Selamat Datang ke Cabaran Redah 4x4 Club...

Redah 4x4 Club yang dahulunya lebih dikenali sebagai XKisah Adventure Team merupakan pertubuhan berdaftar dengan keanggotaan hampir 100 orang 'pilot' 4x4.
Penubuhannya yang lebih kepada penyatuan peminat-peminat 4x4 di bawah satu kelab; menitikberatkan kepada aktiviti-aktiviti riadah, kekeluargaan, projek amal, bantuan kemanusiaan dan komunikasi radio.
Wujudnya kelab ini bukanlah dengan tujuan untuk mencabar kelab-kelab lain apatah lagi untuk mendabik dada dengan kemahiran mengendalikan 4x4 masing-masing, tetapi sebagai satu jambatan bagi hubungan silaturRahim sesama insan.
Semoga kewujudan kelab kami ini akan mendapat tempat di hati masyarakat.

Wasallam,


Presiden
Kelab Redah 4x4 Kuala Lumpur Selangor

Jumaat, 29 Oktober 2010

MESYUARAT AGONG KELAB REDAH 4X4 KALI KE-3

NOTIS MESYUARAT AGUNG KE TIGA KELAB 4 X 4 REDAH

KUALA LUMPUR DAN SELANGOR

Adalah dimaklumkan, Mesyuarat Agung Kali Ketiga Kelab 4 x 4 Redah Kuala Lumpur dan Selangor akan diadakan seperti huraian di bawah:

a. Tarikh : 12 Disember 2010

b. Masa : 8.00pagi hingga 3.00petang

c. Tempat : Teratak riverview (lubuk kawah)

Tanjung Malim.

d. Pakaian : Baju Kemeja F1 Redah / T-shirt Redah

e. Jamuan : Makan tengahari disediakan

untuk ahli sahaja.

f. Aturcara : Disertakan bersama surat ini

g. Folder : Akan diberi semasa pendaftaran

h. Bermalam : Ahli yang merancang untuk bermalam di tapak

perkhemahan Teratak Riverview adalah tanggungan

sendiri. Sila hubungi tetebu untuk urusan tempahan

tapak khemah. (012-2743814).

Ahli yang telah menjelaskan yuran tahunan 2010 sahaja dibenarkan masuk menghadiri Mesyuarat Agung. Yuran tahunan sebanyak RM50.00 boleh dibayar mulai tarikh surat ini sehingga 12 Disember 2010 jam 9.30 pagi, melalui Bendahari kelab (API-API). Pembayaran boleh dibayar secara tunai atau melalui akaun Maybank KELAB REDAH 4X4 KUALA LUMPUR & SELANGOR, Nombor akaun 514338506028. Sila simpan slip bank untuk pengesahan.

Bersama-sama ini disertakan borang usul untuk diisi dan dikembalikan oleh ahli sebelum 5 Disember 2010 kepada urusetia AGM.

Saya selaku Presiden kelab dengan penuh takzim menjemput saudara untuk hadir ke Mesyuarat Agung kali ketiga Kelab 4x4 Redah Kula Lumpur dan Selangor demi kebaikan bersama.

Sekian, Terima kasih.

ZULKIFLI BIN AHMAD TARJU

Presiden Kelab 4x4 Redah Kuala Lumpur dan Selangor


AGENDA MESYUARAT AGUNG KALI KETIGA

KELAB 4X4 REDAH KUALA LUMPUR DAN SELANGOR

1. Kata-kata aluan daripada Setiausaha

2. Bacaan doa

3. Ucapan Presiden

4. Meluluskan Minit Mesyuarat Agung Kedua

5. Membentangkan laporan aktiviti kelab berakhir 31 Disember 2009

6. Membentangkan laporan kewangan berakhir 31 Disember 2009

7. Membentangkan/Membahaskan usul daripada ahli

8. Pembubaran AJK lama

9. Pemilihan dan perlantikan AJK Baru 2010/2011

10. Pemilihan 2 orang pemeriksa kira-kira 2010/2011

11. Ucapan penangguhan

12. Penyampaian sijil penghargaan

13. Penutup



Jumaat, 8 Oktober 2010

Rumah Terbuka Lagi ..dan Lagi

Salam, dijemput rakan-rakan dan sahabat untuk hadir ke majlis rumah terbuka dan doa kesyukuran pada :

Tarikh : Sabtu 9 Oktober 2010
Masa : 6.00 Ptg - 10.30 Mlm.
Alamat : No. 8 Jalan Sungai Kelubi 32/107B,
Bukit Rimau Shah Alam

Daripada
samsol@OL-LC2@PR-VS@9W2 SNZ @ Kakang & Family

Isnin, 27 September 2010

Rumah Terbuka Lagi ....


Pelawan-UDA@PR-UDA@9W2UDE menjemput semua ahli Kelab Redah, rakan-rakan Kelab dan rakan-rakan Radio Amatur seiisi keluarga ke Majlis Kenduri Cukur Jambul, dan rumah terbuka Hari Raya pada :


Tarikh : 03/10/2010 - Ahad

Masa : 11.00 pg - 6.00 ptg.

Alamat : No. 91, Jalan Seri Semanta 9, Tmn. Seri Semanta, Batu 7, kapar Klang


Konvoi Redah akan ke lokasi akan diketuai oleh Pak Leban – 013 3415467 , tempat berkumpul : SHELL selepas Plaza Toll Jalan Duta arah dari KL ke Utara, Masa : 3.30 petang.Semoga kehadiran tuan puan menunaikan hajat Pak Pelawan dan menyemarakkan sambutan Hari Raya pada tahun ini.

Selasa, 21 September 2010

PROJEK AMAL RAMADHAN 2010

Selamat menyambut Hari Raya Eidul Fitri kepada semua ahli keluarga Redah 4x4, rakan kelab, media, korporat, orang perseorangan dan juga mereka yang bekerja dibelakang tabir Program Amal Ramadhan pada tahun 2010 ini di Kawasan Hulu Bernam, Kg Keliang & Kg Kuala Chinggung.

Program telah berjalan lancar dengan kerjasama yang tidak berbelah bahagi telah ditunjukkan dari semua pihak. Semua peserta telah menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan dengan teratur dan penuh dengan rasa keinsafan. Dengan keberkatan Ramadhan, pihak yang menerima kunjungan telah memanjatkan rasa kesyukuran. Setidak-tidaknya terdapat sedikit sebanyak bantuan untuk menyambut ketibaan bulan Syawal yang mulia ini. Semoga program yang sebegini dapat diteruskan dan mencapai objektif supaya golongan sasar mendapat bantuan yang diharapkan dapat meringankan bebanan kesusahan kehidupan mereka.

Wasalam

Gambar ehsan dari facebook – Pak Selangan, Aida Offroad, Keladi




















Rabu, 8 September 2010

Salam Idul Fitri 1431

Jawatankuasa Kelab 4x4 Redah dengan rendah diri mewakili seluruh ahli dan keluarga kelab merafak kemaafan dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki sempena kehadiran bulan yang mulia Syawal di atas segala kesilapan dan kekurangan sepanjang persahabatan di bawah satu hobi ini dari semua peminat sukan lasak 4x4, kelab-kelab 4x4, penyokong, badan kerajaan, badan berkanun, sukarelawan dan pelawat blog ini.

Ucapan khasnya buat sahabat-sahabat dari Kelab 4x4 Selangor, Lubuk Trekker, PDRM 4x4, Oscar Lima, Israq Adventure, SCS Communication & Event, Pradas, Astra, JPAM, Rela, Bomba, PDRM, Mercy, dan lain-lain yang sentiasa memberikan sokongan padu kepada aktiviti kami selama ini.

Segala kebaikan semuanya datang dari Allah jua dan segala kesilapan datangnya dari kami yang kerdil sebagai hambaNya.

Semoga dengan kedatangan Syawal ini akan mengeratkan lagi tali SiraturRahim antara kita.

SELAMAT HARI RAYA IDUL FITRI maaf zahir dan batin.


-Jawatankuasa Kelab.

.

Selasa, 17 Ogos 2010

PROJEK AMAL RAMADHAN 2010, 1431 HIJRAH.



Salam Ramadhan Al Mubarak kepada semua warga Redah 4x4 , rakan kelab, sahabat handai,ahli keluarga dan pihak media yang dihormati.


Bersempena Bulan Ramadhan yang mulia ini, seperti tahun-tahun yang sebelumnya - Redah 4x4 ingin menjemput semua ahli, pihak Korporat dan orang perseorangan untuk bersama-sama bersedekah dan menghulurkan bantuan kepada orang-orang yang tidak berkemampuan, fakir miskin, ibu tunggal,orang-orang tua , orang cacat anggota dan orang Asli.Semoga dengan sumbangan kita yang sedikit ini, Allah akan memberi kita keberkatan yang berkekalan.


Alamat Tempat berkumpul/ barang : Rumah Pak Pasak (Map) Lot 886 Kg. Sg. Kayu Ara

Tarikh : 4 hb September Pukul : 8.00 pagi

Lokasi tempat yang dituju : Kg Keliang, Kalumpang , Kg Chinggong, Bernam Hulu, Hulu Selangor.



Rumah Pak Pasak (Pengumpulan Barang)



Barangan yang diperlukan : Beras, Gula, Minyak Masak, Tepung Gandum, Kopi / Teh, Kueh Raya ,Pakaian Baru dan Sumbangan Ikhlas Wang Tunai melalui akaun Maybank Redah 4x4.

No Akaun Maybank : 514338506028 (Redah 4x4club)

Untuk keterangan lanjut sila hubungi :

Merbatu : 016-2205422

Pasak : 019-2555040


Semoga segala sumbangan dan hasil usaha kita semua ini diberkati oleh Allah.

Disusun oleh Avacado & Keladi


Lata Berembun Trip

Selamat menyambut kedatangan Bulan Ramadhan Al Mubarak kepada semua ahli Redah 4x4, rakan-rakan Redah, sahabat handai, ahli keluarga dan pihak media. Pihak Pengurusan Redah 4x4 ingin mengambil kesempatan ini untuk mendoakan keberkatan untuk ahli, kaum keluarga , rakan-rakan dan Kelab Redah 4x4 supaya aktiviti yang kita jalankan dapat merapatkan siratulrahim sesama ahli dan membuka lembaran baru untuk kita bersatu bagi mencapai kejayaan di masa yang akan datang.

Berikut merupakan trip ke Lata Berembun, Raub ,Pahang yang disertai oleh 13 jalopy pada 7-8hb Ogos 2010 sebagai aktiviti penutup sebelum tibanya Ramadhan. Peserta yang terbabit menjayakan event – Merbatu, Marajali (SU),Tetebu, Lebah ( Presiden), Pelawan, Mengkulang, Resak, Leban, Keladi, Sarjan Piyang, Pajero dan beberapa rakan lain. Event telah berjalan lancar dimana YL Tetebu, Marajali & Pak Leban telah bergabung tenaga untuk menjadi Chef kepada peserta-peserta. Di sebelah malam, BBQ kambing, ayam, sotong paul dan berbagai makanan lain telah disediakan. Sebagai pencuci mulut, sebakul buah durian telah dibeli dan memberi kepuasan kepada peserta kali ini. Trip agak mencabar dengan keadaan laluan yang licin dan rut kesan tayar yang dalam. Semua peserta melepasi halangan ,tiba ke camp site dan balik ke rumah didalam keadaan selamat dan menyeronokkan.







Cabaran Menanti