Selamat Datang ke Cabaran Redah 4x4 Club...

Redah 4x4 Club yang dahulunya lebih dikenali sebagai XKisah Adventure Team merupakan pertubuhan berdaftar dengan keanggotaan hampir 100 orang 'pilot' 4x4.
Penubuhannya yang lebih kepada penyatuan peminat-peminat 4x4 di bawah satu kelab; menitikberatkan kepada aktiviti-aktiviti riadah, kekeluargaan, projek amal, bantuan kemanusiaan dan komunikasi radio.
Wujudnya kelab ini bukanlah dengan tujuan untuk mencabar kelab-kelab lain apatah lagi untuk mendabik dada dengan kemahiran mengendalikan 4x4 masing-masing, tetapi sebagai satu jambatan bagi hubungan silaturRahim sesama insan.
Semoga kewujudan kelab kami ini akan mendapat tempat di hati masyarakat.

Wasallam,


Presiden
Kelab Redah 4x4 Kuala Lumpur Selangor

Selasa, 8 Februari 2011

Siri 1: Pertandingan Video Redah 4x4 Facebook

poster video pertandingan

Syarat-Syarat Pertandingan :

1. Tajuk Video hendaklah dengan nama RVC: Tajuk Video Upload

2. Terbuka kepada semua peminat 4x4

3. Video hendaklah ASLI tanpa disunting dan tidak tertakluk kepada aktiviti 4x4 sahaja

4.Video yang diupload sebelum pertandingan 8 Feb 2011 tidak dikira

5. Video yang telah diupload. Sila maklumkan tajuk video kepada www.facebook.com/rufilatiff untuk pengesahan melalui PM.

6. Siri 1 hanya 10 video terawal akan dipertandingkan.

7. Video upload hendaklah melalui REDAH 4X4 FACEBOOK

IANYA PERCUMA

CEPAT JADIKAN ANDA TERAWAL SEBAGAI PESERTA...HADIAH MENARIK MENANTI ANDA....IANYA PERCUMA

TARIKH TUTUP UNDIAN PADA 8 MARCH 2011


Tiada ulasan: