Selamat Datang ke Cabaran Redah 4x4 Club...

Redah 4x4 Club yang dahulunya lebih dikenali sebagai XKisah Adventure Team merupakan pertubuhan berdaftar dengan keanggotaan hampir 100 orang 'pilot' 4x4.
Penubuhannya yang lebih kepada penyatuan peminat-peminat 4x4 di bawah satu kelab; menitikberatkan kepada aktiviti-aktiviti riadah, kekeluargaan, projek amal, bantuan kemanusiaan dan komunikasi radio.
Wujudnya kelab ini bukanlah dengan tujuan untuk mencabar kelab-kelab lain apatah lagi untuk mendabik dada dengan kemahiran mengendalikan 4x4 masing-masing, tetapi sebagai satu jambatan bagi hubungan silaturRahim sesama insan.
Semoga kewujudan kelab kami ini akan mendapat tempat di hati masyarakat.

Wasallam,


Presiden
Kelab Redah 4x4 Kuala Lumpur Selangor

Isnin, 16 Februari 2009

PENGUMUMAN: TRIP OVERLAND REDAH 2009


OVERLAND 4X4 KE TERENGGANU, KELANTAN DAN PAHANG

Semua ahli Kelab Redah 4 x 4 adalah dijemput menyertai Program Overland ke Terengganu, Kelantan dan Pahang 2009.


Berikut adalah maklumat dan aturcara perjalanan:-

Tarikh :

14hb - 16hb Mac 2009 – (3H/2M -Pakej A)
14hb - 18hb Mac 2009 – ( 5H/4M -Pakej B)

Pengurus Program Overland : LEBAN (H/P 013-3415467)

ATURCARA PERJALANAN

Hari Pertama 14hb Mac 2009 (Sabtu)

12.30 pagi : Berkumpul di Petronas MRR 2 Gombak menghala ke Tol

1.00 pagi : Konvoi bertolak ke destinasi.

8.00 pagi : Tiba di Chalet Tok Bali Rehat dan aktiviti bebas

2.00 Petang : Bertolak ke Rantau Panjang (Jom bershopping)

8.00 malam : Ke Majlis Pernikahan Mukhairi (DUNGUN)

- Pilihan (Pakaian Baju Melayu)

12.00 malam : Rehat & Tidur

Hari Kedua 15hb Mac 2009 (Ahad)

8.00 pagi : Aktiviti bebas

11.00 pagi : Bertolak ke Majlis Perkahwinan DUNGUN di Besut.
(Pakaian Baju F1 Redah)

3.00 petang : Selesai Kenduri balik ke Chalet

4.00 petang : Aktiviti bebas

Hari Ketiga 16hb Mac 2009 (Isnin)

9.00 pagi :

Konvoi bertolak ke Gua Musang/Tol Gombak/Kuala Lumpur. (Pakej A)
Konvoi bertolak ke Gua Musang/Cameron Highland. (Pakej B).

Pakej B

2.00 petang : Tiba di Cameron Highland Check In Hotel
Rehat & Makan Tengahari.

7.00 petang : Aktiviti Bebas.


Hari Keempat 17hb Mac 2009 (Selasa)

8.00 pagi : Minum pagi

10.00 pagi : Bertolak ke Taman Strawbery

12.00 tghari : Bertolak ke Ladang Teh BOH

2.00 petang : Bertolak ke Gunung Berinchang.

Hari Kelima 18hb Mac 2009 (Rabu)

8.00 pagi : Minum pagi dan aktiviti bebas

2.00 petang : Check Out

2.30 petang : Bertolak Pulang ke Kuala Lumpur

7.00 petang : Tiba di Tol Jalan DUTA

Tarikh tutup : 20hb Febuari 2009
* Pengesahan penyertaan dengan bayaran deposit ikut pakej.

* Bayaran adalah untuk tujuan booking penginapan sahaja.

Sila pilih samada Pakej A atau Pakej B untuk pembayaran booking Hotel:-

Pakej A 3hari 2malam - Deposit RM 150

Pakej B 5hari 4malam - Deposit RM 200


Sila Hubungi Pengurus Program PAK LEBAN di talian 013- 3415467 seberapa segera untuk booking Hotel.



.

Jumaat, 13 Februari 2009

Meredah Belantara Gunung Ais






KLIK untuk gambar seterusnya

Artikel oleh : Leban
Foto oleh : Pelawan

Assalamualaikum. Nak tahu cerita perjalanan ke Kaki Gunung Ais? Ok, baca seterusnya. Deruman enjin 5 buah 4x4 memecah kesunyian malam di Plaza Tol Gombak. Bermula pukul 12.30 pagi 24/1/09 menuju ke Temerloh dan tiba pukul 2.00 pagi. Rumah teres kosong jadi tempat horizontal.

Seawal 8.30 pagi mesyuarat tergempak diadakan antara peserta dan Pak Gaharu (diberi call sign kerana dikeretanya tertulis ”Jom Cari Gaharu”. Konvoi 7 buah kereta ini asalnya nak pi Kg. Mat Daling, Taman Negara, tiba-tiba berpaling ke Kaki Gunung Ais kawasan Lepar Utara sempadan Pahang dan Terengganu atas nasihat Pak Gaharu. Perjalanan masuk ke hutan bermula lebih kurang pukul 11.30 pagi.

Memulakan perjalanan dalam hujan renyai-renyai (termakbul doa Pak Tetebu minta hujan -nak geli-geli), disambut oleh tiga sungai, tayar diuji di trek balak, jalan yang licin dan ’menggelikan’. Tayar jadi donut, tapi yang tak tahan tu PTO boleh putus. Tak dapat nak cerita dengan perkataan, memang sangat menyeronokkan. Takut pun ada jugak, sebab dah tersadai tepi tebing terpaksa tunggu Pak Gaharu mai tarik. Perjalanan sejauh 60km ke dalam hutan ini sungguh mencabar dan mengambil masa hampir 7 jam untuk tiba ke kawasan perkhemahan.

Perjalanan yang jauh mengeratkan lagi hubungan antara peserta tapi kutuk-mengutuk tu perkara biasa la. Tiba di kawasan perkhemahan lebih kurang pukul 6.30 petang. Perut memang tengah keroncong sebab separuh hari tak makan.

Aktiviti yang sempat dilakukan di sini ialah memancing (dapat la kelah besar tapak tangan), berenang, menyaksikan aktiviti 80 peserta ’motor cross’ oleh Kelab Motor Cross Pahang, BBQ dan lain-lain lagi. Suasana sangat nyaman dan tenang.

Pada 27/1/09 pukul 3.15 petang kami bertolak balik. Perjalanan balik agak membosankan sebab tak hujan (Pak Tetebu dah takut nak baca doa hujan). Kalau hujan, baru syok. Baru tahu langit tinggi ke rendah. Rasanya bukan 7 jam lagi tapi mau lebih 12jam. Jalan balik lagi mencabar sebab mendaki saja. Masa pi tak perasan banyak turun bukit, tapi masa balik MasyaAllah rupa-rupanya hebat jalan tu.

Apapun, syukur alhamdullillah perjalanan pergi dan balik dirahmati Allah tanpa sebarang perkara yang tidak diingini berlaku. Akhir sekali, ucapan terima kasih kepada Pak Gaharu (Porter Gunung Ais), Pak Perah, Pak Merbatu dan SpongeBob (Mekanik Jib Auto),Pak Piang, Pak Pelawan, Pak Tetebu dan semua XYL yang terlibat dalam aktiviti kali ini.

Rasa nak ulang lagi ke Kaki Gunung Ais, nak ikut? Jom.......bulan Julai kita pi lagi. Apa pun Mat Daling masih mengamit di kalender Redah 2009. Kami tetap akan pi.........


Catatan : Event Manager (Pak Leban) dan XYL


.

Rabu, 11 Februari 2009

Al-Fatihah

Seluruh Warga Redah 4x4 Club dan Supporter Redah ingin mengucapkan Takziah kepada Azrishah atau Pelawan (PR-UDA) kerana pemergian ayahandanya ke Rahmatullah.


Semoga perjalanan roh beliau bertemu Ilahi akan sentaiasa diRahmati Allah S.W.T.


Al-Fatihah.


-Kundang.

.

Jumaat, 6 Februari 2009

BERSANTAI DI PULAU SLIM

Pak Sepang memakai kain batik ,konon2nyer penduduk asal Pulau Slim

Permandangan kawasan Kem Pulau Slim

Konvoi Sedang menuju ke Sungai Y Pos Keding.

SUNGKAI dengan aksi meredah sungai... Tayar baru tuh MT Sport 117

Laa muka Pak Sepang lagi... kereta Mahogany yg rosak di simpang Kg Slim.

Pak RHU bersama Tok Batin sedang berbincang Program yg akan datang.

Pak Keledang sedang membaiki belting Jeep Cherokee yg putus..Nasib Pak Steward ada membawa spare part kalau tidak jenuh jugak. Terima kasih buat Pak Keledang & Pak Steward jasamu kami kenang.

Bergambar kenangan bersama-sama Keluarga TOK BATIN Kem Pulau SLIM.

Sila KLIK untuk ke Picasaweb NAGA untuk gambar yg lain:-
Bertemu lagi untuk 'flash-back' aktiviti yg lepas, iaitu Trip SANTAI di Pulau Slim pada 25hb Januari sehingga 27hb sempena cuti Tahun Baru Cina yang lalu.
Konvoi macam biasa berkumpul di RNR Sg Buluh pada jam 12.00 tengahari.
Sebanyak 10 buah jentera 4X4 turut serta dalam trip tersebut.
Alhamdulillah, syukur semuanya selamat sampai ke destinasi pada petang hari tersebut.
Tiada agenda khusus yg dilakukan cuma aktiviti santai seperti mandi sungai, melepak, jalan-jalan, bercerita tentang kenderaan masing-masing, sakat-menyakat, bergurau-senda, masak-memasak, makan-makan dan melantak....(yg itu kerja aku laa).
Semoga aktiviti kekeluargaan seperti ini diantara Rakan REDAH akan diteruskan untuk memupuk persefahaman yg baik antara ahli, keluarga dan juga masyarakat.

Akhir sekali.....
'JAGALAH HUTAN NEGARA KITA'



De NAGA @ Budin
.

Khamis, 5 Februari 2009

Ulu Tamu Batang KALI

'Sinchan the mechanic' menunjukkan kemahirannya.


Comfirm anak Badang, Pak Berangan ni...

Accident kecil yang memberi impak besar..

"Kau jangan lari Pak Sepang..Bagi balik gambar YL aku..!!"


Pada 17hb Januari yang lepas.... REDAH 4X4 Club telah mengadakan aktiviti riadah yang pertama untuk tahun 2009 bertempat di ULU TAMU Batang Kali.
Lebih daripada 16 buah kenderaan Pacuan 4 Roda telah berkonvoi menuju ke destinasi...bersama-sama keluarga masing-masing.
Program santai bersama keluarga dan rakan-rakan Redah ini menemui kemuncaknya iaitu 'mengecas' di Bukit TANGGA.
Sebanyak 9 kenderaan yg berlepas ke sana untuk menguji kemampuan teknik pemanduan masing-masing.. dan Alhamdulillah, semuanya berjaya melepasi halangan tangga batu walaupun dalam masa yang sama 3 kenderaan mengalami kerosakan yg boleh dikatakan agak teruk.
Dengan pertolongan mekanik SpongeBOB, Sinchan the Mechanic dan Pak Rengas (Big Bos JipAuto, segala masalah dapat diatasi.
Setinggi tahniah dan pujian juga harus diucapkan kepada doktor WELDING, pak SUNGKAI yg sanggup datang memberikan bantuan kecemasan, walaupun sedang makan-makan bersama keluarga....Jasamu sentiasa dikenang.
Konvoi yg dijangka pulang pada petang terpaksa bertolak keluar dari ULU TAMU pada jam 12mlm dan sampai ke lokasi masing-masing seawal 3.00 pagi hari Isnin.
Alhamdulilah semuanya selamat sampai ke rumah masing-masing.
Semoga keAkraban Rakan REDAH diteruskan dan Tolong menolong antara satu sama lain menjadi satu tauladan yg baik buat RAKAN2.
Bertemu dilain Konvoi akan datang... PULAU SLIM Ulu Slim dan juga Trip Gunung AIS.
-De NAGA aka 9W2RXZ
.





Rabu, 28 Januari 2009

4x4 KERLING ASTRA TENGAH

Infor Terbaru..Programm 4x4 anjuran Astra Tengah yg diwar-warkan esok 31hb dan 1Feb telah ditunda ke 14hb dan 15hb Feb 2009..Harap maklum..maklumat lanjut Hubungi 9W2BCT..sekian..

Khamis, 22 Januari 2009

Trip 4x4 ke Mat Daling, Taman Negara, Pahang.

Lokasi : Kg. Mat Daling, Taman Negara, Pahang D.M.
Tarikh :24hb-27hb Januari 2009.
Tayar bergolek : 11.30 malam, 24hb Jan'09.
Berkumpul : Petronas MRR2 sebelum tol Gombak.
Frekuensi : Sendiri mau ingat.
Lain info : Family trip. Bawa makanan dan duit minyak secukupnya.


Kepada sesiapa yang ingin turut serta sila berhubung dengan Pak Leban (Zulyadin) di talian 013-3415467 sebelum hari Jumaat petang.

.

Rabu, 7 Januari 2009

'Meredah' Ulu Slim penutup kalender 2008










Gambar seterusnya sila KLIK DI SINI


Redah 4x4 Club mengakhiri aktiviti riadah dan rekreasinya bagi kalender tahun 2008 dengan mengadakan perkhemahan keluarga di Ulu Slim pada 27, 28 dan 29 Disember yang lalu.
Dengan penyertaan seramai 15 orang pilot bersama keluarga masing-masing, aktiviti kali ini lebih kepada perkhemahan biasa.
Peserta juga kebanyakkannya terdiri dari ahli Redah yang masih baru dengan aktiviti 4x4 dan mungkin merupakan titik-tolak kepada aktiviti seterusnya yang lebih mencabar.
Walaupun keindahan flora dan fauna di Ulu Slim telah agak tercemar dengan aktiviti pertanian di sekitar Pos Keding dan Pos Tenau, namun peserta masih lagi dapat menikmati kesegaran alam semulajadi di lokasi perkhemahan.
Semoga ahli-ahli Redah 4x4 Club dapat sama-sama memberikan komitmen yang lebih lagi di dalam menjaga warisan alam semulajadi ciptaan Tuhan pada masa-masa akan datang.
Selamat Tahun Baru 2009….Selamat Beriadah…



-Kundang.






.

Jumaat, 2 Januari 2009

Lagi Artikel Redah di dalam KOSMO


Sekali lagi Kelab 4x4 Redah mendapat perhatian warga media dan masyarakat apabila tersiarnya artikel mengenai Redah 4x4 Club di dalam KOSMO pada 27 Disember 2008 yang lalu.