Selamat Datang ke Cabaran Redah 4x4 Club...

Redah 4x4 Club yang dahulunya lebih dikenali sebagai XKisah Adventure Team merupakan pertubuhan berdaftar dengan keanggotaan hampir 100 orang 'pilot' 4x4.
Penubuhannya yang lebih kepada penyatuan peminat-peminat 4x4 di bawah satu kelab; menitikberatkan kepada aktiviti-aktiviti riadah, kekeluargaan, projek amal, bantuan kemanusiaan dan komunikasi radio.
Wujudnya kelab ini bukanlah dengan tujuan untuk mencabar kelab-kelab lain apatah lagi untuk mendabik dada dengan kemahiran mengendalikan 4x4 masing-masing, tetapi sebagai satu jambatan bagi hubungan silaturRahim sesama insan.
Semoga kewujudan kelab kami ini akan mendapat tempat di hati masyarakat.

Wasallam,


Presiden
Kelab Redah 4x4 Kuala Lumpur Selangor

Isnin, 30 Mac 2009

Overland REDAH 14hb - 18hb Mac 2009

Overland 1585 km (Jelajah Terengganu, Kelantan dan Pahang)

'Jauh perjalanan, Luas pemandangan, Bertambah pengalaman' begitulah lirik dalam sebuah lagu.

Perjalanan bermula dari Tol Gombak jam 1.00 pagi 14/3/09. konvoi 16 buah 4x4 bergerak menuju ke Tok Bali, Kelantan dan akan melalui jalan Jerangau, Jabor.Tiba di Tok Bali pada pukul 12.00 tgh. dan apa yang menariknya kami di sambut oleh rakan Kelab 4x4 Lipan Bara (Lima Bravo) dan kami diiring oleh Lima Bravo 66 (Naib Presiden Lipan Bara 4x4 Club) ke D’Bali Resort. Pada malamnya kami menghadiri Majlis akad nikah rakan kita Dungun (Muhairi) di rumah Datuk Seri Idris Jusoh di Jerteh, Terengganu. Alhamdulillah, dengan sekali lafaz maka sahlah Pak Dungun menjadi suami Siti Fatimah dan menantu kepada Pak Deris.

Pagi hari kedua dirahmati dengan hujan yang lebat dan tidak berhenti-henti.Jam 11.00 pagi kami bertolak untuk menghadiri kenduri di rumah Pak Deris. Dalam keadaan basah dan kurang selesa kami makan, bersalaman dengan pengantin dan ambil peluang bergambar dengan Datuk Seri. Selepas itu kami bertolak ke Rantau Panjang, Kelantan. Perjalanan sepanjang hari ini dalam keadaan hujan. Jalan yang basah melambatkan sedikit perjalanan. Dari Jerteh ke Rantau Panjang mengambil masa 2 ½ jam. Sempat 2 jam kami membeli-belah disana. Selepas itu kami bertolak balik ke D’Bali Resort. Sebelah malamnya kami mengadakan BBQ dan kami meraikan suasana ini bersama-sama rakan-rakan Lima Bravo (Lipan Bara) seramai-ramai 25 orang. Sempatlah berkongsi-kongsi cerita dan pengalaman bersama-sama mereka yang mempunyai minat yang sama. Kami amat terharu dengan sambutan yang diberikan.

Hari ketiga jam 8.00 pagi kami bertolak ke Cameron Highland (CH) melalui Gua Musang dan Lojing. Konvoi hari ini hanya tinggal 10 buah sahaja kerana 6 buah lagi mempunyai destinasi masing-masing. Perjalanan melalui kawasan tanah tinggi dan pemandangan yang sangat menarik. Tiba di Cameron Highland pada pukul 5.00 ptg dimulai dengan minum teh petang di BOH Plantation Cafe . Pada malamnya kami pi pekena Steamboat (sesuatu yang tak pernah miss kalau pi CH).

Hari keempat kami masih di CH dan kami ke Ladang Strawberry dan sayur , Ladang Teh Sungai Pallas dan Gunung Brinchang. Pemandangan menarik dalam suasana berkabus di Puncak Gunung Brinchang memberi satu pengalaman yang sukar dilupakan.

Hari kelima kami bertolak balik dari CH menuju KL. Kami melalui jalan Lembah Bertam. Ingatkan jalannya ok. Tapi tak sangka pulak macam untuk hardcore. Tak caya boleh tengok gambar yang kami ambik. Perjalanan melalui Perkampungan Orang Asli Leryar, Pos Betau sehingga ke Felda Sg Koyan, Raub, Bentung dan Karak. Sepanjang perjalanan melalui jalan Lembah Bertam ini, pemandangan sangat menarik.Perjalanan menuju KL diteruskan dan kami tiba kira-kira pukul 7.30 malam dan melalui keseluruhan jarak perjalanan sejauh 1585 km. Pengalaman yang diperoleh ini akan dikongsi bersama rakan-rakan yang lain dan semoga ini menjadi permangkin kepada perjalanan yang lebih jauh untuk ’overland’ di masa yang akan datang. Tahniah kepada bapak-bapak yang terlibat iaitu Pak Leban, Karas, Delek, Dedaru, Merbatu (Presiden), Rengas (Bendahari), Tetebu, Lebah, Sungkai, Marajali, Selangan, Perah, Binuang (AJK), Sawi, Tembikai, dan (Bob & Sinchan the mechanic).

Catatan kali ini agak panjang sesuai dengan jarak perjalanannya. Terima kasih kerana sudi membacanya.

Catatan oleh : Event Manager (Pak Leban & XYL)




Peserta Overland Redah 4x4 Club bergambar bersama Pengantin (Dungun) dan Siti


Peserta Overland Redah 4x4 Club bergambar di Majlis Eyeball bersama
Lipan Bara 4x4 Club Kelantan


Peserta Overland Redah 4x4 Club melawat BOH Tea Centre di Sg. Pallas
Cameron Highland

Peserta Overland Redah 4x4 Club berehat menikmati kesejukkan di Puncak
Gunung Berincang Cameron Highland (ketinggian - 2031 Meter dari aras laut)


Peserta Overland Redah 4x4 bertolak balik dari Cameron Highland melalui
Lembah Bertam ke Pos Betau Dan ke Felda Sg. Koyan Raub Pahang.


Peserta Overland Redah 4x4 bertolak ke Terengganu dan Kelantan melalui Lebuh Raya Pantai Timur dan jalan potng melalui jalan Jeranggau Jabor.


Sila klik Link dibawah gambar seterusnya:-

Overland 1

Overland 2

Overland 3

...

Tiada ulasan: