungan silaturRahim sesama insan.
Semoga kewujudan kelab kami ini akan mendapat tempat di hati masyarakat.

Wasallam,


Presiden
Kelab Redah 4x4 Kuala Lumpur Selangor

Selasa, 17 Mac 2009

Jemputan Trip SANTAI bersama Family di KERLING

Asalamualaikum kepada semua AHLI REDAH walau dimana jua anda berada..

Jemputan untuk semua AHLI REDAH yang berkelapangan untuk trip SANTAI bersama Family di KERLING

Tarikh : 21hb - 22hb Mac (Sabtu & Ahad )

Masa : 8.30 Pagi (Hari Sabtu Berkumpul di RNR Rawang)

Tempat : Sungai KERLING

Kepada AHLI-AHLI yang hendak menyertai Trip ini sila hubungi Event Manager Abang Basori (PASAK) 019 2555040 secepat mungkin.

Kepada rakan yang ingin menyertai sila bawa Ayam seekor @ ikan sekilo @ Udang sekilo @ Apa-apa sahaja yang HALAL untuk BBQ.

Sekian di Infokan.

2 ulasan:

ZAMRI CHA berkata...

Saya salah seorang follower blog redah.
Boleh saya menjadi ahli kelab redah?

REDAH 4X4 CLUB berkata...

Sila hubungi Naib Presiden di talian 019 327 7447.