Lagi gambar DI SINI
Pada 13 Dis 2008 baru-baru ini, macam-macam aktiviti rakan-rakan terutamanya rakan radio komersial baik amateur dijalankan luar dari Kuala Lumpur.
Begitupun terdapat segelintir 'umat' yang tak dapat menyertai mana-mana aktiviti rasmi ini akibat kekangan kerja, termasuklah penulis sendiri.
Sebagai pengubat duka tidak dapat bersama rakan-rakan lain, Saya bersama Keledang, Rhu, Arau, Bintagor dan dua tiga rakan lagi telah pergi ke Lubuk Kawah jam 11.30 malam.
Tepat jam 12.00 malam, "mini konvoi tangkap muat" itu tiba di Teratak Riverview.
Melalui perjalanan offroad sukar dan mendaki bukit sejauh 10km ( mengikut GPS Bintagor ), akhirnya konvoi terpaksa berhenti untuk berehat dan memasang khemah jam 6.00 pagi.
Best?....Huuuiii memang best!....Terimakasih kepada Rhu yang memberi tunjuk ajar dari aspek teknikal dan semangat kepada pilot-pilot baru dan hingusan ini.
-Kundang
.
2 ulasan:
Salam
Takutlah bang tengok 4x4 beraksi tu!
salam..
saya banyak mencari pasal location tempat ni, tp xde yang bagi exact coordinate. abg mentioned stop kat Teratak riverview, yang ni ke?
http://wikimapia.org/#lat=3.6821742&lon=101.5370178&z=14&l=0&m=a&v=2&search=teratak%20riverview
Catat Ulasan