Selamat Datang ke Cabaran Redah 4x4 Club...

Redah 4x4 Club yang dahulunya lebih dikenali sebagai XKisah Adventure Team merupakan pertubuhan berdaftar dengan keanggotaan hampir 100 orang 'pilot' 4x4.
Penubuhannya yang lebih kepada penyatuan peminat-peminat 4x4 di bawah satu kelab; menitikberatkan kepada aktiviti-aktiviti riadah, kekeluargaan, projek amal, bantuan kemanusiaan dan komunikasi radio.
Wujudnya kelab ini bukanlah dengan tujuan untuk mencabar kelab-kelab lain apatah lagi untuk mendabik dada dengan kemahiran mengendalikan 4x4 masing-masing, tetapi sebagai satu jambatan bagi hubungan silaturRahim sesama insan.
Semoga kewujudan kelab kami ini akan mendapat tempat di hati masyarakat.

Wasallam,


Presiden
Kelab Redah 4x4 Kuala Lumpur Selangor

Selasa, 8 Februari 2011

TRIP SANGKAR 3 - UNTUK MENGUJI KETAHANAN FIZIKAL, MENTAL DAN JENTERA 4X4






Part 1 - Al-kisah..

Pada hari Rabu( Raya Gong Xi Fa Chai )5 buah 4x4 Redah telah berkumpul di BP Gombak highway Karak pada pukul 12.00 tgh malam dan kami bergerak dalam pukul 1.00am setelah mengisi barang2 keperluan untuk misi ini. Sebenar nya trip ini lebih kepada ricky jalan, itu sebab tidak diberitahu secara rasmi kerana jalan menuju ke sangkar 3 diberitahu banyak yang telah rosak selepas banjir Pahang tahun lepas. Ahli2 Redah yang sanggup menerima cabaran ini dan menyumbangkan tenaga ialah Tetebu, Pelawan, Leban & family, Merbatu, Nangka & brothers, Antoi dan Caca Marba. Sampai di R&R Temerloh pada pukul 3.00 am kami berehat sehingga pukul 6.00 am . Selepas solat subuh semua begerak ke Bandar Pusat Jengka untuk bertemu dengan rakan yang akan membawa kami kedalam hutan nama timangannya Pak Awang. Sementara menunggu rakan kami semua bersarapan pagi di gerai nasi dagang depan Petronas.

Apabila Pak Awang sampai dengan rakan2 nya memandu Pajero L047 dikuasai dengan enjin 4D56 2.5L diesel turbo dan tidak mempunyai winch...

***** keladi aku nak kena keluar nanti sambung*******

Tunggu Al-kisah bahagian selanjutnya yang ke 2 tidak lama lagi,,,
gambar ihsan Pk Merbatu / Pk Leban

Tiada ulasan: