Selamat Datang ke Cabaran Redah 4x4 Club...

Redah 4x4 Club yang dahulunya lebih dikenali sebagai XKisah Adventure Team merupakan pertubuhan berdaftar dengan keanggotaan hampir 100 orang 'pilot' 4x4.
Penubuhannya yang lebih kepada penyatuan peminat-peminat 4x4 di bawah satu kelab; menitikberatkan kepada aktiviti-aktiviti riadah, kekeluargaan, projek amal, bantuan kemanusiaan dan komunikasi radio.
Wujudnya kelab ini bukanlah dengan tujuan untuk mencabar kelab-kelab lain apatah lagi untuk mendabik dada dengan kemahiran mengendalikan 4x4 masing-masing, tetapi sebagai satu jambatan bagi hubungan silaturRahim sesama insan.
Semoga kewujudan kelab kami ini akan mendapat tempat di hati masyarakat.

Wasallam,


Presiden
Kelab Redah 4x4 Kuala Lumpur Selangor

Isnin, 30 Mac 2009

Trip Offroad Meredah Track Baru Di JELEBU N.Sembilan

Asalamualaikum Wr Wbt...
Salam Sejahtera buat semua RAKAN REDAH dan juga kepada Supporter REDAH Amnya...

Trip ke Jelebu Negeri Sembilan untuk meREDAH track baru akan diadakan seperti berikut:-

Tarikh : 3hb - 5hb April 2009 ( Jumaat - Ahad )

Tempat Berkumpul : Stesen Petronas Melawati ( Berdekatan Zoo Negara )

Masa : 8 malam

Untuk keterangan lanjut boleh menghubungi Naib Presiden REDAH En Roedy aka ( MERANTI )
di talian 019-327 7447

Semua Di Jemput Hadir !!

Sekian Di Maklumkan 73.

Tiada ulasan: