Selamat Datang ke Cabaran Redah 4x4 Club...

Redah 4x4 Club yang dahulunya lebih dikenali sebagai XKisah Adventure Team merupakan pertubuhan berdaftar dengan keanggotaan hampir 100 orang 'pilot' 4x4.
Penubuhannya yang lebih kepada penyatuan peminat-peminat 4x4 di bawah satu kelab; menitikberatkan kepada aktiviti-aktiviti riadah, kekeluargaan, projek amal, bantuan kemanusiaan dan komunikasi radio.
Wujudnya kelab ini bukanlah dengan tujuan untuk mencabar kelab-kelab lain apatah lagi untuk mendabik dada dengan kemahiran mengendalikan 4x4 masing-masing, tetapi sebagai satu jambatan bagi hubungan silaturRahim sesama insan.
Semoga kewujudan kelab kami ini akan mendapat tempat di hati masyarakat.

Wasallam,


Presiden
Kelab Redah 4x4 Kuala Lumpur Selangor

Khamis, 16 Julai 2009

Karnival " Go YOUTH,...1 Youth..1 Malaysian.




Semua ahli Redah dan Supporter adalah dijemput ke program belia GO YOUTH anjuran Pertubuhan Pembangunan Belia Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur atau YOUTH yang akan diadakan seperti berikut;

Tarikh : 25hb Julai 2009 (Sabtu)
Lokasi : Padang letak kereta Stadium Nasional Bukit Jalil.
Masa : 7.00 pagi hingga 6.00 petang.


Kelab 4x4 Redah sendiri juga terlibat secara lansung di gerai pameran yang secara keseluruhannya akan mempamerkan aktiviti sukan permotoran di Malaysia.

Pihak Seketariat akan menyediakan tempat letak kereta untuk ahli Redah yang hadir. Namun begitu untuk memudahkan keadaan, ahli-ahli adalah disarankan agar menghubungi Pak Meranti atau Roedy di talian 019-3277447 untuk RSVP.

Ahli juga disarankan memakai baju F1 atau T-shirt Redah dan membawa 4x4 yang telah dikilatkan ke lokasi kejadian nanti.

.

1 ulasan:

9w2hde berkata...

beso nya taya kete merah ni :D