Selamat Datang ke Cabaran Redah 4x4 Club...

Redah 4x4 Club yang dahulunya lebih dikenali sebagai XKisah Adventure Team merupakan pertubuhan berdaftar dengan keanggotaan hampir 100 orang 'pilot' 4x4.
Penubuhannya yang lebih kepada penyatuan peminat-peminat 4x4 di bawah satu kelab; menitikberatkan kepada aktiviti-aktiviti riadah, kekeluargaan, projek amal, bantuan kemanusiaan dan komunikasi radio.
Wujudnya kelab ini bukanlah dengan tujuan untuk mencabar kelab-kelab lain apatah lagi untuk mendabik dada dengan kemahiran mengendalikan 4x4 masing-masing, tetapi sebagai satu jambatan bagi hubungan silaturRahim sesama insan.
Semoga kewujudan kelab kami ini akan mendapat tempat di hati masyarakat.

Wasallam,


Presiden
Kelab Redah 4x4 Kuala Lumpur Selangor

Jumaat, 6 Mac 2009

HARDCORE DI TELEMONG,KARAK,PAHANG : 28hb Feb – 1Mac 2009








Kemalangan yg tidak diduga..

Air Terjun Telemong. Kemsite 2

Perkhemahan di kem site 3 Hutan Simpan Telemong

Sedang bersarapan jam 7.30 pagi

Karas dan Saga menunggu giliran untuk mendaki cerunan tinggi

Pak Saga sedang membantu rakan 4x4 Subang

Lagi gambar di photobucket Karas


Pada Jam 8.30am 28hb Feb 2009,deruman tayar lipan memecah kesunyian Lebuhraya Gombak –Karak dengan kehadiran 2 pacuan 4 roda menuju ke Hutan Simpan Telemong Karak, Pahang Darul Makmur.
Berbekalkan Roti Sardin yg dibawa, Karas dan Saga meneruskan perjalanan bagi menuju destinasi ditemani seorang co-pilot.
Tepat jam 10.30 pagi,kami memasuki Hutan Simpan Telemong disambut dengan kicauan burung dan kocakan air yg merempuh batu di permulaan perjalanan.
Tidak sampai 10 minit perjalanan,kami diketemukan dengan Kumpulan 4x4 Subang bersama 4 buah jentera ditemani keluarga dan rakan masing-masing. Kepayahan dan kerjasama dalam membantu menyelesaikan masalah dapat diatasi dengan cepat dengan tidak berbelah bagi. Kesemua 4 buah 4x4 tadi selamat sampai ke destinasi yg dituju. Saya(Karas) dan Saga (Shah) turut membantu mana termampu dan tepat Jam 1 tengahari Kami berdua sampai di Kem site. Disambut mesra kedatangan kami oleh Pak Berangan dan rakan beliau.


Pada petang itu kami bertiga iaitu Saya(Karas), Saga dan Berangan disamping 20 rakan 4x4 dari kumpulan mana tidak diketahui berada di kem site 3. Hujan petang menambahkan lagi kesejukan yg menusuk tulang menyebabkan semua kami terlena..
Jam menunjukkan pukul 5.30 petang, saya dikhabarkan sekumpulan rakan-rakan REDAH akan memasuki Hutan Simpan Telemong menuju ke kemsite. Kami bertiga menanti dengan penuh kesabaran walaupun di dalam hati terdetik apakah kesemua Rakan Kita akan melepasi bukit tinggi dilaluan bawah yang agak mencemaskan memandangkan pada petang tadi hujan turun dengan lebat sekali.
Setelah hampir 6 jam menunggu, maka tibalah rakan-rakan kita dengan 8 buah 4x4 bersama keluarga dan sahabat masing-masing. “Fuh.. payoh sunggoh nok naik tak di” kata Pak Kunkur.Kepayahan dan kesusahan di perjalanan dan penantian selam 6 jam sudah terlerai setibanya rakan2 dengan selamat. Cuma jentera Pak Sungkai sahaja terpaksa ditinggalkan di pertengahan perjalanan kerana mengalami sedikit kerosakan.. Sambil berbual dan kami semua terlelap sehingga dikejutkan dengan deruman 4x4 dari kemsite sebelah jam 8 pagi.


Pada jam 10 pagi Kami dengan co-pilot masing-masing menuju ke trek mengecas di “Air Terjun Neraka”. Itulah panggilan rakan2 yang pernah sampai dilokasi tersebut. Dengan 4 buah Jallopy kami bergerak menuju destinasi.

Perjalanan kami tidak menghadapi apa-apa kesukaran dan selamat sampai ke air terjun tersebut.
Beberapa jam kemudian sampai pula anggota REDAH bersama 4 buah jallopy serta kehadiran rakan 4x4 dari Puchong,Subang Jaya dan Kota Damansara sebanyak 20 buah jallopy disamping keluarga masing-masing untuk menikmati kesejukan dan kedamaian Hutan.Pak Rengas dan Pak Merbatu mengalami kemalangan tetapi dapat diatasi dengan kerjasama daripada rakan semua.

Expidisi kali ini berjaya menyatukan beberapa rakan 4x4 lain di lokasi dengan hanya satu tujuan iaitu Menjadikan Sukan Lasak 4x4 sebagai satu Riadah dan Kecintaan kepada Alam Flora dan Fauna Khazanah Semulajadi.
Artikel oleh : KARAS
.

Tiada ulasan: